Wednesday 19 June 2019

TAHNIAH PASUKAN BAHAS SESDI 2019


19 JUN 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas SESDI kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Negeri Terengganu 2019. Pertandingan ini berlangsung di SK Sura, Dungun. Pasukan SK Seri Bandi 2 telah diwakili oleh Muhammad Khairul Afif Bin Mohd Hairil, Norbahiyah Najwa Binti Abu Sufian dan Nur Nabilah Binti Mohd Muliandy.
»»  read more

Tuesday 18 June 2019

MAJLIS PERSARAAN GPK KO

 18 JUN 2019 - Majlis Persaraan Puan Fatimah Hamzah GPK Ko Kurikulum telah berlangsung dengan meriahnya pada hari ini. Majlis persaraan dimulakan dengan perarakan beliau mengelilingi kawasan Seri Bandi sehingga ke sekolah dengan menaiki hilux serta diiringi kereta peronda polis. Beliau bertugas di SK Seri Bandi 2 bermula tahun 2012 sehingga bersara pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Pn Fatimah Hamzah. Jasamu tetap dikenang.
»»  read more