sejarah


SK Seri Bandi 2


Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 dibuka pada bulan Julai 2004 dengan tenaga pelajar seramai 27 orang, kakitangan sokongan 2 orang, tenaga cucian 10 orang dan keramaian pelajar seramai 379 orang. Berada dalam wilayah KETENGAH jaraknya 31 km dari bandar Chukai dan 141 dari Kuala Terengganu. Para pelajar datang dari keluarga yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, ladang swasta, kilang kelapa sawit dan juga persendirian. Sekolah ini dibina di bawah Projek Management Consultant yang menelan belanja RM16 juta. Rekabentuk sekolah ini adalah seperti seekor ikan jika dilihat dari pandangan atas.


Antara kemudahan yang disediakan disekolah ini ialah 30 bilik darjah, bengkel kemahiran hidup, Makmal sains, Bilik Kaunseling, Bilik Buku Teks, Kedai Sekolah, Bilik Rawatan, Bilik Peperiksaan, Bilik Mesyuarat, Pejabat, Pusat Sumber, Makmal Komputer, Bilik Akses, Bilik Sukan dan Persalinan, Surau, dan lain-lain. Sekolah ini turut menempatkan dua kelas untuk Pra dan dua kelas  Pendidikan Khas. Guru Besar pertama di sekolah ini ialah En Affandi Bin Kamaruddin.



SENARAI GURU BESAR SK SERI BANDI 2

1. En. Affandi Bin Kamaruddin ( 2007 - 2011 )
2. Tn. Hj Mohd Bin Senek ( 2012 - 2013 )
3. En. Tajuddin Bin Mohamad ( 2014 - 2018 )
4. En Yuzaimi Bin Yassin ( 2019 - Sekarang )


MAKLUMAT LENGKAP SK SERI BANDI 2 :
SK SERI BANDI 2
24220 KEMASEK, KEMAMAN, TERENGGANU.
NO. TEL : 09-8675111
FAX : 09-8675110


E-MAIL :tba2054@moe.edu.my

0 comments: