Friday 19 February 2016

MESYUARAT PIBG 2016


19 FEB 2016 - Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2 Kali ke 11 tahun 2016 telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia , merangkap Ahli Parlimen Kemaman pada hari ini bertempat di dewan sekolah.  Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung pada kali ini melebihi 200 orang. Turut diadakan cabutan bertuah untuk ibu bapa yang hadir dan hadiah cabutan bertuah telah disumbang oleh pelbagai pihak. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB yang sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2 pada tahun ini.
»»  read more

Wednesday 17 February 2016

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN 2016


17 FEB 2016 - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas-Pengawas SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini. Tujuan majlis ini diadakan bagi melantik murid-murid yang terpilih untuk memegang jawatan pengawas mengikut bidang masing-masing. Antaranya ialah Pengawas Elit Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pengawas Briged Bestari, Pengawas Bilik Sukan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas bagi sesi 2016 telah disempurnakan oleh Inspektor Mali Bin Wadjor, Pegawai Penyiasat Narkotik, IPD Kemaman. Majlis ini telah diadakan di dewan SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Tuesday 16 February 2016

ASPRESIASI KOKURIKULUM 2016


16 FEB 2016 - Satu perarakan kokurikulum yang melibatkan murid-murid tahap dua serta guru-guru SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bermula jam 2.30 petang. Perarakan ini berlangsung di sekitar kawasan kampung yang berhampirang dengan sekolah. Perarakan ini merupakan aktiviti dalam Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan Aspresiasi Kokurikulum yang diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Negeri Terengganu.
»»  read more

Thursday 4 February 2016

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2016


04 FEB 2016 - SK Seri Bandi 2 dengan kerjasama SK Seri Bandi telah berjaya mengadakan mengadakan Kursus Kepimpinan yang melibatkan pengawas untuk kedua-dua buah sekolah pada hari ini. Kursus sehari ini telah diadakan di dewan ADTEC, Payoh, Kemaman bermula jam 7.45 pagi hingga jam 5.00 petang yang dikendalikan oleh PSYConsultancy And Training. Kursus ini melibatkan 240 orang murid yang menjadi pengawas di kedua-dua buah sekolah.  
»»  read more

Wednesday 3 February 2016

BOLA TAMPAR 2016


03 FEB 2016 - Tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki SK Seri Bandi 2 kerana berjaya mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan bola tampar peringkat Daerah Kemaman pada tahun ini.
»»  read more