Sunday, 5 April 2009

Perasmian Bilik Panitia Bahasa Melayu




Transformasi Bilik Panitia Bahasa Melayu

Bilik Panitia Bahasa Melayu dengan rasminya dibuka pada 05 April 2009 oleh Guru Besar SKSb 2 En. Affandi bin Kamaruddin. Sebelum dari upacara Perasmian diadakan acara penutupan Minggu Bahasa Melayu dan acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Majlis bermula selepas rehat iaitu pukul 10.20 hingga pukul 12.30 tengahari. Pukul 1.20 tgh. semua guru dijamu dengan jamuan ringan dikantin. Apa yang menarik dalam acara perasmian ini semua guru diberi bunga telur sebagai cenderamata. Syabas kepada Puan Maznah yang menerajui Panitia Bahasa Melayu dan berjaya memartabatkan Panitia BM ke tahap yang tinggi. 'Martabatkan Bahasa Kita'.
-abuzPBSKSB2
»»  read more

Monday, 30 March 2009

Pelancaran NILAM 2009






Tanggal 31 mac 2009 Pelancaran NILAM SKSB2 bermula dari awal pagi. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi NILAM Cikgu Abdullah diikuti oleh ucapan guru media Cikgu Noorleeda dan seterusnya penyampaian buku NILAM kepada guru kelas tahun 1. Berbagai aktiviti telah dirancang untuk memajukan Program NILAM di SKSB2. Adalah diharapkan Program NILAM di SKSB2 berjaya dengan cemerlangnya tahun 2009.
»»  read more

Minggu Bahasa Melayu 2009




Panitia Bahasa Melayu SK Seri Bandi 2 mengadakan Minggu Bahasa Melayu bermula 30 Mac 2009 hingga 2 April 2009. Tarikh Perasmian Minggu Bahasa Melayu ialah pada 30 Mac 2009 bertempat di Dewan Gemilang. Acara bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis seterusnya pertunjukan seni silat tari. Seterusnya gimik perasmian oleh Guru Besar SKSB2 En. Affandi bin Kamaruddin. Acara-acara yang akan dipertandingkan dalam Minggu Bahasa Melayu ialah pertandingan kuiz, deklamasi sajak, kuiz ejaan tahap 1, bacaan mekanis, tulisan berangkai, bercerita dan membuat kad ucapan.

»»  read more

Perkhemahan Unit Beruniform



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SK Seri Bandi 2 telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform bermula hari Khamis 26 Mac 2009 hingga 28 Mac 2008. Seramai lebih kurang 240 orang murid mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Acara-acara yang dipertandingkan ialah Kawad Kaki, Kraftangan, Masakan, Ikatan, Pertolongan Cemas, Malam Bakat, Khemahan Terbaik dan Merentas Halangan. Pasukan Pengakap mendapat Johan Keseluruhan manakala Pasukan Bulan Sabit Merah kedua dan puteri Islam ketiga. Tahniah kepada pemenang dan yang kalah cuba lagi tahun hadapan.
»»  read more

Saturday, 7 March 2009

Berita Terkini Bil.5/2009 SKSB 2 Naib Johan Bola Tampar PKG Kemasek

PASUKAN BOLA TAMPAR SKSB2

Sabtu, 07.03.2009 - Pasukan Bola Tampar SKSB 2 kategori lelaki telah menjadi juara kumpulan seterusnya mendapat tempat kedua peringkat PKG Kemasek. Pasukan Bola Tampar perempuan juga memenangi kategori kumpulan dan mendapat tempat kedua peringkat PKG Kemasek. Kedua-dua pasukan ini akan mewakili PKG Kemasek dalam perlawanan peringkat daerah Kemaman bersama SK Rasau Kerteh 5 yang menjadi juara PKG Kemasek. Pertandingan ini diadakan di SK Seri Bandi 2, bermula seawal 8.00 pagi hingga 3.30 ptg. Tahniah kepada Jurulatih Cikgu Mohd. Syukri dan Cikgu Mohd. Zukri selaku pengurus pasukan. Semoga Berjaya di peringkat Daerah Kemaman.
»»  read more

Monday, 2 March 2009

Berita Terkini Bil. 4/2009 : Naib Johan Kategori Memasak Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu2009

Peserta Lelaki Naib Johan Kategori Memasak

Tahniah untuk adik Mohd. Lokman bin Mat Ariffin dari SKSB2 yang mewakili daerah Kemaman dan berjaya mendapat tempat kedua dalam Kategori Pertandingan Memasak Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2009, di Bukit Kolam, Kuala Berang.

»»  read more

Berita Terkini Bil 3./2009 : Bola Sepak SKSB 2

Pasukan Bola Sepak SKSB 2 Cemerlang

Pasukan Boal Sepak SKSB 2 menang dalam perlawanan peringkat kumpulan di SK Rasau Kerteh 5 dengan memenangi 2 perlawanan dan 1 seri. tahniah kepada Cikgu Tg. Faizol yang menjadi jurulatih dan juga pemain-pemain yang bermain dengan penuh semangat.

»»  read more

Berita Terkini Bil. 2/2009

Pusat Akses SK Seri Bandi 2


Pusat Akses Seri Bandi 2 di buka kepada masyarakat setempat setiap hari Isnin dan Rabu pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Sebarang maklumat sila rujuk Encik Sharun bin Muhamad / Encik Abu Kassim bin Ali

»»  read more

Tuesday, 3 February 2009

Berita Terkini Bil. 1/2009 : Pasukan Sepak Takraw SKSB 2


Pasukan Sepak Takraw Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 telah mendapat tempat keempat PKG Kemasek dalam perlawanan sepak takraw antara sekolah di SK Seri Gelugor. Satu pasukan dari SKSB 2 telah berjaya dipilih untuk mewakili PKG Kemasek.

SKSB 2 terpilih menjadi Johan Pertandingan Kebersihan Daerah Kemaman 2009 dan mendapat saguhati peringkat negeri Terengganu.
»»  read more

Monday, 10 November 2008

Sejarah SK Seri Bandi 2



Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 dibuka pada bulan Julai 2004 dengan tenaga pelajar seramai 21 orang, kakitangan sokongan 2 orang, tenaga cucian 10 orang dan keramaian pelajar 379 orang. Berada dalam wilayah KETENGAH. 31 km dari bandar Chukai dan 141 dari Kuala Terengganu.
»»  read more

Monday, 27 October 2008

galeri

Blog dan banner untuk blog ini direka oleh Tn Hj. Abu Kassim bin Ali.
Penyelaras Bestari SKSB 2.
»»  read more

Monday, 20 October 2008

Banner


Banner Atas



















»»  read more