Sunday 4 November 2012

HARI ANUGERAH BESTARI TERBILANG SKSB 2 2012


Backdrop
 Acara Cabutan Bertuah. Pengerusi PIBG SK Seri Bandi 2 sedang menyampaikan hadiah kepada seorang ibu yang berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah sambil diiringi oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohd. bin Senek.  

 Tn. Hj. Roshali bin Taha sedang meyampaikan ucapan perasmian.

Persembahan Murid Pra Sekolah 2012

Isnin, 5 November 2012- Majlis Hari Anugerah Bestari Terbilang SKSB 2 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya. Warga SKSB 2 sangat berbesar hati kerana Pengarah APMT, Tn. Hj. Rosali bin Taha sudi hadir dan merasmikan majlis ini. Pelbagai anugerah telah diberikan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru. Majlis diserikan dengan persembahan murid dan cabutan bertuah. Anugerah Khas turut diberikan kepada murid mengikut kategori seperti Anugerah Prestasi Akademik, Sukan dan Kokurikulum, Sahsiah Terpuji, Rumah Sukan Terbaik dan Guru Cemerlang. Guru Cemerlang 2012 kategori lelaki ialah En. Abdullah bin Mat Nor dan Guru Cemerlang Perempuan ialah Cik Noorhana binti Rahmat. Majlis Bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir 1.30 petang.dengan jamuan makan tengahari. Pihak APMT menyumbangkan peruntukan untuk jamuan murid sebanyak RM 2000 dan tabung PIBG RM 1000. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak APMT yang sudi memberi sumbangan kepada sekolah.- SKSB2SSCT


»»  read more