Monday 27 September 2010

Jamuan Hari Raya SKSB 2 2010

Persembahan Lagu Raya dari kelas 5 Zamrud

Kegembiraan murid-murid semasa jamuan Hari Raya Aidilfitri

Pada hari Ahad, 26 September 2010 satu Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di kantin SK Seri Bandi 2. Majlis dimulai dengan ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan guru besar, persembahan nyanyian lagu-lagu raya dari murid-murid, penyampaian duit raya dan diakhiri dengan jamuan pelajar, guru-guru dan para jemputan. SKSB 2 telah menjemput semua agensi kerajaan dan swasta disekitar Seri Bandi untuk sama-sama meraikan Jamuan Hari Raya. -GPBSKSB2

»»  read more

Sesi Bergambar Staf SK Seri Bandi 2 2010

»»  read more

Tuesday 21 September 2010

MAJLISSOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN UPSR 2010

Pelajar-pelajar perempuan tahun 6 sedang bersalaman dengan guru-guru wanita di Majlis Restu

Pelajar-pelajar dan guru-guru tahun 6 sedang membaca surah Yasin.

Isnin, 20 September 2010 Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Majlis Restu untuk UPSR telah dijalankan. Majlis bermula pukul 9.00 pagi dengan Solat Hajat berjemaah. Seterusnya bacaan Yasin. Kemudian amanat terakhir disampaikan oleh Guru Besar dan Ketua Panatia. Di akhiri dengan Majlis Restu dan Jamuan Nasi Dagang untuk pelajar. Tujuan Majlis ini diadakan ialah untuk memohon kepada Allah S.N.W agar pelajar-pelajar tahun 6 mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2010 serta kejayaan dunia dan akhirat.- GPBSKSB 2

»»  read more

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Adik Norayuni dari kelas 3 Nilam menjuarai pertandingan kategori pakaian murid perempuan paling patriotik.

Guru Besar En. Affandi bin Kamaruddin sedang bersedia untuk melepaskan Perarakan Merdeka

2 September 2010 Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 peringkat SKSB 2 telah diadakan dengan berbagai acara menarik. Bermula dari pukul 9.45 pagi acara Perarakan Merdeka oleh murid-murid dan guru-guru SKSB 2 dijalankan dengan mengelilingi bangunan sekolah. Seterusnya acara di Dewan Gemilang bermula dengan Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku serta Selamat Sultan. Kemudian acara pertandingan diteruskan seperti berikut:

1- Pertandingan Mewarna Tahun 2, 3 dan Pra Sekolah.
2- Pertandingan Lukisan Pasir Murid PKBP dan Tahun 1.
3- Pertandingan Melukis Poster Murid Tahun 4 dan 5.
4- Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Murid Tahun 6
5- Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik tahap 1 dan 2.
6- Pertandingan Pakaian Paling Patriotik.

Kemuncak, acara ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Apa yang diharapkan dari acara-acara yang dijalankan ialah semangat patriotik di semarakkan di kalangan pelajar dan guru SKSB 2. -GPB SKSB 2

»»  read more

Ucapan Selamat Hari Raya untuk semua pengunjung Blog ini.

»»  read more