Thursday 29 December 2016

BENGKEL PENGGUNAAN DONGLE YES 4G


29 DIS 2016 - Satu bengkel cara-cara penggunaan dongle yes 4G yang diberi secara percuma kepada setiap guru telah dijalankan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SK Seri Bandi 2. Pemberian dongle yes 4G ini adalah di bawah inisiatif projek 1 Bestarinet Fasa 2. Tujuannya ialah untuk membolehkan guru-guru mengguna pelantar frog VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka secara lebih meluas.
»»  read more

Wednesday 28 December 2016

HARI PENDAFTARAN 2017


28 DIS 2016 - Pada hari ini murid-murid SK Seri Bandi 2 mula mendaftar untuk sesi persekolahan 2017 yang akan bermula pada minggu hadapan. Sesi pendaftaran persekolahan 2017 dilakukan di kelas masing-masing, manakala murid tahun satu dijalankan di Dewan Gemilang. Sesi pendaftaran berlangsung dengan lancar dan berakhir jam 10.30 pagi. 
»»  read more

Thursday 24 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN 2016


24 NOVEMBER 2016 - Tiga orang guru SK Seri Bandi 2 akan berpindah ke sekolah baru pada tahun hadapan. Dengan itu satu majlis perpisahan ringkas bersama-sama dengan murid an guru telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Warga SK Seri Bandi 2 mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada mereka serta selamat bertugas di tempat baharu pada tahun 2017. 
»»  read more

Wednesday 23 November 2016

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 SESI 2016


23 NOVEMBER 2016 - Majlis Graduasi Tahun 6 telah berlangsung di Dewan Gemilang SKSB 2 pada hari ini menandakan tamatnya alam sekolah rendah bagi murid-murid tahun 6. Majlis graduasi ini telah disempurnakan oleh En Tajudin Bin Mohamad, selaku Guru Besar SK Seri Bandi 2. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YDP PIBG SK Seri Bandi 2 dan juga para ibu bapa.
»»  read more

Tuesday 22 November 2016

MAJLIS ANUGERAH BESTARI TERBILANG 2016


22 NOVEMBER 2016 - Majlis Anugerah Bestari Terbilang Kali Ke-13 SK Seri Bandi 2 telah berlangsung hari ini dengan jayanya. Majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Majlis tahunan ini telah dirasmikan oleh Pn Hajah Noraini Bt Mohamad, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kemaman. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa murid.
»»  read more

Sunday 20 November 2016

HARI TEMU MURNI 2016


21 NOV 2016 - Progam Hari Temu Murni SKSB 2 dijalankan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 10 pagi. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa penjaga untuk hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun anak masing-masing. Di samping itu ibu bapa dapat berjumpa dan berbincang dengan guru kelas anak masing-masing berkaitan dengan prestasi pembelajaran anak-anak mereka. Program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan dari ibu bapa penjaga.
»»  read more

Thursday 17 November 2016

KEPUTUSAN UPSR 2016


17 Nov 2016 – Keputusan peperiksaan UPSR 2016 tahun pertama bagi kurikulum KSSR bagi SK Seri Bandi 2 telah diumumkan oleh Encik Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2 bertempat di Dewan Gemilang. Seramai 49 orang calon dari SK Seri Bandi 2 telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Keputusan yang diperolehi seramai empat orang murid telah mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR 2016 yang menggunakan format baharu yang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ). Manakala GPS bagi sekolah SK Seri Bandi 2 ialah 3.31.  
»»  read more

Tuesday 8 November 2016

BENGKEL VIDEOGRAFI KAMERA DAN SUNTINGAN VIDEO 2016


8 NOVEMBER 2016 - Bagi menambah lagi kemahiran guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar, satu bengkel videografi kamera dan suntingan video telah diadakan pada hari ini. Bengkel ini bertujuan menambah kemahiran guru berkaitan dengan teknik menghasilkan video untuk PdP. Di samping itu juga ia bertujuan meningkatkan kemahiran guru dalam menggunakan aplikasi ICT.
»»  read more

Friday 21 October 2016

HARI KELUARGA SKSB 2


21 OKT 2016 - Hari Keluarga SKSB 2 berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ahli-ahli MGKT beserta keluarga masing-masing. Sambutan Hari Keluarga tahun ini disambut di Resident Inn, Kuantan selama dua hari satu malam. Beberapa aktiviti telah diatur oleh AJK MGKT antaranya aktiviti riadah di kolam renang, makan malam, cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Pihak MGKT SK Seri Bandi 2 merakamkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja yang bersama-sama menjayakan hari keluarga tahun ini. 
»»  read more

Wednesday 19 October 2016

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1438H


19 OKT 2016 - Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena sambutan Maal Hijrah SK Seri Bandi 2 pada tahun ini. Antaranya  ialah ceramah Maal Hijrah 1438H oleh Tuan Haji Muhammad Bin Hussin, masakan bubur asyura, ceramah kesihatan, melukis poster dan mewarna poster bertemakan Maal Hijrah. Objektif program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan dan membuka minda murid-murid betapa perlunya berhijrah dalam kehidupan dan kebaikan serta pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.
»»  read more

Tuesday 18 October 2016

LADAP KRIKET


18 OKT 2016 - Guru-guru SK Seri Bandi 2 telah menjalani  LADAP permainan kriket pada hari ini. LADAP ini dijalankan dalam dua sesi , sesi penerangan dan juga sesi praktikal di padang. LADAP ini disampaikan oleh Cikgu Parizal Bin Abu Bakar dari SK Padang Kubu. Latihan berakhir jam lima petang. 
»»  read more

Monday 17 October 2016

CERAMAH DAN PAMERAN AADK


17 OKT 2016 - Satu ceramah dan pameran berkaitan dengan bahaya penyalahgunaan dadah telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Ceramah dan pameran ini telah dijayakan oleh En Adli Zul Ikram Bin Zulkifli, En Mohd Tarmizi  Bin Mohamad dan En Hanafi Bin Noor Halim dari Agensi Dadah Kebangsaan cawangan Kemaman.
»»  read more

Wednesday 12 October 2016

PROGRAM PASCA UPSR : PERKHEMAHAN


12 OKT 2016 - Sempena dengan program Pasca UPSR 2016 satu program perkhemahan telah dijalan untuk murid-murid tahun enam SK Seri Bandi 2. Program mini perkhemahan ini diadakan selama dua hari satu malam. Pelbagai aktiviti kendiri telah dilaksanakan oleh murid-murid untuk meningkatkan kemahiran diri. Antaranya ialah aktiviti memasak, mendirikan khemah dan sebagainya.
»»  read more

Saturday 8 October 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016


8 OKT 2016 - Warga SK Seri Bandi 2 turut serta menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2016 yang berlangsung serentak di seluruh negara pada hari ini. Acara dimulakan dengan senaman erobik selama setengah jam kemudian diikuti dengan acara-acara sukan lain yang melibatkan semua murid SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Thursday 6 October 2016

KHEMAH IBADAH TAHUN 6


6 OKT 2016 - Program Khemah Ibadah Tahun 6 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di SK Seri Bandi 2. Program ini bertujuan mendedahkan kepada murid berkaitan dengan berkara-perkara ibadah yang wajib diketahui oleh setiap muslim. Program ini merupakan program salah satu program pasca UPSR 2016.
»»  read more

Sunday 4 September 2016

MAJLIS RESTU CALON UPSR 2016


4 SEPT 2016 – Sempena dengan peperiksaan UPSR yang akan ditempuhi oleh calon-calon UPSR esok, satu majlis restu ilmu telah diadakan pada hari ini. Majlis ini melibatkan semua murid tahun enam SK Seri Bandi 2 bersama-sama dengan ibu bapa mereka serta guru-guru. Turut hadir, Pn Hjh Noraini bt Mohamad selaku pegawai perhubungan sekolah dari PPD Kemaman bagi merasmikan majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis kali ini. Semoga calon-calon UPSR 2016 mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR nanti. 
»»  read more

Tuesday 30 August 2016

PERTANDINGAN KANTIN PERINGKAT NEGERI 2016


30 OGOS 2016 - Kantin SK Seri Bandi 2 telah dikunjungi oleh panel juri  dari JPNT dan Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu pada hari ini untuk membuat penilaian terhadap kantin sekolah. Penilaian dan penjurian ini dijalankan kerana kantin sekolah menyertai pertandingan kantin peringkat negeri Terengganu tahun 2016. Para juri telah disambut oleh Guru Besar, En Tajudin Bin Mohamad dan juga GPK HEM, Pn Wan Aida Bt Wan Ali.
»»  read more

Sunday 28 August 2016

MAJLIS YAB MENTERI BESAR BERSAMA CALON UPSR 2016


28 OGOS 2016 - Seramai enam orang calon cemerlang UPSR dari SK Seri Bandi 2 telah menghadiri Majlis YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Calon Cemerlang UPSR 2016 Negeri Terengganu pada hari ini. Majlis ini berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu.
»»  read more

Saturday 27 August 2016

PERTANDINGAN JEJARI PANTAS


27 OGOS 2016 - Tahniah diucapkan kepada adik Nor Ain Nasuha Bt Muni murid tahun 3 SK Seri Bandi 2 kerana berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan jejari pantas dalam Program Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 anjuran Perpustakaan Desa Ibok.  
»»  read more

Monday 22 August 2016

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016


22 OGOS 2016 - Majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, En Tajudin Bin Mohamad. Persembahan gimik  pelancaran dan deklamasi sajak bertema kemerdekaan turut dipersembahkan oleh murid-murid SK Seri Bandi 2. Majlis pelancaran diakhiri dengan nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos oleh semua warga SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Tuesday 2 August 2016

TAHNIAH TEAM BI !

 2 OGOS 2016 - Tahniah diucapkan kepada team BI SK Seri Bandi 2 kerana telah berjaya melatih adik Amirul Haziq Bin Mohamad sehingga muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan bercerita bahasa Inggeris kategori SR sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Terengganu 2016. Adik Amirul Haziq mewakili Daerah Kemaman dalam pertandingan tersebut.
»»  read more

Sunday 31 July 2016

MOTIVASI MENJELANG UPSR 2016

 31 JULAI 2016 - Sempena menjelangnya UPSR 2016 tidak lama lagi, perlbagai program telah diatur untuk meningkatkan semangat dan memotivasikan calon-calon UPSR SK Seri Bandi 2 sebagai persediaan mereka menghadapi peperiksaan UPSR kali ini. Antara program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ialah program motivasi. Kali ini pihak sekolah telah menjemput seorang motivator untuk memberikan motivasi kepada calon UPSR SK Seri Bandi 2. Sesi motivasi ini telah disampaikan oleh Cik Rozita Bt Abd Wahab pelajar PHD dari UPM.
»»  read more

Thursday 28 July 2016

40 Hari Menjelang UPSR 2016


28 JULAI 2016 - Menjelang UPSR yang bakal menjelang, SK Seri Bandi 2 telah melancarkan Program 40 hari menjelang UPSR 2016 untuk murid-murid tahun enam pada hari ini. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Noraini Binti Mohamad, Penolong Pegawai PPD Kemaman.   
»»  read more

Tuesday 26 July 2016

Pertandingan Dikir Barat Daerah Kemaman 2016

 26 JULAI 2016 - Pasukan dikir barat SK Seri Bandi 2 telah menyertai pertandingan dikir barat program j-QAF sekolah-sekolah KPM Daerah Kemaman 2016 yang diadakan di SK Kampung Tengah Kemaman. Dalam pertandingan tersebut pasukan dikir barat SK Seri Bandi 2 mendapat tempat ke-empat.
»»  read more

Saturday 23 July 2016

PERTANDINGAN eMAJALAH SEKOLAH


23 JULAI 2016 - Tahniah diucapkan kepada unit ICT SK Seri Bandi 2 kerana mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan majalah digital interaktif peringkat Daerah Kemaman 2015 kategori sekolah rendah. Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh YB. Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Kemaman semasa Program Hari Komuniti Pintar Kemaman. 
»»  read more

Tuesday 19 July 2016

PELANCARAN LINUS 2.0


20 JULAI 2016 - Majlis Pelancaran LINUS 2.0 T-CARE peringkat sekolah telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Bandi 2 pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang.
»»  read more

Thursday 14 July 2016

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2016

 14 JULAI 2016 - Seramai 30 orang calon UPSR SK Seri Bandi 2 yang terpilih telah menyertai Kem Kecemerlangan UPSR 2016 anjuran SK Padang Kubu selama tiga hari di SK Padang Kubu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput SK Seri Bandi 2 untuk bersama-sama menjayakan kem tersebut.
»»  read more

SAMBUTAN HARI RAYA 2016


14 JULAI 2016 - Sambutan Hari Raya 2016 peringkat sekolah telah dilaksanakan pada  hari ini bertempat di kantin sekolah. Sambutan hari raya bermula jam 12 tengahari dan berakhir jam 1.45 tengah hari. Pelbagai jamuan disediakan untuk menjamu tetamu yang hadir menjayakan majlis sambutan hari raya tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi menjayakan majlis pada tahun ini.
»»  read more

Thursday 30 June 2016

MAJLIS KHATAM AL QURAN 2016


30 JULAI 2016 - Majlis Khatam Al Quran 2016 untuk murid tahun enam dan murid-murid tadarus al Quran sempena Ramadhan telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Seramai 49 orang murid tahun enam diraikan dalam Majlis Khatam Al Quran telah diberi cenderamata senaskhah al Quran sumbangan guru-guru SK Seri Bandi 2. Turut diberi sumbangan duit raya kepada semua murid SK Seri Bandi 2 sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. 
»»  read more

Wednesday 29 June 2016

PROGRAM #MALAYSIANGAJI 2016


29 JUN 2016 - Warga SK Seri Bandi 2 turut mengadakan program #MalaysiaNgaji 2016 yang dilakukan secara serentak di seluruh negeri Terengganu pada hari ini. Program ini telah dianjur oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu ( PPAT ). Seramai 316 orang murid SK Seri Bandi 2 terlibat dalam program ini yang diadakan di Dewan Gemilang.
»»  read more

Monday 27 June 2016

IFTAR JAMAIE 2016


27 JUN 2016 - Program Iftar Jamie sempena bulan Ramadhan bagi warga SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di kantin SK Seri Bandi 2. Program anjuran MGKT SK Seri Bandi 2 ini bertujuan untuk merapat hubungan ukhwah warga SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Wednesday 22 June 2016

HARI TEMU MESRA 2016


23 JUN 2016 - Pihak sekolah SK Seri Bandi 2 telah mengadakan Hari Temu Mesra pada hari ini bermula jam 11.45 pagi. Ibu bapa hadir ke sekolah pada hari ini untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak masing-masing. Ibu bapa juga berpeluang untuk berbincang dengan guru-guru berkaitan dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Kehadiran dan kerjasama dari ibu bapa amat menggalakkan pada hari ini.
»»  read more

Sunday 12 June 2016

HADIAH CEMERLANG PPT 2016


12 JUN 2016 - Majlis penyampaian hadiah untuk murid yang mendapat keputusan  cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun 2016 telah diadakan pada hari ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Tajudin bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. 
»»  read more

Wednesday 25 May 2016

CERAMAH AWAL RAMADHAN 2016


26 MEI 2016 - Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelma, Kelab Agama dan Panitia Pendidikan Islam SK Seri Bandi 2 telah mengadakan program ceramah awal Ramadhan kepada murid-murid SK Seri Bandi 2. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Anwar Bin Jusoh bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Monday 23 May 2016

SOLAT HAJAT UPSR 2016


23 MEI 2016 - Program solat hajat untuk kecemerlangan UPSR 2016 telah dijalankan pada hari ini melibatkan warga SK Seri Bandi 2 dan juga ibu bapa murid-murid tahun empat, lima dan enam. Program solat hajat bermula selepas maghrib dan berakhir selepas isyak. Sambutan dalam kalangan ibu bapa amat menggalakkan.  
»»  read more

Wednesday 18 May 2016

BIMBINGAN KELAB DOKTOR MUDA


19 MEI 2016 - Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 telah menerima kunjungan  dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu pada hari ini. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membuat pemantauan dan bimbingan perjalanan Kelab Doktor Muda sekolah. Rombongan ini telah disambut oleh Pn Fatimah Hamzah GPK Kokurikulum dan En Shaiful Azly Ramby selaku penyelaras Kelab Doktor Muda SKSB 2.
»»  read more

Tuesday 17 May 2016

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

 17 MEI 2016 - Program ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. Ceramah ini bertujuan mengingati semula peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam Islam antaranya peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Khalid bin Yakub.
»»  read more

LAWATAN SAMBIL BELAJAR



17 MEI 2016 - Satu lawatan sambil belajar murid-murid tahun 4 , 5 dan murid PPKI SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini. Lawatan ini telah diadakan di Pusat  Sains dan Kreativiti Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu.
»»  read more

Monday 16 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU 2016


16 MEI 2016 - Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru di seluruh Malaysia amnya dan kepada warga guru SK Seri Bandi 2 khasnya. Sambutan hari guru peringkat SKSB 2 pada tahun ini dimulai dengan solat hajat dan bacaan surah Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Anwar Jusoh bertempat di surau sekolah. Seterusnya sambutan di teruskan dengan perarakan masuk guru-guru ke Dewan Gemilang SKSB 2. Acara dewan dimulai  dengan beberapa ucapan dan perutusan hari guru yang disampaikan oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Pengerusi MGKT dan wakil murid. 
»»  read more

Sunday 15 May 2016

PRA SAMBUTAN HARI GURU 2016


15 MEI 2016 - Satu pertandingan bowling tertutup warga SK Seri Bandi 2 telah diadakan di Mesra Mall , Kemaman yang melibatkan semua warga guru dan pekerja SK Seri Bandi 2. Perlawanan ini bersempena Sambutan Hari Guru 2016 yang akan disambut esok hari 16 Mei 2016. 
»»  read more

Saturday 14 May 2016

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI KE 3


15 MEI 2016 - Perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini telah diadakan buat kali ke-3 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Seri Bandi 2 pada hari ini. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan untuk murid-murid tahun enam pada tahun ini bagi memastikan mereka bersedia menghadapi UPSR nanti.  
»»  read more

KEM BESTARI SOLAT 2016


14 MEI 2016 - Program Kem Bestari Solat 2016 untuk murid-murid SK Seri Bandi 2 telah dijalankan pada hari ini melibatkan murid tahap satu dan tahap dua. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Program ini merupakan program yang wajib dilaksanakan setiap tahun untuk memastikan murid-murid menguasai perkara-perkara yang berkaitan dengan solat.
»»  read more

Wednesday 11 May 2016

TAHNIAH PASUKAN BI SKSB 2


11 MEI 2016 - Tahniah diucapkan kepada pasukan Panitia Bahasa Inggeris SK Seri Bandi 2 yang menyertai pertandingan di dalam Karnival Bahasa Inggeris PKG Kemasek. Mohd Amirul Haziq telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan  bercerita bahasa Inggeris, manakala dalam pertandingan Scrabble pula peserta dari SKSB 2 muncul sebagai Naib Johan. 
»»  read more

Tuesday 10 May 2016

GOTONG ROYONG CERIA KANTIN

 10 MEI 2016 - Satu program gotong royong menceriakan kantin sekolah telah dilaksanakan pada hari ini oleh guru-guru SKSB 2. Gotong royong ini bertujuan mempersiapkan kantin sekolah yang akan menyertai pertandingan kantin terbaik peringkat Daerah Kemaman pada bulan Mei ini. Semoga kantin SK Seri Bandi 2 akan menjadi johan dalam pertandingan tersebut.
»»  read more

Sunday 8 May 2016

PELANCARAN MINGGU MBMMBI 2016


9 MEI 2016 - Pelancaran minggu MBMMBI 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 telah disempurnakan hari ini oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SKSB 2 bertempat di Dewan Gemilang. Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Bin Jusoh. Kemudian diikuti dengan penerangan minggu MBMMBI oleh En Mohd Shaf Azan Bin Shafie, Guru Penyelaras Program MBMMBI. Seterusnya gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.
»»  read more

Thursday 5 May 2016

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 12


5 Mei 2016 - Kejohanan Sukan Tahunan SK Seri Bandi 2 kali ke 12 telah berjaya dirasmikan hari ini oleh YDP PIBG SK Seri Bandi 2, En Noramat Bin Jusoh. Kejohanan kali ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Beberapa acara padang dan balapan telah dipertandingkan pada hari ini. Beberapa acara sukaneka juga turut diadakan yang melibatkan murid tahap satu dan tahap dua serta murid pra sekolah dan murid PPKI. Kejohana kali ini diungguli oleh pasukan rumah Kuning yang memungut mata tertinggi keseluruhan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan sukan tahunan pada kali ini.
»»  read more

Tuesday 26 April 2016

ROMBONGAN MGKT 2016


26 APRIL 2016 - Ahli-ahli MGKT SK Seri Bandi 2 telah mengadakan lawatan sambil membeli belah di IKEA dan SOGO pada hari ini.
»»  read more

Monday 11 April 2016

PELANCARAN NILAM 2016


12 APRIL 2016 - Pelancaran NILAM 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 berjaya disempurnakan pada hari ini oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Muhamad pada hari ini. Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Guru Penyelaras Nilam En Mohd Irfan Bin Azman. Seterusnya gimik pelancaran diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar. Tahun ini pihak sekolah telah menyediakan hadiah utama NILAM yang ditaja oleh Bank Rakyat untuk dianugerahkan kepada murid yang paling banyak membaca pada tahun ini berupa sebuah basikal. Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Chukai di atas tajaan tersebut.
»»  read more

Sunday 10 April 2016

PINGAT PERAK MSST 2016


11 APRIL 2016 - Tahniah diucapkan kepada adik Siti Nur Ba Iyyah Bt Mohd Razali di atas kejayaan beliau memperolehi pingat perak dalam pertandingan lompat jauh perempuan bawah 11 tahun sempena Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Terengganu. Kejohanan ini telah diadakan pada  6 hingga 9 April 2016 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus.
»»  read more

Wednesday 6 April 2016

MTQ PKG KEMASEK 2016


6 APRIL 2016 - Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid dan peserta tilawah lelaki dari SK Seri Bandi 2 kerana berjaya muncul johan dalam pertandingan MTQ PKG Kemasek pada hari ini yang berlangsung di SK Seri Gelugor, Kemaman. Kumpulan nasyid dan peserta tilawah lelaki dari SK Seri Bandi 2 akan mewakili PKG Kemasek dalam pertandingan MTQ Peringkat Daerah Kemaman yang dijadual berlangsung di SM Imtiyaz Kemaman pada 18 April nanti.
»»  read more