Wednesday 16 November 2011

Video Persembahan Hari Anugerah Bestari Terbilang 2011

»»  read more

Persembahan Hari Anugerah Bestari Terbilang 2011

Sila Klik Di sini : >>http://youtu.be/mF2pO0KFS7M
»»  read more

Monday 19 September 2011

Jamuan Merdeka Raya 2011 SKSB 2

Para tetamu sedang menikmati jamuan

Pemenang Pakaian Merdeka Raya 2011 kategori guru lelaki Cikgu Saifulizan( kiri) dan kategori guru wanita Cikgu Norhaliza isteri Cikgu Saifulizan (kanan sekali), kategori murid lelaki dimenangi oleh Syed Mohd. Hairil Aiman (tengah) dan murid perempuan Nur Mahira Najwa dua dari kanan dan kategori Hiasan Kelas Merdeka jatuh kepada kelas Pra Sekolah Manja Cikgu Ramlah (dua dari kiri). Tahniah kepada pemenang. Yang kalah cuba lagi ditahun hadapan.


Pelajar sedang menikmati satay sebagai salah satu juadah yang disediakan di Jamuan Merdeka Raya



»»  read more

Sunday 21 August 2011

SKSB 2 mendapat Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang Negeri Terengganu.

Geran Pembangunan RM 10,000 diberikan kepada SKSB 2 kerana meraih Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang Negeri Kategori Rendah sempena Sambutan Hari Guru 2011 peringkat Negeri Terengganu 2011
»»  read more

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PERCUBAAN BAGI PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN BRIGED BESTARI 2011

Penyerahan Name Tag Briged Bestari Percubaan



Penyerahan Name Tag Pengawas PSS Percubaan



Penyerahan Name Tag Pengawas Sekolah Percubaan


22 Ogos 2011- Perlantikan Pengawas Percubaan telah berlangsung di Dataran Cemerlang semasa waktu perhimpunan mingguan sekolah. Setiap murid yang dilantik diberi Name Tag sebagai tanda pengawas percubaan. Mereka akan memulakan tugas mulai hari ini. Semua pengawas akan diberikan watikah perlantikan sebagai pengawas tetap pada tahun hadapan. Pengawas di SKSB 2 terbahagi kepada 3 kategori iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Briged Bestari.


»»  read more

PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR GURU BULAN OGOS

Cikgu Roslina binti Hanafi menerima hadiah daripada Penolong Kanan HEM Cikgu Jamilah binti Suri. Hadiah adalah dari MGKT SKSB 2.

Tn Hj. Abu Kassim bin Ali menerima hadiah daripada Penolong Kanan HEM Cikgu Jamilah binti Suri. Hadiah adalah dari MGKT SKSB 2.
»»  read more

Saturday 20 August 2011

Ucapan Selamat Hari Raya



»»  read more

Tuesday 9 August 2011

GALERI SK SERI BANDI 2011





»»  read more

UCAPAN RAMADHAN

Selamat Berpuasa dan rajin-rajinlah betadarrus Al-Quran
»»  read more

MAJLIS BERBUKA PUASA SKSB 2 2011

Majlis Bacaan Tahlil sedang berlangsung


Majlis Berbuka Puasa SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada 08 Ogos 2011 bertempat di kantin sekolah. Seramai 220 orang jemputan telah hadir. Majlis dimulakan dengan tahlil, berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, solat hajat UPSR, bacaan Yasin, solat isyak berjemaah, solat tarawih, taklimat UPSR, penyampaian hadiah 5A dan jamuan ringan / more.
»»  read more

Tuesday 2 August 2011

»»  read more

Wednesday 13 July 2011




Projek Mengecat Semula Dataran Gemilang, Bendol Jalan dan Susunan Bata Nama SEK KEB SERI BANDI 2.
»»  read more
Projek Taman Burung Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran
»»  read more

Ustaz Zulkifli bin Ibrahim berselawat semasa Sambutan Maulidur Rasul SKSB 2

Ustaz Zulkifli bin Ibrahim telah bertukar ke SK Seberang Tayor, Kemaman, Terengganu. Terima kasih kepada segala jasa anda terhadap SKSB 2.
Jasamu di Kenang.
»»  read more
Penyampaian hadiah kepada murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan OTI 2 / Pertengahan Tahun

Penyampaian hadiah kepada pemenang bolasepak '3 on 3' tempat keempat.

Penyampaian sijil kepada peserta Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia dari tahun 1 hingga tahun 6

»»  read more

Saturday 2 July 2011

Malam Persembahan Bakat 2011


Jumaat 24 Jun 2011, Malam Persembahan Bakat SKSB 2 2011 sempena sambutan ulangtahun ke 7 sekolah telah diadakan. Berbagai acara dipersembahkan seperti nasyid, boria, dikir barat, silat, tarian, action song, nyanyian solo, lakonan dan sebagainya.
»»  read more

Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia


Sabtu 2 Julai 2011 Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia diadakan seluruh sekolah-sekolah di Malaysia untuk mencatat The Malaysia Book of Record. SKSB 2 tidak terlepas dari acara ini. Acara bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa, ucap utama guru besar, senaman aerobik dan larian 1M1S. Semua murid dan guru terlibat kecuali murid pra sekolah. Seramai 3 juta orang dijangka menyertai acara ini seluruh Malaysia.



»»  read more

Saturday 14 May 2011

Latihan Kebakaran 1 2011

Latihan Kebakaran 1 2011

10 Mei 2011, Selasa - Tepat jam 9.00 pagi siren kecemasan dibunyikan menandakan semua murid, guru dan kakitangan perlu segera meninggalkan bangunan sekolah untuk menyertai latihan kebakaran. Semua bilik dan kelas dalam sekolah perlu di kosongkan segera bila berlaku kecemasan. Semua warga SKSB 2 terlibat dalam latihan ini. Ucapan terima kasih dari Jawankuasa 3K sekolah kepada guru dan murid yang memberikan kerjasama. Kerjasama dari pekerja swasta dan sesetengah dari pegawai kerajaan amat diperlukan dalam Latihan kebakaran 2 kelak.

»»  read more

Pertandingan Silat peringkat Negeri Terengganu

Antara Juri yang terlibat dalam pertandingan

Pasukan Gendang Silat SKSB 2

13 Mei 2011, Jumaat- Pertandingan Silat peringkat negeri Terengganu dibawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan dari 13-15 Mei 2011 bertempat di SMA Marang. Semua 8 buah daerah seluruh Terengganu telah menghantar peserta masing-masing. Pertandingan adalah dalam berbagai kategori. Kategori tempur lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah, kategori seni tari lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah, jurus wajib lelaki sekolah menengah dan jurus masal perempuan sekolah menengah serta muzik silat. Peserta yang memenangi kategori yang dipertandingkan akan layak mewakili Terengganu ke Sarawak untuk pertandingan peringkat kebangsaan. SK Seri Bandi 2 mewakili kemaman dalam pertandingan muzik silat dan mendapat tempat ketiga. Tiga orang murid telah menyertai kategori ini iaitu Ahmad Idham pemain gong, Mohd. Azril pemain gendang ibu dan Mohd. Adam Naim pemain gendang anak. Pasukan dari daerah Dungun mendapat juara keseluruhan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan yang tidak berjaya usaha lagi di tahun hadapan.
»»  read more

Sunday 8 May 2011

HARI SUKAN SKSB2 2011 KALI KE 7

PASUKAN RUMAH MERAH / BENDAHARA

PASUKAN RUMAH KUNING / LAKSAMANA
PASUKAN RUMAH BIRU / TEMENGGUNG
KETIGA-TIGA RUMAH SUKAN BERSEDIA UNTUK PERRARAKAN.

06 Mei 2011, Jumaat 2.30 petang bermula acara Sukan Tahunan SKSB 2 Kali Ke 7. Banyak acara dipertandingkan dari acara olaharaga hingga sukaneka. Rumah Merah mendapat tempat pertama diikuti Rumah Biru dan Rumah Kuning. Majlis berakhir pukul 6.30 petang. Hari Sukan pada kali ini mendapat gelaran 'BEST EVENT OF THE YEAR'.
»»  read more

SARINGAN TARIK TALI


Peserta Rumah Merah dan Rumah Kuning perempuan bersedia untuk memulakan perlawanan

03 Mei 2011, Selasa - Acara saringan tarik tali diadakan sebelum perlawanan akhir tarik tali pada hari sukan 06 Mei 2011 Jumaat. Rumah Kuning dan Rumah Biru lelaki dan perempuan layak ke perlawanan akhir.

»»  read more

Monday 25 April 2011

TUGAS GURU

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja

Oleh Cikgu Jimmy Rose

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA
»»  read more

Lawatan SK Guntong, Setiu, Terengganu

Cikgu Pra Pn. Ramlah (Kanan) dan salah seorang guru dari SK Guntong di dalam kelas pra SKSB 2

Cikgu Norhana (Kanan) bersama salah seorang guru pra SK Guntong

Guru Besar SKSB 2 sedang berbincang sesuatu dengan PK 1 SK Guntong

Guru Besar SK Guntong Cikgu Tajudin bin Mohamad (berdiri) dan PK 1 SK Guntong sedang mengambil gambar sambil diperhatikan oleh GB SKSB 2.

Isnin, 25 April 2011- SKSB 2 menerima lawatan kerja rasmi dari 2 orang guru pra, guru besar dan PK 1 dari SK Guntong, Setiu. Tujuan utama lawatan ialah hendak meninjau kawasan SKSB 2 terutamanya prasekolah. Lawatan bermula pagi dan di akhiri dengan jamuan makan tengahari. Terima kasih kepada Pentadbir dan guru prasekolah SK Guntong yang sudi melawat SKSB 2.
»»  read more

Saturday 23 April 2011

Murid PIPKP berjaya dalam acara susun puzzle

Salah seorang murid yang mendapat hadiah

Tahniah kepada murid-murid PIPKP yang berjaya dalam acara menyusun puzzle sempena Pesta Buku di Perpustakaan Cawangan Kemaman. Hadiah disamapaikan oleh PK 1 Pn. Maznah binti Mohamad diiringi oleh PK Kokurikulum Pn. Sanisah binti Ismail di perhimpunan mingguan SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Tuesday 19 April 2011

INTRODUCTION OF SKSB 2 2 ACCESS CENTER

INTRODUCTION
In Rancangan Malaysia ke-9, Education Ministry Malaysia has planned and implement Access Center establishment thatintend to bring closer education gap between city school with rural. SK. Seri Bandi 2 is one of school thatselected become pioneer project Access Center in district Kemaman.
With the existence of this Access Center, student and all school citizen can use and enjoy ICT facilities in this centre. All users would be able to learn through learning that focus IT and can surfing Internet to get information which related.

VISION
Making Access Center SK Seri Bandi 2 as a central to civilize ICT usage among school citizen especially and society generally

MISSION
Through this Vision, is hoped can :
1. Provide education infrastructure base on IT.
2. Create learning environment concept IT.
3. Produce teacher manpower that dab in IT field.
4. Produce students which dominate IT.
5. Provide management system based on IT.

RATIONAL
Smart school and producing society that can bring culture to IT indaily life as a student.

OBJECTIVE
1. Realise government goal and Education Ministry Malaysia.
2. Enhance knowledge among customer especially pupil.
3. Practise customer with TMK.
4. Increase TMK consumerism.
5. Reveal learning basis own access and directional.
6. Self Access Learning Center
8. On-line learning
9. Information borderless

SERVICE PROVIDED
1. Acecss Center consumer briefing
2. Introduction briefing about basic computer hardware
3. Briefing about Basic computer system
4. Briefing about surfing Internet
5. Briefing about make
personal e-mail
6. IT Reading's Space

RULE OF ACCESS CENTER
1. Not to take off your shoe outside.
2. Kept out unauthorized and invite make sure Access Center safe to be applied.
3. Make sure Access Center always clean and being cleared before out.
4. Consumer required enter according to Access Center Usage Timetable that was provided.
5. All users prohibited surfing Internet in addresses that immoral (pornographic).
6. Consumer prohibited play any game.
7. Consumer prohibited make noise and romp in Access Center and prohibited fool any flex to be safe.
8. Consumer prohibited from bringing any external software disk enter vice versa without permission accesscentercoordinator or teacher.
9. Consumer prohibited include (Install) any programme or unauthorized software.
10. Prohibited change or change 'Setting' existing in computer on and not allowed to touch 'screen' monitor.
11. Access Center is smoking prohibited area, eat and drink.
12. Fill in record your usage in PC Log Book / Usage Record.
13. Student every one only allowed to use computer for an hour (1 hours) in rotation.
14. Report any damage immediately to Access Center coordinator or to teachers work.
15. Before out or leave Access Center, make sure Access Center under lock and all source of electricity stopped.
-abuz


»»  read more

Merentas Desa 2011

Peserta bersedia sebelum memulakan larian

Peserta sedang berlumba merebut tempat dan mata rumah sukan
»»  read more

Saturday 16 April 2011

Penyampaian Hadiah Bola Tampar dan Hari Jadi

PK Kokurikulum Pn. Nafisah binti Ismail sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang bola tampar perempuan PKG Kemasek.

Pn. Nafisah binti Ismail menyampaikan hadiah hari lahir kepada Pn. Embok binti Othman


Ahad, 17 April 2011- Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemain pasukan bola tampar perempuan yang mendapat Johan peringkat PKG Kemasek telah dijalankan semasa perhimpunan mingguan SKSB 2. Seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah untuk guru dan kakitangan sekolah yang menyambut harijadinya bulan April. Tahniah yang berjaya dan selamat hari lahir untuk yang berkenaan.
»»  read more

Kejohanan Bola Tampar PKG Kemasek 2011

Pasukan bola tampar lelaki dipimpin oleh jurulatih En. Mohd. Yasim bin Musa dan En. Mohd. Hailmie bin Zaharudin

Pasukan bola tampar perempuan di pimpin oleh Pn. Siti Zubaidah binti Rosman dan Cik Najidah binti Mohd.


7 April 2011 bertempat di SK Kerteh 5, Kejohanan Bola tampar peringkat PKG Kemasek telah berlangsung. Pasukan bola tampar perempuan telah mendapat johan peringkat PKG Kemasek manakala pasukan bola tampar lelaki tidak berjaya di suku akhir dan mendapat naib johan kumpulan. Tahniah kepada yang menang dan yang kalah cuba lagi tahun hadapan.
»»  read more

Wednesday 13 April 2011

PERASMIAN PRASEKOLAH SKSB 2

Encik Zakaria bin Muda, Guru Besar Encik Affandi bin Kamaruddin dan YM Syed Mohamad bin Tuan Sulong pengerusi PEWARIS Prasekolah sedang bersama ibu bapa murid prasekolah memotong kek hari lahir.
Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah JPNT Encik Zakaria bin Muda sedang menandatangani Plak Perasmian Prasekolah SKSB 2.

Encik Zakaria bin Muda sedang memotong ribon sebagai gimik perasmian Prasekolah SKSB 2.

Khamis 14 April 2011 , Majlis Perasmian Prasekolah SK Seri Bandi 2 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis bermula pukul 9.00 pagi dengan kehadiran ibubapa. 9.45 pagi ketibaan Penyelia Kanan Prasekolah, JPNT dan ketibaan Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah En. Zakaria bin Muda. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, tayangan slaid, ucapan pengerusi PEWARIS Prasekolah YM Syed. Mohamad bin Tn. Sulong, ucapan guru besar En. Affandi bin Kamaruddin dan ucapan perasmian En. Zakaria bin Muda. Seterusnya majlis perarakan tetamu kehormat ke prasekolah sksb2 dengan iringan paluan kompang murid tahun 6 dan bunga manggar oleh murid prasekolah. Tiba di pintu gerbang prasekolah acara potong ribon dijalankan sebagai gimik perasmian. Kemudian lawatan dalam kelas prasekolah dan bacaan surah lazim oleh murid prasekolah. Seterusnya sambutan Hari Lahir Murid Prasekolah yang lahir bulan Januari hingga Mac. Acara seterusnya penyampaian cenderamata dan jamuan makan.
»»  read more

Saturday 9 April 2011

Perkhemahan Unit Beruniform antara Rumah Sukan 2011


Pelajar-pelajar sedang menjalani latihan kawad kaki

Pemasangan Khemah

Tanggal 8,9 dan 10 April 2011 satu perkhemahan unit beruniform antara rumah sukan SKSB 2 telah dijalankan di Kem Batalion ke-3 Rejimen 512 AW. Berbagai acara dipertandingkan seperti kem kraf, kawad kaki, masakan, lari berhalangan, ikatan, balutan dan persembahan malam bakat. Juara keseluruhan ialah rumah kuning.

»»  read more