Thursday 21 March 2019

MTQ PKG KEMASEK 2019


21 MAC 2019 - Tahniah kepada pasukan MTQ SK Seri Bandi 2 kerana menjadi Naib Johan dalam pertandingan Nasyid dan juga mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bercerita kategori lelaki sempena MTQ PKG Kemasek, Kemaman. 
»»  read more

Wednesday 13 March 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14


15 MAC 2019 - Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2 kali ke 14 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Mesyuarat kali ini mencatat lebih 190 kehadiran ibubapa menyertai mesyuarat pada tahun ini. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh wakil Bank Rakyat Cawangan Kerteh. Pelbagai hadiah disediakan untuk cabutan bertuah. Mesyuarat berakhir jam 12.45 tengahari. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan mesyuarat kali ini. 
»»  read more

Tuesday 12 March 2019

TAHNIAH PASUKAN PANTUN SESDI


12 MAC 2019 - Tahniah kepada pasukan pantun SK Seri Bandi 2 kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan pantun peringkat Daerah Kemaman. 
»»  read more

NILAM DAN ANA MUSLIM


12 MAC 2019 - Program NILAM dengan kerjasama majalah kanak-kanak Ana Muslim telah berlangsung pada hari ini bertempat di dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid membaca bahan bacaan yang berfaedah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program bersama Ana Muslim kali ini, antaranya ialah aktivti mewarna tahap satu dan kuiz untuk tahap 2. 
»»  read more

Wednesday 6 March 2019

TAHNIAH PASUKAN BAHAS SESDI 2019


6 MAC 2019 - Tahniah kepada pasukan bahas SK Seri Bandi 2 kerana berjaya muncul sebagai Johan pertandingan bahasa ala parlimen peringkat daerah Kemaman pada hari ini. Dengan kemenangan ini pasukan bahas SK Seri Bandi 2 akan mewakili Kemaman dalam pertandingan bahas peringkat negeri Terengganu yang akan berlangsung dalam bulan April nanti.
»»  read more