Tuesday 8 October 2019

MAJLIS KHATAM AL QURAN TAHUN 6 2019


9 OKT 2019 - Majlis Khatam Al Quran murid tahun 6 tahun 2019 berjalan dengan lancar pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Yuzaimi Bin Yassin. Sempena dengan majlis khatam al Quran pada kali ini murid-murid dihadiahi senaskhah al Quran sumbangan penderma. Semoga murid-murid dapat menjadikan bacaan al Quran sebagai amalan yang berterusan dalam kehidupan mereka. 
»»  read more

Monday 2 September 2019

MAJLIS RESTU ILMU 2019


3 SEPT 2019 - Majlis Restu Ilmu 2019 untuk murid tahun enam calon UPSR 2019 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis ini lebih bermakna dengan kehadiran ibubapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Turut hadir menjayakan majlis ialah Encik Noramat Bin Jusoh, YDP PIBG SK Seri Bandi 2 dan juga Encik Wan Ahmad Bin Wan Embong, Pegawai Perhubungan Sekolah.  
»»  read more

Wednesday 28 August 2019

BOLA TAMPAR PEREMPUAN BAWAH 11


28 Ogos 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar perempuan bawah 11 SK Seri Bandi 2 kerana mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan bola tampar sempena Karnival Pembangunan Sukan Bola Tampar MSSD Kemaman tahun 2019. Pertandingan ini telah berlangsung di gelanggang bola tampar SK Ibok Kemaman.
»»  read more

Tuesday 27 August 2019

TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR SESDI


27 Ogos 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar lelaki SK Seri Bandi 2 kerana mendapat tempat ke tiga dalam Karnival Pembangunan Sukan Bola Tampar MSSD Kemaman Tahun 2019. Pertandingan ini telah diadakan di gelanggang bola tampar SK Ibok Kemaman.
»»  read more

Tuesday 6 August 2019

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2019


6 OGOS 2019 - Pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan 2019 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dataran Gemilang SK Seri Bandi 2. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Encik Noramat Bin Jusoh, YDP PIBG SK Seri Bandi 2. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, kuiz kemerdekaan, pakaian beragam dan sebagainya.
»»  read more

Friday 19 July 2019

KEM KECEMERLANGAN 2 UPSR 2019


19 JUL 2019 - Selama dua hari murid tahun enam SK Seri Bandi 2 telah menyertai Kem Kecemerlangan 2 UPSR 2019 yang berlangsung di Mayang Sari Beach Resort, Dungun. Murid tahun enam diberi pendedahan format soalan-soalan UPSR yang akan mereka duduki pada awal bulan September nanti.
»»  read more

Thursday 4 July 2019

NAIB JOHAN BERCERITA TAHAP 1


4 JUL 2019 - Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Naufal Bin Mazlan kerana berjaya muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan bercerita tahap 1 sempena Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kemaman 2019 yang berlangsung di SK Ayer Puteh pada hari ini.
»»  read more

Wednesday 19 June 2019

TAHNIAH PASUKAN BAHAS SESDI 2019


19 JUN 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas SESDI kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Negeri Terengganu 2019. Pertandingan ini berlangsung di SK Sura, Dungun. Pasukan SK Seri Bandi 2 telah diwakili oleh Muhammad Khairul Afif Bin Mohd Hairil, Norbahiyah Najwa Binti Abu Sufian dan Nur Nabilah Binti Mohd Muliandy.
»»  read more

Tuesday 18 June 2019

MAJLIS PERSARAAN GPK KO

 18 JUN 2019 - Majlis Persaraan Puan Fatimah Hamzah GPK Ko Kurikulum telah berlangsung dengan meriahnya pada hari ini. Majlis persaraan dimulakan dengan perarakan beliau mengelilingi kawasan Seri Bandi sehingga ke sekolah dengan menaiki hilux serta diiringi kereta peronda polis. Beliau bertugas di SK Seri Bandi 2 bermula tahun 2012 sehingga bersara pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Pn Fatimah Hamzah. Jasamu tetap dikenang.
»»  read more

Thursday 2 May 2019

SAMBUTAN HARI GURU 2019


2 MEI 2019 - Warga SK Seri Bandi 2 mengadakan Sambutan Hari Guru 2019 pada hari dengan pelbagai aktivti. Sambutan peringkat sekolah pada tahun ini adalah bertemakan pakaian merah, hitam dan putih. Sambutan dimulakan jam 8.30 pagi dengan acara sukaneka yang melibatkan guru dan kakitangan sekolah. Seterusnya diadakan sambutan di Dewan Gemilang dengan bacaan perutusan Hari Guru dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Turut diadakan acara memong kek dan persembahan oleh murid-murid. 
»»  read more

Monday 29 April 2019

MOTIVASI PENGARAH JPNT


29 APRIL 2019 - SK Seri Bandi 2 menerima kunjungan dari Pengarah JPNT, Tuan Haji Shafruddin Bin Ali Hussin. Dalam kunjungan ini Tuan Pengarah sempat memberi sedikit motivasi kepada calon-calon UPSR pada tahun ini dan juga kepada ibubapa yang hadir dalam dialog guru dan ibubapa murid tahun 6. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan pengarah hadir ke sekolah ini.
»»  read more

Thursday 11 April 2019

TAHNIAH KUMPULAN NASYID SESDI 2019


11 APRIL 2019 - Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid Al Kauthar dari SK Seri Bandi 2 kerana berjaya meraih tempat ke-3 dalam pertandingan nasyid peringkat daerah Kemaman. Pertandingan ini telah diadakan di SK Kuala Kemaman, Kemaman.
»»  read more

Tuesday 2 April 2019

SMART ENGLISH COMPETITION YDSM ZON 2 2019


2 APR 2019 - SK Seri Bandi 2 telah menjadi tuan rumah bagi program Smart English Competition YDSM Zon 2 pada tahun ini. Sebanyak 13 buah sekolah dari Daerah Kemaman telah menyertai pertandingan ini. Pasukan dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat ke-3 untuk Zon II pada tahun ini.
»»  read more

Thursday 21 March 2019

MTQ PKG KEMASEK 2019


21 MAC 2019 - Tahniah kepada pasukan MTQ SK Seri Bandi 2 kerana menjadi Naib Johan dalam pertandingan Nasyid dan juga mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bercerita kategori lelaki sempena MTQ PKG Kemasek, Kemaman. 
»»  read more

Wednesday 13 March 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14


15 MAC 2019 - Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2 kali ke 14 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Mesyuarat kali ini mencatat lebih 190 kehadiran ibubapa menyertai mesyuarat pada tahun ini. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh wakil Bank Rakyat Cawangan Kerteh. Pelbagai hadiah disediakan untuk cabutan bertuah. Mesyuarat berakhir jam 12.45 tengahari. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan mesyuarat kali ini. 
»»  read more

Tuesday 12 March 2019

TAHNIAH PASUKAN PANTUN SESDI


12 MAC 2019 - Tahniah kepada pasukan pantun SK Seri Bandi 2 kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan pantun peringkat Daerah Kemaman. 
»»  read more

NILAM DAN ANA MUSLIM


12 MAC 2019 - Program NILAM dengan kerjasama majalah kanak-kanak Ana Muslim telah berlangsung pada hari ini bertempat di dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid membaca bahan bacaan yang berfaedah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program bersama Ana Muslim kali ini, antaranya ialah aktivti mewarna tahap satu dan kuiz untuk tahap 2. 
»»  read more

Wednesday 6 March 2019

TAHNIAH PASUKAN BAHAS SESDI 2019


6 MAC 2019 - Tahniah kepada pasukan bahas SK Seri Bandi 2 kerana berjaya muncul sebagai Johan pertandingan bahasa ala parlimen peringkat daerah Kemaman pada hari ini. Dengan kemenangan ini pasukan bahas SK Seri Bandi 2 akan mewakili Kemaman dalam pertandingan bahas peringkat negeri Terengganu yang akan berlangsung dalam bulan April nanti.
»»  read more

Sunday 24 February 2019

IM SAFE 2019


24 FEB 2019 - Pelancaran Program IM SAFE 2019 telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Yuzaimi Bin Yassin. Program Im Safe ini bertujuan memberi pendedahan tentang bahaya dadah kepada murid-murid.
»»  read more

Thursday 21 February 2019

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA SESDI 2019


21 FEB 2019 - Tahniah diucapkan kepada adik Fatun Qurratuaini Bt Fauzi kerana telah berjaya mendapat pingat gangsa dalam pertandingan 200m P12 Kejohanan Olahraga MSSD Kemaman 2019. 
»»  read more

Monday 18 February 2019

JOM KE SEKOLAH 2019


18 FEB 2019 - Untuk menggalakkan kehadiran murid ke sekolah satu Program Jom Ke Sekolah 2019 telah dilancarkan pada hari ini. Program ini dilancarkan serentak di seluruh sekolah di Malaysia. Di peringkat SK Seri Bandi 2 , program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ), Sarjan Zamri Bin Zaaba. Murid-murid turut membaca ikrar JOM KE SEKOLAH semasa pelancaran program ini. 
»»  read more

Thursday 14 February 2019

TAHNIAH PASUKAN PING PONG


14 FEB 2019 - Tahniah diucapkan kepada adik Naufal Bin Mazlan kerana muncul sebagai Johan Ping Pong Lelaki Sekolah Rendah dalam pertandingan Ping Pong peringkat MSSD Kemaman 2019.
»»  read more

Sunday 10 February 2019

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SESDI


10 FEB 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SESDI kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Bola Baling MSSD Kemaman 2019.
»»  read more

Sunday 27 January 2019

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING


27 JAN 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling perempuan yang muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan bola baling bawah 12. Pasukan bola baling SKSB 2 bertemu dengan pasukan bola baling SK Pangkalan Ranggong pada perlawanan akhir.
»»  read more

Saturday 26 January 2019

AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2019


27 JAN 2019 - Agihan bantuan persekolahan tahun 2019 telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di kelas masing.
»»  read more

Thursday 24 January 2019

PERTANDINGAN MERENTAS DESA DAERAH


24 JAN 2019 - Tahniah diucapkan kepada dua orang murid SK Seri Bandi 2 di atas pencapaian tempat ke-10 dan ke-15 dalam pertandingan merentas desa peringkat Daerah Kemaman. Pertandingan ini berlangsung di SMK Banggol. 
»»  read more

Tuesday 1 January 2019

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2019


1 JAN 2019 - Seramai 50 orang tahun satu memulakan persekolahan pada tahun ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2. Sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan pagi bertempat di Dataran Gemilang.
»»  read more