Tuesday 20 November 2018

HARI KELUARGA 2018


20 NOV 2018  - Hari Keluarga SK Seri Bandi 2 telah diadakan di Pantai Telok Kalong Kemaman. Pelbagai aktivti dijalankan untuk memeriahkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan warga SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Monday 19 November 2018

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018


19 NOV 2018 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2018 untuk meraikan murid-murid cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun telah disempurnakan oleh En. Md. Ismail Bin Md. Salleh, Pegawai SISC PPD Kemaman. Turut diumumkan tokoh murid 2018 iaitu adik Siti Amnani Bt Ruslam. Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan 2018. 
»»  read more

Sunday 18 November 2018

HARI GRADUASI 2018


18 NOV 2018 - Hari Graduasi 2018 bagi meraikan tamatnya persekolahan peringkat rendah murid tahun 6 SK Seri Bandi 2 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Seri Bandi 2, En Noramat Bin Yusof. Seramai 38 orang murid tahun enam telah berjaya menamatkan persekolahan peringkat rendah pada tahun ini.
»»  read more

Thursday 1 November 2018

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2018


1 NOV 2018 - Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Seri Bandi 2 telah berjaya dijalankan pada tahun ini. Perkhemahan bermula 31 Oktober dan berakhir 1 November tela disertai oleh 89 orang murid yang mewakili unit beruniform masing-masing. Perlbagai aktivti pertandingan dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan kali ini. Antaranya pertandingan kawad kaki, memasak, balutan, ikatan, gajet dan lain-lain. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Wednesday 31 October 2018

MILO PERCUMA


31 OKT 2018 - Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MILO yang sudi memberi minuman milo percuma kepada warga SK Seri Bandi 2 pada hari ini.
»»  read more

Thursday 18 October 2018

MAJLIS KHATAM AL QURAN TAHUN 6


18 OKT 2018 - Majlis Khatam Al Quran murid tahun 6 / 2018 SK Seri Bandi 2 berjalan dengan lancar pada hari ini. Majlis ini merupakan majlis tahunan bagi murid-murid tahun 6 yang diadakan setiap tahun. Setiap murid tahun 6 akan dihadiahkan dengan senaskhah al Quran hasil sumbangan warga sekolah dan juga PIBG SK Seri Bandi 2. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada yang memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini.
»»  read more

Tuesday 16 October 2018

PROGRAM BUBUR ASYURA 2018


16 OKT 2018 - Program memasak bubur asyura secara gotong-royong antara warga sekolah dengan PIBG telah dijalankan pada hari ini. Sebanyak empat kawah bubur asyura disiapkan secara bergotong royong yang mana bubur asyura diagihkan kepada semua warga sekolah. Program tahunan ini diharap akan dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara warga sekolah dan juga PIBG sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang menyumbangkan tenaga dan juga bahan masakan untuk menjayakan program bubur asyura pada tahun ini.  
»»  read more

Saturday 13 October 2018

HARI SUKAN NEGARA 2018


13 OKT 2018 - Warga SK Seri Bandi 2 turut bersama-sama rakyat Malaysia menjayakan program Hari Sukan Negara 2018 yang dilancarkan serentak di seluruh negara pada hari ini. Murid tahap dua SK Seri Bandi 2, guru-guru dan juga ibubapa berama-sama menjayakan program ini bertempat di padang sekolah. Acara dimulakan dengan senam erobik diikuti dengan beberapa acara sukan yang lain.
»»  read more

Sunday 23 September 2018

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2018


23 SEPT 2018 - Sempena UPSR 2018 yang akan berlangsung minggu hadapan, satu majlis Restu Ilmu 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Turut hadir merasmikan majlis ini ialah Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman. Seramai 38 orang calon SK Seri Bandi 2 akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. 
»»  read more

Thursday 30 August 2018

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2018


30 OGOS 2018 - Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 61 peringkat sekolah telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis perasmian telah dilakukan oleh GPK Pentadbiran, En Pauzi Bin Aluwi dengan ucapan dan melakukan gimik melepaskan burung merpati sebagai simbolik tanda kemerdekaan. Pelbagai aturcara telah dijalankan untuk memeriahkan sambutan pada kali ini, antaranya ialah pertandingan basikal berhias merdeka, pertandingan  pakaian merdeka, pertandinga koir lagu merdeka dan pertandingan mencipta blog kemerdekaan dalam frog VLE. 
»»  read more

Tuesday 28 August 2018

LADAP SATE FROG VLE


28 OGOS 2018 - Satu Latihan Dalam Perkhidmatan modul SATE Frog VLE untuk guru-guru matematik dan bahasa Inggeris telah diadakan pada hari ini bertempat di makmal komputer SK Seri Bandi 2. LADAP ini telah disampaikan oleh En Wan Roslan, Pegawai PKG Kemasek.
»»  read more

Tuesday 7 August 2018

PDRM BERSAMA WARGA SKSB 2


7 OGOS 2018 - Program PDRM dengan kerjasama Kelab Pencegahan Jenayah SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tahap dua tentang jenayah yang perlu dijauhi oleh mereka. Ceramah telah disampaikan oleh Tn.  .....dari IPD Kemaman. Turut diadakan pameran berkaitan dengan pencegahan jenayah.
»»  read more

Monday 6 August 2018

LADAP FROG VLE MODUL CHENDOL 2018


6 OGO 2018 - Seramai 30 orang guru SK Seri Bandi 2 telah mengikuti LADAP Frog VLE di Frogasia Hub, SK Ibok, Kemaman pada hari ini. Mereka telah didedahkan dengan modul CHENDOL oleh jurulatih-jurulatih Frog VLE dari FrogAsia Hub yang diketuai oleh cikgu Mohd Fadli. LADAP ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru-guru SK Seri Bandi 2 untuk menggunakan pelantar Frog VLE dalam PdPc mereka. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih Frog VLE FrohAsia Hub SK Ibok kerana sudi menerima guru-guru SK Seri Bandi 2 mengadakan LADAP di tempat mereka.

»»  read more

Tuesday 24 July 2018

PELANCARAN KEMPEN KEHADIRAN 100%


24 JUL 2018 - Pelancaran Kempen Kehadiran 100 peratus ke sekolah telah dirasmikan oleh En Tajudin Bin Mohamad , Guru Besar SK Seri Bandi 2 pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Objektif kempen ini adalah untuk memastikan murid-murid SK Seri Bandi 2 sentiasa hadir ke sekolah setiap hari. Penyampaian hadiah kehadiran 100 peratus sehingga bulan Jun turut diberikan kepada murid. 
»»  read more

Tuesday 10 July 2018

LATIHAN MEMBERUS GIGI


10 JULAI 2018 - Program latihan memberus gigi telah dijalankan dengan kerjasama Klinik Gigi Seri Bandi. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid cara-cara untuk memberus gigi dengan betul agar gigi sentiasa sihat.
»»  read more

Thursday 28 June 2018

SAMBUTAN RAYA 2018


28 JUN 2018 - Sambutan Hari Raya 2018 peringkat sekolah berlangsung dengan meriah pada hari ini. Sambutan bermula jam 9.30 pagi dimulakan dengan ucapan hari raya oleh Tuan Guru Besar SK Seri Bandi 2. Acara seterusnya ialah pertandingan baju raya murid dan guru tercantik. Sambutan Hari Raya diteruskan dengan jamuan hari raya sehingga jam 2 petang.
»»  read more

Wednesday 6 June 2018

NILAM MOBILE BOOK CAFE


6 JUN 2018 - Program galakan membaca NILAM telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Program ini diadakan dengan kerjasama MobileBookCafe.com yang turut mengadakan jualan buku kepada murid-murid. Program ini bertujuan menggalakkan murid-murid membeli bahan bacaan yang bermutu dan menanam minat suka membaca dalam kalangan murid SK Seri Bandi 2.
»»  read more

PROGRAM TEMU MURNI 2018


6 JUN 2018 - Program Temu Murni 2018 telah diadakan pada hari ini melibatkan semua ibubapa penjaga dan guru. Dalam program ini ibu bapa penjaga murid SK Seri Bandi 2 akan bersua muka dengan guru yang mengajar anak masing-masing untuk berbincang tentang pembelajaran anak di sekolah. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa/penjaga , hampir 95% ibubapa/penjaga hadir menjayakan program hari ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh ibubapa/penjaga.
»»  read more

Wednesday 30 May 2018

IFTAR JAMAIE 2018


30 MEI 2018 - Majlis Iftar Jamaie untuk warga SK Seri Bandi 2 telah berjaya dianjurkan oleh MGKT SK Seri Bandi 2 pada hari ini berempat di kantin sekolah. Hampir kesemua ahli MGKT dan keluarga menghadiri majlis iftar atau berbuka puasa pada tahun ini. Turut hadir AJK PIBG sekolah dan juga murid tahun enam. Solat terawih juga diadakan di surau sekolah selepas solat isyak.
»»  read more

Tuesday 8 May 2018

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1-2018


8 MEI 2018 - Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini yang melibatkan murid tahap 1 dan 2. Semua guru terlibat menjadi fasilitator untuk Kem Bestari Solat pada kali ini termasuk guru KAFA. Kem Bestari Solat ( KBS ) ini merupakan kem yang diadakan setiap tahun bagi memberi bimbingan kepada murid perkara-perkara yang berkaitan dengan solat samada dari segi bacaan dan juga perbuatan dalam solat.
»»  read more

Thursday 19 April 2018

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2018 SKSB 2


19 APRIL 2018 - Kejohanan Sukan Tahunan 2018 SK Seri Bandi 2 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Kejohanan yang berlangsung di padang SK Seri Bandi 2 telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Seri Bandi 2. Pasukan Rumah Kuning telah muncul sebagai Johan untuk keseluruhan dengan mengumpul 965 mata, manakala pasukan Rumah Merah muncul sebagai Naib Johan dengan 947 mata dan tempat ketiga pasukan Rumah Biru dengan 890 mata. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan kejohanan sukan sekolah pada tahun ini.
»»  read more

Tuesday 17 April 2018

SMART ENGLISH COMPETITION YDSM ZON 2 2018


17 APR 2018 - SK Seri Bandi 2 telah berjaya menjadi tuan rumah bagi program Smart English Competition YDSM Zon 2. Sebanyak 13 buah sekolah dari Daerah Kemaman telah menyertai pertandingan kali ini. Pasukan dari SK Seri Bandi 2 telah terpilih sebagai Naib Juara untuk Zon 2 pada tahun ini. Tahniah kepada pasukan YDSM SK Seri Bandi 2 dan layak untuk ke pertandingan peringkat seterusnya.
»»  read more

Saturday 14 April 2018

PENYAMPAIAN HADIAH PRA OTI 2018


15 APR 2018 - Satu majlis penyampaian hadiah untuk murid yang memperolehi keputusan terbaik dalam peperiksaan Pra OTI 2018 telah diadakan pada hari ini. Hadiah telah disampaikan oleh En Tajudin Bin Mohamad , Guru Besar SK Seri Bandi 2. Beberapa orang murid yang memperolehi 6A telah menerima hadiah sebagai galakan kepada mereka untuk terus cemerlang pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat hadiah.
»»  read more

Tuesday 10 April 2018

PELANCARAN KEM MEMBACA 1M, NILAM DAN FROG VLE


10 APR 2018 - Pelancaran Kem Membaca 1M , NILAM dan FrogVLE telah selesai dilancarkan pada hari ini oleh En Pauzi Bin Aluwi, GPK Pentadbiran SK Seri Bandi 2. Pelancaran ini dilakukan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Selama satu minggu pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pertandingan mencipta dialog, mewarna, tulisan cantik dan lain-lain. Program ini bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Sunday 8 April 2018

TAKLIMAT PENGAKTIFAN ID FROG VLE IBUBAPA


8 APRIL - Satu taklimat berkaitan pengaktifan ID Frog VLE ibubapa murid SK Seri Bandi 2 telah disampaikan oleh Pn. Zaitun Bt Zainuddin dari UNICLIQ sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab oleh pihak KPM untuk memastikan 30% ibu bapa dari setiap sekolah dapat mengaktifkan ID mereka. Sesi penerangan ini diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Seramai 60 orang ibubapa murid tahap 2 telah menghadiri taklimat ini. Pihak sekolah juga telah menyediakan beberapa kaunter untuk membantu ibu bapa yang ingin mengaktifkan ID mereka. Sesi taklimat berakhir jam 1.00 petang dan ibubapa yang hadir turut diberikan jamuan.
»»  read more

Monday 2 April 2018

LADAP FROG VLE SESI 2018


2 APRIL - Satu latihan dalam perkhidmatan ( LADAP ) yang berfokuskan kepada penggunaan Frog VLE dalam PdPc untuk semua guru SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini. Program LADAP ini telah dijalankan di Makmal Komputer SK Seri Bandi 2. Guru-guru didedahkan dengan penyediaan site untuk PdPc yang akan digunakan ketika pelaksanakan proses pengajaran kepada murid.
»»  read more

Friday 23 February 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13


23 FEB 2018 - Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2 kali ke-13 pada hari ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Roshali Bin Taha yang mewakili YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said. Perasmian mesyuarat ini berlangsung di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2 jam 8.30 pagi. Beliau turut menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada murid SK Seri Bandi 2 yang mendapat 6A di dalam peperiksaan UPSR 2017 yang lalu. Kehadiran ibubapa untuk menjayakan mesyuarat kali ini amat menggalakkan. Mesyurat Agung PIBG berakhir jam 11.30 pagi. 
»»  read more

MAJLIS PENYERAHAN ID FROG VLE IBUBAPA


23 FEB 2018 - Satu majlis ringkas penyerahan ID Frog VLE kepada ibubapa murid-murid SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad kepada YDP PIBG En Noramat Bin Yusof  selaku wakil kepada ibubapa. 
»»  read more

Sunday 4 February 2018

PROGRAM IM SAFE 2018


4 FEB 2018 - Pelancaran Program I'm Safe telah disempurnakan hari ini oleh Tuan Guru Besar, En Tajudin Bin Mohamad bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Program ini merupakan aprogram memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah. Beberapa aktiviti yang berkaian dengan program ini berlangsung selama seminggu. Antaranya ialah ceramah bahaya penyalahgunaan dadah, tandatangan banner I'm Safe dan solat hajat.
»»  read more

Sunday 28 January 2018

MAJLIS BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018


28 JAN 2018 - Majlis Bantuan Awal Persekolah SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hj Ahmad Bin Hj Said, ADUN Kijal. Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang.
»»  read more

Friday 26 January 2018

MOTIVASI IBU BAPA DAN MURID 2018


26 JAN 2018- Satu program Motivasi Ibubapa dan murid tahap 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Motivasi ini telah disampaikan oleh Dr. Zulkifli Bin Awang bermula jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ibu bapa dan murid yang hadir untuk mendengar motivasi. 
»»  read more

Thursday 25 January 2018

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2018


25 JAN 2018 - Kem Kepimpinan Pengawas yang melibatkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT dan Briged Bestari telah diadakan pada hari ini. Kem ini bertujuan membina keyakinan diri dalam kalangan pengawas-pengawas sekolah yang dilantik. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Cikgu Azmi Bin Abd Rashid, permainan yang membina kerjasama dalam menghadapi halangan dan rintangan secara berkumpulan. 
»»  read more

Saturday 20 January 2018

LARIAN MERENTAS DESA 2018


15 JAN 2018 - Program Larian Merentas Desa SK Seri Bandi 2 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan jayanya. Program dimulakan dengan senaman erobik yang dibimbing oleh Cikgu Mohd Irfan dan guru-guru Pendidikan Jasmani. Program Larian Merentas Desa ini merupakan acara tahunan anjuran sekolah yang melibatkan semua murid tahun 2 hingga 6. Peserta  larian telah dilepaskan oleh Guru Besar SK Seri Bandi 2 , Encik Tajudin bin Mohamad. Acara larian telah berakhir jam 9.45 pagi dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2.  
»»  read more

Monday 1 January 2018

SESI PERSEKOLAHAN 2018


1 JAN 2018 - Sesi persekolahan 2018 bermula pada hari ini dengan perhimpunan mingguan yang diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Seramai 40 orang murid tahun 1 memulakan alam persekolahan mereka di sini pada hari ini.
»»  read more