Wednesday 27 January 2016

GOTONG ROYONG HAPUS AEDES


28 JAN 2015 - Warga SK Seri Bandi 2 turut mengadakan program gotong royong hapus aedes peringkat sekolah pada hari ini. Semua murid terlibat dalam program gotong royong ini dengan membersihkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang ada di sekitar kawasan sekolah. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 8.30 pagi.
»»  read more

TAHNIAH !


27 JAN 2016 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Fakhrul Azran murid tahun enam kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan merentas desa L12 peringkat Daerah Kemaman yang diadakan di SMK Cheneh Baru semalam. Adik Fakhrul Azran akan mewakili daerah Kemaman ke peringkat Negeri Terengganu nanti.
»»  read more

Sunday 24 January 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MERENTAS DESA


24 JANUARI 2016 - Majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang pertandingan merentas desa 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di dataran SK Seri Bandi 2. Majlis telah disempurnakan oleh En Tajudin Bin Mohamad , Guru Besar SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Thursday 21 January 2016

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2016


21 JAN 2016 - Pertandingan Merentas Desa peringkat SK Seri Bandi 2 telah dijalankan pada pagi ini. Pertandingan ini melibatkan murid tahun dua hingga tahun enam kategori lelaki dan perempuan. Para peserta pertandingan dilepaskan oleh guru penolong kanan pentadbiran SK Seri Bandi 2. Hadiah berupa pingat disediakan untuk tempat pertama hingga kesepuluh. Pertandingan ini diadakan setiap awal tahun bermulanya sesi persekolahan bagi memastikan murid menjaga kecergasan diri.
»»  read more

Wednesday 20 January 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H


20 JAN 2016 - SK Seri Bandi 2 telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Sambutan ini bertujuan memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW seterusnya mengambil pedoman daripada peristiwa kelahiran tersebut. Sambutan dimulai dengan perarakan oleh warga sekolah sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW . Seterusnya bacaan berzanji oleh murid tahun enam. Sambutan diakhiri dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Anwar bin Ramli dari SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Thursday 14 January 2016

PENUTUP MINGGU TRANSISI 2016


14 JAN 2016 - Penutup Minggu Transisi bagi tahun satu 2016 telah disempurnakan oleh Pn Fatimah Bt Hamzah GPK Kokurikulum SK Seri Bandi 2. Majlis penutup berlangsung di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Pada tahun ini seramai 63 orang murid tahun satu telah mendaftar di SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Tuesday 12 January 2016

MAJLIS PERPISAHAN 2016


12 JAN 2016 - Satu majlis perpisahan telah dianjurkan oleh MGKT SK Seri Bandi 2 sempena dengan pertukaran tiga orang guru SK Seri Bandi 2 pada tahun ini. Antara yang bertukar ialah En Azman Bin Yahya bertukar ke SK Padang Kubu sebagai GPK Kokurikulum, En Azaha Bin Zakaria ke SK Bukit Mentok 2 dan Pn Zunaidah Bt Ibrahim. 
»»  read more