
15 JUL 2015 - Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis dimulakan dengan khatam al Quran oleh murid-murid tahun enam yang dibimbing oleh Ustaz Zuraimi Bin Abd Wahab. Senaskhah al Quran turut dihadiahkan kepada setiap murid tahun enam hasil sumbangan warga SK Seri Bandi 2. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang menyertai program tilawah al Quran sempena Ihya Ramadhan dan juga sumbangan duit raya kepada murid...