Wednesday, 7 March 2012

PELANCARAN PROGRAM BULAN MEMBACA DAN NILAM SKSB 2 2012

Gimik Pelancaran NILAM 2012 SKSB 2 GB dan Guru Media menayangkan kain rentang Bulan Membaca

Khamis 8 Mac 2012 -  Membaca Menjana Minda Berinovasi merupakan tema Pelancaran NILAM SKSB 2 2012 . Pelancaran NILAM di anjurkan oleh Unit Pusat Sumber di bawah jawatankuasa NILAM. Penyelaras Program merupakan Guru Media Encik Yassim bin Musa dan Setiausaha Program Cik Najidah binti Mohd merupakan guru penyelaras NILAM. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Pelancaran Buletin Bulan Membaca, deklamasi sajak dan poem murid tahap 2, acara nyanyian lagu NILAM, penyerahan buku NILAM kepada guru-guru kelas, Bercerita Tahap 1 Bahasa Melayu dan Bercerita Tahap 1 Bahasa Inggeris. Matlamat utama program ini untuk memupuk minat membaca dan mencintai buku. Dengan kata lain mewujudkan budaya ulat buku di kalangan pelajar dan guru. -GPBSKSB2
»»  read more

Wednesday, 22 February 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Khamis 23 Feb - Kem Kepimpinan Pelajar untuk pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari telah dijalankan bermula hari ini hingga esok. Berbagai aktiviti dijalnkan seperti ceramah, riadah, senaman pagi dan lain-lain. Semoga Kem ini mencapai objektif yang disarankan. GAMBAR MASIH TIDAK DAPAT DARI JURUGAMBAR JADI SABARLAH DULU SABAR TU SEPARUH IMAN HARAP FAHAM.
»»  read more

Monday, 20 February 2012

ENGLISH WEEK AND SMART ENGLISH SKSB 2 2012

 Reading Story Books Competition Phase 2
 Reading Story Books Competition Phase 1
Headmaster gave an opening speech
Monday, 21st Feb. 2012 - SK Seri Bandi 2 English Department launch their English Week. The activities will bee conducted from 20 th. Feb. 2012 to 24th. Feb. 2012. These activities are to enhance English among the students and the teacher and also promote English language usage among them. Theme for this year are English is Fun. Many activities are being organised such as,drawing and colouring poster competition,  story reading,  Smart English, Spelling Bee and action song. All the activities can help students improve their spelling, increase their vocabularies, learn concepts and develop correct English usage that will help them all their lives. In addition, the competition also provides a platform for students to prepare and practice in becoming more efficient in organising, storing, and remembering new vocabulary items. - GPBSKSB2
»»  read more

Sunday, 19 February 2012

UJIAN PERMATA PINTAR UKM




19 Februari 2012 - Ujian Permata Pintar UKM 1 telah bermula di SK Seri Bandi 2. Seramai 30 orang murid telah dipilih dari tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid ini adalah yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh semasa peperiksaan akhir tahun 2011. Ujian in dikendalikan oelh Guru Penyelaras Bestari SK Seri Bandi 2. Semoga perjalanan ujian ini mendapat kerjasama dari pelajar, ibu bapa, semua penolong kanan dan guru-guru. Tanpa kerjasama anda semua Ujian ini tidak dapat berjalan dengan lancar. -GPBSKSB2 
»»  read more
[aku2.jpg]

LINK UNTUK BLOG PK KOKURIKULUM
PN. NAFISAH BINTI ISMAIL

»»  read more

Wednesday, 15 February 2012

KLINIK SKUASY 2012


Mohd. Azlan Iskandar (Baris tengah kiri sekali), Sofiah (Baris tengah 3 dari kiri) dan Mohd. Aidil Shahmi (Baris belakang kanan sekali)

 4 Februari 2012 - 2 0rang murid iaitu Sofiah binti Sharudin dan Mohd. Aidil Shahmi (Tahun 6) telah terpilih menyertai Klinik Skuasy yang dianjurkan oleh SK Rantau Petronas bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman. Sesi pengajaran sewaktu klinik ini diadakan telah dikendalikan oleh pemain skuasy kebangsaan iaitu Mohd Azlan Iskandar yang telah menjuarai Bluenose Squash Classic 2011 di Nova Scotia, Kanada dengan mengalahkan pemain Mesir Hisham Ashour.
»»  read more

Saturday, 11 February 2012

SAMBUTAN MAULUD NABI 2012 SKSB 2

 Peserta Perarakan Rumah Merah
Peserta Perarakan Rumah Kuning

Dari kanan Penolong Kanan HEM Pn. Jamilah binti Suri, Pn. Maznah binti Mohamad PK 1, AJK PIBG En. Alias bin Rashid dan Guru Besar Tn. Hj. Mohd. bin Senek turut sama menyertai Perarakan Maulidur Rasul.

9 Februari 2012 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Seri Bandi 2 telah berlangsung. dengan tema pada tahun ini Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Aktiviti adalah seperti tahun-tahun yang lain iaitu Pertandingan Menulis dan Mewarna Khat, Perarakan mengikut rumah sukan, Pertandingan Nasyid tahap satu dan dua, Ceramah Mulud, Penyampaian Cenderahati dan Makan Beradab. Seekor lembu telah disembelih hasil hadiah suami pemilik kantin SKSB 2 En. Zaid bin Ariffin.Pertandingan Perarakan , Nasyid Tahap satu dan dua di menangi oleh rumah merah. Pihak sekolah juga menjemput agensi luar untuk sma-sama menikmati hidangan.
»»  read more

Wednesday, 1 February 2012

PERTUKARAN GURU SK SERI BANDI 2 2012

 Tg. Faizol bin Tg. Osaman ke SK Kemat, Hulu Terengganu 
 Pn. Nor Azimah binti Hanafi ke Kedah 
Pn. Hasniza binti Hassan ke SK Seberang Tayor, Kemaman.

Seramai 3 orang guru telah di luluskan permohonan pertukaran mereka. Saya bagi pihak warga SK Seri Bandi 2 mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa baik kalian kepada sekolah ini. Semoga berbahagia di sekolah baru. Selamat Bertugas.
»»  read more

Tuesday, 17 January 2012

JASAMU DI KENANG



Tanggal 1 Disember 2011, SK Seri Bandi 2 kehilangan Guru Besar yang berkaliber dan banyak membawa anjakan paradigma. Cikgu Affandi bin Kamaruddin telah di tukarkan ke SK Seri Iman manakala Tn. Hj. Mohd. bin Senek menggantikan tempat beliau. Bagi warga SK Seri Bandi 2 kami mengucapkan jutaan terimakasih atas segala jasa baik yang telah ditaburkan kepada sekolah ini. Segala budi baik tuan di sini tidak mampu kami balas hanya Allah S.N.W. yang dapat membalasnya. Semoga meneruskan kecemerlangan di SK Seri Iman. -GPBSKSB2
»»  read more

Wednesday, 16 November 2011

Video Persembahan Hari Anugerah Bestari Terbilang 2011

»»  read more

Persembahan Hari Anugerah Bestari Terbilang 2011

Sila Klik Di sini : >>http://youtu.be/mF2pO0KFS7M
»»  read more

Monday, 19 September 2011

Jamuan Merdeka Raya 2011 SKSB 2

Para tetamu sedang menikmati jamuan

Pemenang Pakaian Merdeka Raya 2011 kategori guru lelaki Cikgu Saifulizan( kiri) dan kategori guru wanita Cikgu Norhaliza isteri Cikgu Saifulizan (kanan sekali), kategori murid lelaki dimenangi oleh Syed Mohd. Hairil Aiman (tengah) dan murid perempuan Nur Mahira Najwa dua dari kanan dan kategori Hiasan Kelas Merdeka jatuh kepada kelas Pra Sekolah Manja Cikgu Ramlah (dua dari kiri). Tahniah kepada pemenang. Yang kalah cuba lagi ditahun hadapan.


Pelajar sedang menikmati satay sebagai salah satu juadah yang disediakan di Jamuan Merdeka Raya



»»  read more