Wednesday 18 November 2015

MAJLIS PERPISAHAN


18 NOVEMBER 2015 - Satu majlis perpisahan telah diadakan pada hari ini kerana dua orang warga SK Seri Bandi 2 akan bertukar tempat kerja. Dua orang tersebut ialah Pn Ramlah Bt Abdullah yang akan bertukar ke Daerah Marang dan Pun Naninurain Bt Abd Razak yang akan bertugas di Pejabat Tanah Daerah Kemaman. 
»»  read more

Tuesday 17 November 2015

UPSR 2015


17 NOV 2015 - Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Seri Bandi 2 yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan UPSR 2015 yang baru diumumkan hari ini. Seramai empat orang murid SK Seri Bandi 2 telah mendapat keputusan 5A manakala 3 orang mendapat keputusan 4A1B. Majlis penyampaian keputusan telah diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2 yang telah disampaikan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. 
»»  read more

Thursday 12 November 2015

HARI ANUGERAH BESTARI TERBILANG 2015


12 NOV 2015 - Bagi meraikan murid-murid yang mencapai keputusan yang cemerlang sepanjang tahun 2015, pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Bestari Terbilang 2015 pada hari ini. Hari Anugerah kali yang ke 12 ini telah berlangsung di Dewan Gemilang SKSB 2 bermula jam 8.30 pagi. Hari Anugerah ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Noraini Bt Mohamad dari PPD Kemaman. Para ibu bapa turut hadir pada hari ini untuk menyaksikan anak-anak mereka menerima hadiah kecemerlangan masing-masing.
»»  read more

Wednesday 4 November 2015

PROGRAM BUBUR ASYURA


4 NOV 2015 - Sekolah SK Seri Bandi 2 hari ini menyediakan bubur asyura kepada warga sekolah. Sebanyak empat buah kawah telah disediakan untuk memasak bubur asyura pada tahun ini. Program memasak bubur asyura ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga sekolah serta memupuk sikap menderma dalam kalangan warga sekolah.
»»  read more

Wednesday 21 October 2015

CERAMAH MAAL HIJRAH 1437H


21 OKTOBER 2015 - Dalam menyambut tahun baru Hijrah SK Seri Bandi 2 telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan Maal Hijrah pada hari ini. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagian Tuan Haji Mohamad Bin Haji Hussain, Mudir Sekolah Rakyat Masjid Sultan Mizan Kerteh. Program ceramah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi.  Program ini adalah anjuran Kelab Kegiatan Agama SK Seri Bandi 2. 
»»  read more

Tuesday 20 October 2015

TAKLIMAT SBP 2016


20 OKTOBER 2015 - Satu taklimat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh 2016 ( SBP ) telah diadakan pada hari ini bertempat di Makmal Komputer SK Seri Bandi 2 kepada ibu bapa dan juga murid-murid tahun 6. Taklimat telah disampaikan oleh GPK HEM Puan Wan Aida Binti Wan Ali. Ibubapa dan murid juga dibimbing untuk memohon kemasukan keSBP secara online.
»»  read more

Monday 19 October 2015

KEJOHANAN SIRKIT 1 CATUR 2015


19 OKTOBER 2015 - Seramai empat orang murid SK Seri Bandi 2 telah menyertai Kejohanan Catur Sirkit 1 2015 bawah 11 tahun anjuran bersama Kelab Elite Catur SK Seri Jaya dan PPD Kemaman. Kejohanan ini telah berlangsung di Dewan SK Seri Jaya bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan catur untuk mewakili Daerah Kemaman dalam pertandingan catur pada tahun hadapan.  
»»  read more

Tuesday 13 October 2015

HARI KOKURIKULUM 2015


13 OKTOBER 2015 - Hari Kokurikulum SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini dengan meriahnya. Kehadiran ibubapa dan juga agensi sekitar Bandar Seri Bandi turut memeriahkan sambutan Hari Kokurikulum pada kali ini. Antara yang menjayakan Hari Kokurikulum SK Seri Bandi 2 ialah Bank Rakyat yang menaja aktiviti pertandingan mewarna dan Klinik Kesihatan Seri Bandi yang menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma. Turut diadakan gerai jualan oleh persatuan-persatuan uniform sekolah. Tujuan Hari Kokurikulum ini diadakan adalah untuk melatih murid-murid dalam bidang perniagaan disamping mengumpul dana untuk persatuan masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa  yang turut hadir dalam menjayakan aktiviti Hari Kokurikulum.
»»  read more

Saturday 10 October 2015

KEM CEMERLANG JAWI 2015


10 OKTOBER 2015 - Seramai 34 orang murid SK Seri Bandi 2 telah terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi pada hari ini. Kem ini bertujuan untuk memastikan murid-murid SK Seri Bandi 2 dapat membaca dan menulis dalam  tulisan jawi. Kem Cemerlang Jawi ini diadakan di surau sekolah bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.  
»»  read more

HARI SUKAN NEGARA 2015


10 OKTOBER 2015 - Warga SK Seri Bandi 2 turut menjayakan pelancaran Hari Sukan Negara 2015 yang dilancarkan serentak diseluruh negara pada hari ini. Warga SK Seri Bandi 2 menjalankan aktiviti senam erobik yang bertempat di padang sekolah. Senaman erobik ini telah dipimpin oleh Cikgu Mohd Irfan Bin Azman dan Cikgu Nor Hisham Bin Nor Idzhar. 
»»  read more

Thursday 8 October 2015

LATIHAN KEBAKARAN 2015


8 OKTOBER 2015 - Bahagian 3K ( Kebersihan, Keselamatan Dan Keceriaan ) sekolah telah mengadakan latihan kebakaran untuk warga SK Seri Bandi 2. Latihan ini bertujuan untuk memastikan warga sekolah mengikut dan mematuhi pelan laluan keselamatan yang telah disediakan jika berlaku kebakaran di sekolah. 
»»  read more

KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2015


8 OKTOBER 2015 - NILAM Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 telah mengadakan kempen galakan membaca pada hari ini bertempat di Dataran Gemilang. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan murid membaca dan mengisi buku yang telah dibaca tersebut di dalam rekod buku NILAM yang dibekalkan. 
»»  read more

Sunday 4 October 2015

PROGRAM GALAKAN HAFAZ AL QURAN


4 OKTOBER - Seramai 81 orang murid SK Seri Bandi 2 telah mengambil bahagian dalam Program Galakan Hafaz Al Quran yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman pada tahun ini. Tujuh orang ustaz dari Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman telah hadir ke sekolah untuk mendengar bacaan hafazan murid-murid tersebut. 
»»  read more

KARNIVAL PRA SEKOLAH 2015


4 OKTOBER 2015 - Tahniah diucapkan kepada murid pra sekolah SK Seri Bandi 2 yang mewakili Daerah Kemaman dalam Karnival Pra Sekolah 2015 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di SK Kompleks Seberang Takir Kuala Nerus. Dua orang murid tersebut ialah Muhammad Aqil Ilman Bin Ahmad Anuar muncul sebagai naib johan dalam pertandingan congkak lelaki dan Nur Fatihah Nasuha Bt Zulaimin menerima saguhati dalam pertandingan congkak perempuan.
»»  read more

Friday 2 October 2015

HARI KELUARGA MGKT 2015


2 Oktober 2015 - Bagi mengeratkan tali persahabatan dan ukhuwah di kalangan ahli MGKT SK Seri Bandi 2, program Hari Keluarga 2015 telah diadakan di Hotel TH Kuala Terengganu pada hari ini. Hampir kesemua ahli MGKT hadir untuk menjayakan hari keluarga pada tahun ini. Turut diadakan jamuan makan malam di dewan hotel.
»»  read more

Wednesday 9 September 2015

MAJLIS RESTU KASIH DAN ILMU 2015


7 SEPT 2015 - Satu Majlis Restu Kasih dan Ilmu telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis ini bertujuan untuk meraikan murid-murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 8 hingga 10 September 2015. Turut hadir dalam majlis ini ialah ibubapa murid tahun enam untuk memberi semangat kepada anak-anak mereka menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar yang memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada calon UPSR. Beberapa orang wakil guru dan ibubapa juga turut berucap memberikan kata-kata semangat kepada calon UPSR kali ini.
»»  read more

Thursday 3 September 2015

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2015


3 SEPT 2015 - Sempena dengan peperiksaan UPSR 2015 yang akan menjelma tidak lama lagi, pihak sekolah telah mengadakan program Solat Hajat Perdana yang melibatkan murid tahun enam, ibubapa dan juga warga sekolah SK Seri Bandi 2. Program ini bermula dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat isyak. Program ini berlangsung di surau sekolah dan diimami oleh Ustaz Anuar Jusoh dan Ustaz Ahmad Anwar Ramli. Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang menjayakan program kali ini. 
»»  read more

Thursday 20 August 2015

PERTANDINGAN KALAM JAMAIE 2015


20 OGOS 2015 - Kumpulan Kalam Jamaie yang terdiri dari murid perempuan tahun 4 dan 5 telah mewakili SK Seri Bandi 2 dalam pertandingan kalam jamaie sempena Festival Kalam Jamaie dan Dikir Barat Sekolah-Sekolah KPM peringkat Daerah Kemaman 2015. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan SK Sultan Ismail, Kemaman. Sebanyak sebelas buah sekolah terlibat dalam pertandingan pada tahun ini.  
»»  read more

Wednesday 19 August 2015

LAWATAN PPD SEMPENA UPSR 2015


19 Ogos 2015 - Calon-calon UPSR 2015 SK Seri Bandi 2 telah dikunjungi oleh dua orang wakil PPD Kemaman iaitu En Abu Hurairah Bin Abu Bakar, Penolong PPD HEM dan En Mohd Haznan Bin Othman, Penyelia HEM PPD Kemaman pada hari ini. Kunjungan ini merupakan kunjungan untuk memberi semangat dan motivasi kepada calon-calon UPSR SK Seri Bandi 2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak berapa lama lagi. 
»»  read more

Saturday 1 August 2015

TAHNIAH KELAB DOKTOR MUDA SKSB 2


1 OGOS 2015 - Tahniah diucapkan kepada Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 yang telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Kemaman dalam Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Terengganu 2015. Pasukan Doktor Muda SK Seri Bandi 2 telah muncul sebagai johan negeri dalam pertandingan tersebut kategori projek doktor muda bersama komuniti. Konvensyen Kelab Doktor Muda 2015 ini telah berlangsung di SMK Seri Dungun. Dengan kemenangan ini Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 akan mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Selangor pada 12 Ogos 2015 nanti. Semoga Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 akan menjadi juara.  
»»  read more

Wednesday 15 July 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN 1436H


15 JUL 2015 - Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis dimulakan dengan khatam al Quran oleh murid-murid tahun enam yang dibimbing oleh Ustaz Zuraimi Bin Abd Wahab. Senaskhah al Quran turut dihadiahkan kepada setiap murid tahun enam hasil sumbangan warga SK Seri Bandi 2. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang menyertai program tilawah al Quran sempena Ihya Ramadhan dan juga sumbangan duit raya kepada murid sempena hari raya yang akan menjelma. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan majlis ini,
»»  read more

Monday 13 July 2015

BANNER MOTIVASI UPSR 2015


13 JUL 2015 - Guru-guru SK Seri Bandi 2 mengambil inisiatif membuat banner kata-kata motivasi yang ditujukan khas untuk calon-calon UPSR pada tahun ini. Banner yang mengandungi kata-kata motivasi ini akan di gantung di kawasan sekolah supaya ia dapat dibaca oleh murid-murid tahun enam. Semoga ia dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Oleh itu satu majlis dan penerangan ringkas berkaitan kata-kata motivasi oleh guru-guru telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang.  
»»  read more

Sunday 12 July 2015

ZAKAT FITRAH 1436H

12 JUL 2015 - Warga SK Seri Bandi 2 telah menunaikan rukun Islam yang keempat iaitu membayar zakat fitrah pada hari ini. Amil zakat Encik Mat Razik Bin Sulong dari Masjid Seri Bandi telah hadir ke sekolah untuk menerima pembayaran zakat fitrah pada tahun ini.
»»  read more

Monday 6 July 2015

MAJLIS AKU JANJI MURID UPSR 2015


6 JUL 2015 - Satu majlis akujanji dan ikrar untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam UPSR 2015 telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Majlis akujanji ini melibatkan semua murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015. Majlis ini dirasmikan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri BAndi 2. Seterusnya bacaan ikrar telah diketuai oleh Muhammad Khairul Amien. 
»»  read more

Wednesday 1 July 2015

PENYERAHAN WANG ZAKAT OLEH BANK RAKYAT


2 JULAI 2015 - SK Seri Bandi 2 telah menerima wang zakat dari pihak Bank Rakyat cawangan Kerteh untuk diagihkan kepada murid SK Seri Bandi 2 yang layak menerimanya. Sumbangan wang zakat ini telah disampaikan oleh En Abdullah Bin Ahmad, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kerteh kepada Pn Wan Aida Bt Wan Ali, GPK HEM SK Seri Bandi 2. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat Cawangan Kerteh di atas sumbangan tersebut.
»»  read more

IFTAR JAMAIE 2015


1 JULAI 2015 - Sempena bulan Ramadhan tahun ini, pihak MGKT telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat terawih  bertempat di sekolah. Majlis berbuka puasa ini melibatkan ahli keluarga MGKT SK Seri Bandi 2 dan juga murid-murid tahun enam. Sambutan yang diterima dari kalangan ahli MGKT dan murid tahun enam amat menggalakkan. Selepas berbuka turut diadakan solat hajat sempena murid tahun enam yang akan menduduki UPSR dan juga solat terawih.
»»  read more

PROGRAM TEMU MESRA TAHUN 6


1 JULAI 2015 - Pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan kali ketiga dengan Ibubapa murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Guru-guru matapelajaran telah membentangkan hasil pencapaian akademik murid tahun 6 setelah peperiksaan pertengahan tahun dijalankan. Kerjasama yang diterima dari pihak ibubapa amat memberangsangkan untuk turut sama memastikan anak-anak mereka melakukan ulangkaji dirumah sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ibubapa yang memberikan kerjasama bagi memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak mereka dapat dicapai.
»»  read more

Thursday 18 June 2015

PROGRAM MOTIVASI 2


19 JUN 2015 - Siri program motivasi untuk murid tahun enam dan ibubapa diteruskan kali ini dengan tajuk Ibu Bapa Hebat Anak Cemerlang. Program ini telah berlangsung di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2 bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En. Mohd Tahar Bin Sali, Penolong Pengarah Bimbingan Dan Kaunseling JPN Terengganu. Sambutan yang diterima dalam kalangan ibu bapa dan pelajar yang hadir amat menggalakkan. Antara objektif utama program kali ini ialah memberi penekanan kepada peranan ibu bapa untuk membantu pihak sekolah membentuk keperibadian anak-anak mereka supaya menjadi anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah yang telah sudi berkongsi ilmu dan juga kepada ibu bapa yang sudi menghadiri program seperti ini.
»»  read more

Thursday 21 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015


18 MEI 2015 ( ISNIN ) - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini disambut meriah oleh warga SK Seri Bandi 2. Sambutan telah diadakan di Dewan Gemilang SKSB 2 bermula jam 8.00 pagi. Turut memeriahkan sambutan ini ialah YDP PIBG SK Seri Bandi 2 dan beberapa orang wakil PIBG. Sambutan dimulai dengan aturcara rasmi majlis dengan bacaan beberapa perutusan dan juga ucapan dari YDP PIBG. Majlis diteruskan dengan acara potong kek yang disumbangkan oleh beberapa pihak. Antara yang menyumbang kek sempena hari guru kali ini ialah dari PIBG, Bank Rakyat Chukai dan lain-lain. Setelah itu sambutan diteruskan dengan permainan sukaneka , persembahan murid dan guru. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dan mereka yang menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini.
»»  read more

Friday 8 May 2015

KEJOHANAN SUKAN SKSB 2 2015


8 MEI 2015 - Kejohanan Sukan SK Seri Bandi 2 kali ke sebelas telah berlangsung pada hari ini bertempat di padang sekolah. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Pegawai PPD Daerah Kemaman. Kejohanan Sukan ini melibatkan pertandingan beberapa acara sukan seperti lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh dan juga beberapa acara sukaneka. Turut terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini ialah pihak PIBG sekolah yang bertindak selaku hakim kejohanan. Pada tahun ini pasukan Rumah Kuning dinobatkan selaku juara keseluruhan dalam pungutan mata. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan kejohanan kali ini.
»»  read more

Wednesday 22 April 2015

MAJLIS PERSARAAN POK HASSAN


22 APRIL 2015 - Hari ini merupakan hari persaraan En Hassan Bin Rani, Pembantu Rendah Am SK Seri Bandi 2 sebagai kakitangan awam. Satu Majlis Persaraan beliau telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. En Hassan Bin Rani atau lebih dikenali sebagai Pok Hassan dikalangan warga sekolah diraikan dengan penuh meriah pada hari ini. Bermula dengan perarakan ketibaan Pok Hassan dari pintu gerbang sehingga ke pentas, majlis diserikan dengan beberapa persembahan khas untuk beliau. Majlis ini bertujuan meraikan persaraan Pok Hassan dan tanda terima kasih warga sekolah kepada beliau yang telah lama berkhidmat di sekolah ini. Turut hadir bagi meraikan majlis ini ialah wakil dari PPD Kemaman Pn Hjh Noraini, Pengetua SMK Seri Bandi, Guru Besar SK Seri Bandi, GPK-GPK dan YDP PIBG SK Seri Bandi 2.  
»»  read more

Thursday 16 April 2015

BENGKEL SAINS TAHUN 6


16 APRIL 2015 - Satu bengkel menjawab kertas soalan sains UPSR  murid tahun enam telah dijalankan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SK Seri Bandi 2. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti cara-cara yang betul dalam menjawab kertas UPSR Sains. Bengkel ini dikendalikan oleh guru Sains Tahun enam iaitu En Mohd Yasim.
»»  read more

Monday 13 April 2015

PROGRAM CAKNA UPSR 2015


14 APRIL 2015 - Program Cakna UPSR 2015 melibatkan ibubapa murid-murid tahun enam telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan dan juga Makmal Komputer sekolah. Program Cakna UPSR ini bertujuan untuk berkongsi dengan ibubapa murid tahun enam berkaitan dengan pembelajaran anak mereka semasa berada di sekolah. Ibu bapa diharapkan dapat membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak mereka dalam peperiksaan UPSR akan datang. Sambutan daripada ibubapa murid tahun enam dalam menjayakan program ini amat menggalakkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini dan memastikan kecemerlangan anak-anak SKSB 2.
»»  read more

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2015


11 APRIL 2015 - Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada kali ini dengan jayanya. Antara tujuan program perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan di kalangan murid-murid SKSB 2. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di padang sekolah. Ia melibatkan tiga badan beruniform sekolah iaitu Pengakap, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Pelbagai aktiviti diadakan sempena perkhemahan pada tahun ini antaranya ialah pertandingan kawad kaki, balutan, ikatan dan masakan.   
»»  read more

Saturday 28 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10


27 MAC 2015 - Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2 kali ke-10 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. Perasmian pada kali ini disempurnakan oleh Ustazah Hajah Noraini Bt Mohamad dari PPD Kemaman. Perasmian turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah yang menjadi Naib Johan dalam pertandingan Festival Nasyid MTQ PKG Kemasek 2015. Kehadiran ibubapa dalam mesyuarat pada kali ini amat memberangsangkan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang hadir untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. 
»»  read more

Wednesday 25 March 2015

PROGRAM CEGAH DENGGI 2015


25 Mac 2015 - Satu program membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan sekolah telah dijalankan pada hari ini. Program Cegah Denggi ini telah dirasmikan oleh GPK Pentadbiran En Pauzi Aluwi. Program dimulai dengan ucapan perasmian dan tayangan video berkaitan dengan nyamuk aedes dan demam denggi. Seterusnya warga SK Seri Bandi 2 melakukan gotong royong membersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
»»  read more

Monday 23 March 2015

FESTIVAL NASYID MTQ PKG KEMASEK 2015


23 MAC 2015 - Tahniah diucapkan kepada kumpulan Shoutul Ehsan dari SK Seri Bandi 2 kerana telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan Festival Nasyid MTQ PKG Kemasek 2015 yang berlangsung pada hari ini. Pasukan nasyid sekolah ini telah dibimbing oleh Ustazah Norlela Ibrahim. Festival ini telah dijalankan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Sebanyak lapan buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun ini. Sementara itu dalam acara pertandingan bercerita yang berlangsung di SK Seri Bandi , peserta bercerita perempuan adik Siti Maisarah Bt Akok Pranata dari SK Seri Bandi 2 berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Peserta bercerita perempuan telah dibimbing oleh Ustazah Maimiza Bt Ghazali. Tahniah diucapkan kepada mereka.
»»  read more

Saturday 7 March 2015

PELANCARAN NILAM 2015

 5 MAC 2015 - Majlis Pelancaran NILAM Peringkat SK Seri Bandi 2 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Antara objektif pelancaran Program Nilam ini dilancarkan adalah untuk memupuk sikap minat membaca dikalangan warga sekolah. Pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Jusoh diikuti dengan penerangan tentang Program NILAM oleh Guru PSS dan Media En Mohd Yasim Bin Musa. Seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad.
»»  read more

Wednesday 4 March 2015

BENGKEL FROGVLE TAHUN ENAM

 4 Mac 2015 - Satu bengkel berkaitan dengan Frog VLE telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di makmal komputer SK Seri Bandi 2. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun enam tentang persekitaran pembelajaran dalam FrogVLE. Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid tahun enam.
»»  read more

Tuesday 17 February 2015

NAIB JUARA BOLA BALING MSSD KEMAMAN 2015

 17 FEB 2015 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling SK Seri Bandi 2 setelah muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Kemaman 2015 yang berlangsung di SK Bukit Kuang.
»»  read more

Thursday 12 February 2015

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SKSB 2

 12 FEB 2015 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SK Seri Bandi 2 kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasek 2015. Kejohanan ini berlangsung pada 10 dan 11 Febuari bertempat di SK Kampung Baru Kerteh.
»»  read more

Tuesday 10 February 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH 2015



11 FEB 2015 - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SK Seri Bandi 2 bagi sesi 2105 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Majlis ini telah dirasmikan oleh G20293 ISP Mariani Bt Mohammad, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Narkotik IPD Kemaman. Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. Mereka yang menerima watikah pelantikan terdiri dariapa 42 orang pengawas sekolah, 24 pengawas pusat sumber, 13 pengawas briged bestari, 8 pengawas bilik sukan, 28 ketua dan penolong ketua darjah.
»»  read more

Monday 2 February 2015

LADAP PENGURUSAN STOK



2 FEB 2015 - Satu kursus pengurusan stok telah berjaya diadakan pada hari ini melibatkan guru-guru SK Seri Bandi 2 yang bertempat di Bilik Mesyuarat. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru cara-cara yang betul berkaitan dengan pengurusan stok barangan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh En Zahari Bin Hamzah, CC dari SMK Air Puteh. 
»»  read more

Friday 30 January 2015

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2015


29 JAN 2015 - Satu program motivasi keibubapaan untuk ibubapa murid-murid tahun enam telah diadakaan pada hari ini. Program motivasi ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohamad bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ayah We. Acara program dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah,solat hajat, bacaan Yaasin, solat Isyak dan seterusnya program motivasi. Motivasi ini dibahagikan kepada dua slot, slot yang pertama untuk murid tahun enam yang akan menduduki UPSR dan slot yang kedua khas untuk ibubapa murid tahun enam. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa.
»»  read more

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H


29 JAN 2015 - Sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah telah disambut pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Sambutan dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Anwar. Seterusnya beberapa acara bertemakan Sirah Rasulullah SAW dijalankan antaranya pertandingan kuiz, sajak dan nasyid. Objektif sambutan ini adalah untuk memastikan murid-murid SK Seri Bandi 2 sentiasa mengingati sirah Nabi Muhammad SAW dan menjadikan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan mereka. 
»»  read more

Tuesday 27 January 2015

MESYUARAT MGKT 2015


27 JAN 2015 - Mesyuarat Majlis Guru dan Kakitangan ( MGKT ) SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah pada jam 1.45 tengahari. Majlis dipengerusikan oleh En Saiful Azly Bin Ramby selaku pengerusi baru MGKT menggantikan En Abdullah Bin Mohd Noor yang telah berpindah sekolah. Turut diadakan pemberian sumbangan ikhlas  kepada ahli MGKT yang terlibat dengan banjir tahun lalu.  
»»  read more

Wednesday 21 January 2015

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2015


22 JAN 2015 - Pertandingan merentas desa tahun 2015 telah dijalankan pada hari ini melibatkan murid tahun dua hingga tahun enam. Sebelum pertandingan bermula murid melakukan senaman erobik yang dipimpin oleh guru pendidikan jasmani, Acara pelepasan peserta merentas desa telah disempurnakan oleh En Pauzi Bin Aluwi, GPK Pentadbiran SK Seri Bandi 2. 
»»  read more

Thursday 15 January 2015

MESYUARAT JK UPSR PERTAMA 2015


14 JAN 2015 - Mesyuarat Jawatankuasa UPSR SK Seri Bandi 2 kali pertama  telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada 14 Januari 2015. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SKSB2. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perancangan program UPSR 2015.
»»  read more

Tuesday 13 January 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

13 Jan 2015 - Bantuan awal persekolahan bagi sesi 2015 telah diagihkan kepada ibu bapa murid-murid SK Seri Bandi 2 pada hari ini. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing pada tahun ini.
»»  read more

Sunday 11 January 2015

PERSEKOLAHAN SESI 2015

11 Jan 2015 - Hari ini merupakan hari pertama bermulanya sesi persekolahan pada tahun 2015. Seramai 45 orang murid tahun satu memulakan persekolahan mereka di SK Seri Bandi 2 padatahun ini. Persekolahan hari ini bermula dengan perhimpunan pagi dengan nyanyian lagu Negaraku oleh warga SK Seri Bandi 2. 
»»  read more