Saturday, 28 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10


27 MAC 2015 - Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bandi 2 kali ke-10 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. Perasmian pada kali ini disempurnakan oleh Ustazah Hajah Noraini Bt Mohamad dari PPD Kemaman. Perasmian turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah yang menjadi Naib Johan dalam pertandingan Festival Nasyid MTQ PKG Kemasek 2015. Kehadiran ibubapa dalam mesyuarat pada kali ini amat memberangsangkan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang hadir untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. 
»»  read more

Wednesday, 25 March 2015

PROGRAM CEGAH DENGGI 2015


25 Mac 2015 - Satu program membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan sekolah telah dijalankan pada hari ini. Program Cegah Denggi ini telah dirasmikan oleh GPK Pentadbiran En Pauzi Aluwi. Program dimulai dengan ucapan perasmian dan tayangan video berkaitan dengan nyamuk aedes dan demam denggi. Seterusnya warga SK Seri Bandi 2 melakukan gotong royong membersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
»»  read more

Monday, 23 March 2015

FESTIVAL NASYID MTQ PKG KEMASEK 2015


23 MAC 2015 - Tahniah diucapkan kepada kumpulan Shoutul Ehsan dari SK Seri Bandi 2 kerana telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan Festival Nasyid MTQ PKG Kemasek 2015 yang berlangsung pada hari ini. Pasukan nasyid sekolah ini telah dibimbing oleh Ustazah Norlela Ibrahim. Festival ini telah dijalankan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Sebanyak lapan buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun ini. Sementara itu dalam acara pertandingan bercerita yang berlangsung di SK Seri Bandi , peserta bercerita perempuan adik Siti Maisarah Bt Akok Pranata dari SK Seri Bandi 2 berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Peserta bercerita perempuan telah dibimbing oleh Ustazah Maimiza Bt Ghazali. Tahniah diucapkan kepada mereka.
»»  read more

Saturday, 7 March 2015

PELANCARAN NILAM 2015

 5 MAC 2015 - Majlis Pelancaran NILAM Peringkat SK Seri Bandi 2 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Antara objektif pelancaran Program Nilam ini dilancarkan adalah untuk memupuk sikap minat membaca dikalangan warga sekolah. Pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Jusoh diikuti dengan penerangan tentang Program NILAM oleh Guru PSS dan Media En Mohd Yasim Bin Musa. Seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad.
»»  read more

Wednesday, 4 March 2015

BENGKEL FROGVLE TAHUN ENAM

 4 Mac 2015 - Satu bengkel berkaitan dengan Frog VLE telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di makmal komputer SK Seri Bandi 2. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun enam tentang persekitaran pembelajaran dalam FrogVLE. Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid tahun enam.
»»  read more

Tuesday, 17 February 2015

NAIB JUARA BOLA BALING MSSD KEMAMAN 2015

 17 FEB 2015 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling SK Seri Bandi 2 setelah muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Kemaman 2015 yang berlangsung di SK Bukit Kuang.
»»  read more

Thursday, 12 February 2015

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SKSB 2

 12 FEB 2015 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SK Seri Bandi 2 kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasek 2015. Kejohanan ini berlangsung pada 10 dan 11 Febuari bertempat di SK Kampung Baru Kerteh.
»»  read more

Tuesday, 10 February 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH 2015



11 FEB 2015 - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SK Seri Bandi 2 bagi sesi 2105 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Majlis ini telah dirasmikan oleh G20293 ISP Mariani Bt Mohammad, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Narkotik IPD Kemaman. Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. Mereka yang menerima watikah pelantikan terdiri dariapa 42 orang pengawas sekolah, 24 pengawas pusat sumber, 13 pengawas briged bestari, 8 pengawas bilik sukan, 28 ketua dan penolong ketua darjah.
»»  read more

Monday, 2 February 2015

LADAP PENGURUSAN STOK



2 FEB 2015 - Satu kursus pengurusan stok telah berjaya diadakan pada hari ini melibatkan guru-guru SK Seri Bandi 2 yang bertempat di Bilik Mesyuarat. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru cara-cara yang betul berkaitan dengan pengurusan stok barangan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh En Zahari Bin Hamzah, CC dari SMK Air Puteh. 
»»  read more

Friday, 30 January 2015

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2015


29 JAN 2015 - Satu program motivasi keibubapaan untuk ibubapa murid-murid tahun enam telah diadakaan pada hari ini. Program motivasi ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohamad bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ayah We. Acara program dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah,solat hajat, bacaan Yaasin, solat Isyak dan seterusnya program motivasi. Motivasi ini dibahagikan kepada dua slot, slot yang pertama untuk murid tahun enam yang akan menduduki UPSR dan slot yang kedua khas untuk ibubapa murid tahun enam. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa.
»»  read more

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H


29 JAN 2015 - Sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah telah disambut pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Sambutan dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Anwar. Seterusnya beberapa acara bertemakan Sirah Rasulullah SAW dijalankan antaranya pertandingan kuiz, sajak dan nasyid. Objektif sambutan ini adalah untuk memastikan murid-murid SK Seri Bandi 2 sentiasa mengingati sirah Nabi Muhammad SAW dan menjadikan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan mereka. 
»»  read more

Tuesday, 27 January 2015

MESYUARAT MGKT 2015


27 JAN 2015 - Mesyuarat Majlis Guru dan Kakitangan ( MGKT ) SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah pada jam 1.45 tengahari. Majlis dipengerusikan oleh En Saiful Azly Bin Ramby selaku pengerusi baru MGKT menggantikan En Abdullah Bin Mohd Noor yang telah berpindah sekolah. Turut diadakan pemberian sumbangan ikhlas  kepada ahli MGKT yang terlibat dengan banjir tahun lalu.  
»»  read more