Thursday 24 August 2017

PROGRAM KEMERDEKAAN 2017


24 OGOS 2017 - Sempena bulan kemerdekaan tahun ini beberapa program dan aktiviti berkaitan dengan kemerdekaan telah di laksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Beberapa aktiviti pertandingan telah dijalankan yang melibatkan murid tahap satu dan dua. Antaranya ialah pertandingan membaca sajak kemerdekaan, pakaian bertemakan kemerdekaan, basikal berhias dan lain-lain. 
»»  read more

Wednesday 23 August 2017

LATIHAN KEBAKARAN 2017


23 OGOS 2017 - Satu latihan kecemasan dan kebakaran yang melibatkan semua warga sekolah telah dijalankan pada hari ini. Latihan ini mendapat kerjasama daripada Balai Bomba Kerteh Kemaman yang membuat demontrasi menangani kebakaran dan menyelamat mangsa yang terlibat. Turut diadakan ceramah keselamatan oleh pihak bomba. Latihan ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan pihak sekolah apabila berlakunya kebakaran di sekolah. 
»»  read more

Friday 18 August 2017

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHUN 6 2017


18 OGOS 2017 - Sempena dengan peperiksaan UPSR yang semakin hampir satu program motivasi keibubapaan murid tahun enam SK Seri Bandi 2 telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Motivasi telah disampaikan oleh Encik Tajul Abidin Bin Abdullah, Penolong Pegawai PPD Kemaman. Sambutan dari ibu bapa murid amat menggalakkan. Turut hadir ialah YDP PIBG dan Naib YDP PIBG SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Tuesday 8 August 2017

LADAP FROGVLE MODUL PIE


8 OGOS 2017 - LADAP Frog VLE untuk modul PIE telah diadakan pada hari ini untuk guru-guru SK Seri Bandi 2 bertempat di Frogasia Hub SK Ibok. LADAP ini diadakan dengan kerjasama guru advokasi Frogasia Hub SK Ibok bermula jam 2.30 hingaa 4.30 petang. Guru-guru dibimbing untuk menyediakan site PDPc yang berkesan dengan menggunakan pelantar Frog VLE. 
»»  read more

Thursday 3 August 2017

LAWATAN TUAN PPD KEMAMAN


3 OGOS 2017 - Calon UPSR SK Seri Bandi 2 berasa bertuah pada hari ini kerana dikunjungi oleh En Idris Bin Bidin, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman. Dalam perjumpaan ini , beliau telah memberi ceramah motivasi kepada calon-calon UPSR SK Seri Bandi 2 untuk menaikkan semangat para calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Sebelum itu beliau telah menyertai program bacaan yassin, solat hajat dan solat dhuha yang turut dihadiri oleh ibubapa di surau sekolah. 
»»  read more

Tuesday 1 August 2017

PROGRAM BERSAMA AADK KEMAMAN


1 OGOS 2017 - Bagi memberi kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah kepada murid-murid sekolah satu program penerangan bersama AADK cawangan Kemaman telah diadakan pada hari ini. Program ini telah dijalankan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah dan juga pameran bahaya penyalahgunaan dadah.
»»  read more