Tuesday 21 April 2009

Tarik Tali Saringan 2009

Murid-murid rumah Temenggong sedang kuat menarik tali
untuk mendapatkan kemenangan ke atas rumah Bendahara.

Acara Tarik Tali Sempena Sukan Tahunan SKSB 2
Acara Saringan Tarik Tali telah dijalankan pada 21 April 2009, Selasa bermula pukul 3.00 petang. Pasukan Temenggong lelaki akan ke akhir setelah menewaskan pasukan Bendahara lelaki. Pasukan Laksamana perempuan akan ke pusingan akhir menentang pasukan Bendahara perempuan. -abuzpbsksb2.

»»  read more

Monday 20 April 2009

MERENTAS DESA 2009 SKSB 2

Murid-murid sedang memanaskan badan sebelum memulakan larian.

Johan Merentas Desa Kategoti Lelaki Jaafar bin Rosin dari rumah Temenggong.

En. Tajuddin bin Mohamad GPK1 SKSB2 sedang melepaskan larian.

Merentas Desa 2009

Acara Merentas Desa merupakan acara tahunan di SKSB2 dan merupakan salah satu acara sukan tahunan. Pungutan mata dari acara ini akan dikira bersama acara sukan tahunan. Pada 21 April 2009, tepat 3.30 petang Merentas Desa 2009 bermula dengan larian pelajar lelaki dan 10 minit selepas itu pelajar perempuan. Trek acara ini sejauh 3 km. untuk lelaki dan 2.5 km untuk perempuan. Pemenang keseluruhan adalah rumah Laksamana (Kuning) dengan 172 mata keseluruhan, diikuti rumah Temenggong (Biru) 146 mata dan rumah Bendahara (Merah) 142 mata. - abuzpbsksb2




»»  read more

Saturday 18 April 2009

3 Pelajar Mewakili Terengganu di Perkhemahan Peringkat Kebangsaan

3 Pelajar SKSB2 Wakil Terengganu Peringkat Kebangsaan

3 orang pelajar SKSB2 telah dipilih untuk mewakili Terengganu ke Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Kategori Lelaki Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. Perkhemahan diadakan di Kem Tok Sakak, Teluk Senangin, Lumut, Perak pada 11 - 16 April 2009. Mereka turut memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan. Mohd. Zulhafizi bin Said mendapat naib johan dalam Pertandingan Inovasi Bahan-bahan Terbuang. Pertandingan Inovasi Teknologi Mohd. Lokman bin Ariffin mendapat naib johan. Mohd. Hafizi bin Hamid mendapat saguhati dalam acara yang telah dipertandingan.

»»  read more

Wednesday 8 April 2009

Lawatan Guru-guru SK Ibok

Satu lawatan guru-guru dari SK Ibok diterima oleh SKSB2 hari ini 09 April 2009. Seramai 5 orang guru telah terlibat dalam lawatan ini. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan meninjau keadaan SKSB2 yang telah memenangi sekolah 3K peringkat daerah Kemaman.
»»  read more

Kursus Membina E-mail

Cik Wanie sedang memberi keterangan mengenai kaedah membina e-mail kepada guru-guru. - Gambar Ihsan azphoto
Kursus Membina E-mail

E-mail adalah salah satu wadah untuk manusia berkomunikasi. Pada masa kini e-mail sering digunakan disekolah. Justeru itu, satu Kursus Membina e-mail diadakan untuk guru-guru SKSB2. Kursus ini dijalankan di makmal komputer, bertarikh 08 April 2009, hari Rabu, bermula 2.00 petang hingga 3.00 petang. Keseluruhan guru-guru yang mengikuti kursus ini mendapat e-mail masing-masing dan boleh menghantar mail mereka kepada guru-guru yang lain. Objektif kursus ini tercapai 99%.
»»  read more

Sunday 5 April 2009

Lawatan Guru-guru SK Felda Neram 1


Lawatan Guru-Guru SK Felda Neram 1


SKSB2 menerima satu Lawatan Kerja dari guru-guru SK Felda Neram 1. Para guru ini ingin melihat transformasi yang dibuat ke atas SKSB2 sehingga berjaya menjadi juara 3K Kemaman dan Negeri Terengganu. Mereka kagum dengan kehebatan guru-guru SKSB2 membuat kerja-kerja yang pelbagai. Kemungkinan akan datang satu lagi kumpulan guru dari SK FElda Neram 1 untuk membuat lawatan kerja ke atas SKSB2.

-abuzPBSKSB2


»»  read more

Perasmian Bilik Panitia Bahasa Melayu




Transformasi Bilik Panitia Bahasa Melayu

Bilik Panitia Bahasa Melayu dengan rasminya dibuka pada 05 April 2009 oleh Guru Besar SKSb 2 En. Affandi bin Kamaruddin. Sebelum dari upacara Perasmian diadakan acara penutupan Minggu Bahasa Melayu dan acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Majlis bermula selepas rehat iaitu pukul 10.20 hingga pukul 12.30 tengahari. Pukul 1.20 tgh. semua guru dijamu dengan jamuan ringan dikantin. Apa yang menarik dalam acara perasmian ini semua guru diberi bunga telur sebagai cenderamata. Syabas kepada Puan Maznah yang menerajui Panitia Bahasa Melayu dan berjaya memartabatkan Panitia BM ke tahap yang tinggi. 'Martabatkan Bahasa Kita'.
-abuzPBSKSB2
»»  read more