Aktiviti Tadarrus Al-Quran pada waktu rehat bulan Ramadhan. Dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SK Seri Bandi 2. Semua guru bersama murid tahun 4 , 5 dan 6 yang boleh membaca al-quran terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti bermula awal Ramadhan hingga akhir Ramadhan. -GPBSKSB2
Sunday, 12 August 2012
Tuesday, 31 July 2012
Kelebihan Berpuasa
Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)
Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)
Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)
Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)
Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)
Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)
Nabi saw bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)
Nabi saw bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Sunday, 22 July 2012
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 2012
Gimik pelancaran Sambutan Ambang Merdeka 2012 SK Seri Bandi 2 dengan membebaskan burung merpati oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohd bin Senek dan pegawai JASA.
Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Wanita Umno Seri Bandi oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohd. bin Senek.
17 Julai 2012 - Bermula seawal pukul 8.00 pagi Majlis Sambutan Ambang Merdeka peringkat Sk Seri Bandi 2 telah dijalankan. Majlis bermula dengan upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultran dan Lagu Sekolah, ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan perasmian dari Guru Besar, ucapan dari tokoh politik dan nyanyian lagu patriotik. Majlis berakhir pukul 10.00 pagi. - gpbsksb2
Tuesday, 19 June 2012
GURU DAN MURID SK SERI BANDI 2 MASUK MAJALAH EBOOK RAKYAT
YB TN. HJ. Ahmad Razif bin Abd Rahman DUN Seberang Takir, Dato' Seri Hj. Ahmad bin Said sedang menyampaikan e-Book kepada adik Mohd. Nasaruden bin Khalil disaksikan oleh dari kanan Cikgu Saifulizam bin Samsudin dan Cikgu Mohd. Arifhakimi bin Alias sewaktu penyampaian eBook DUN Kijal 2011.
Saturday, 16 June 2012
SUKAN TAHUNAN SK SERI BANDI 2 2012
LAWATAN PEN. PENGARAH BTPN TERENGGANU
Dalam gambar dari kanan En. Ismail wakil PPD Kemaman, En. Nize bin Muhammad Penolong Pengarah Ketua Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Terengganu , En. Alias bin Talib Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, GB SKSB2 Tn. Hj. Mohd. bin Senek dan En. Wan Roslan wakil PKG Kemasek .
Lawatan Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu untuk penambahbaikan Pusat sumber SK Seri Bandi 2 sebelum lawatan Jemaah Hakim Pusat Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia.
Monday, 14 May 2012
UCAPAN SELAMAT HARI GURU

PERTANDINGAN PENCAK SILAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012
Wednesday, 25 April 2012
Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012
Sunday, 8 April 2012
AKTIVITI SANA SINI SK SERI BANDI 2
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7 Sesi 2012-2013 dirasmikan oleh Wakil Pengurus Besar KETENGAH Encik Mukhtar bin Che Ali pada 23 Mac 2012, hari Jumaat, pukul 2.30 petang dan bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2.
Pertandingan Action Song, Story Telling dan Public Speaking. Wakil SK Seri Bandi 2 menerima saguhati. Pertandingan di jalankan di SK Kemasek.
Pertandingan Bola Jaring peringkat PKG Kemasek. SK Seri Bandi 2 menjadi tuan rumah. Pertandingan ini bermula 26 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012. Pertandingan bermula jam 2.30 petang. Pasukan SK Seri Bandi 2 hanya layak ke suku akhir.
Acara Lari Halangan pertama Rangkak Biawak.
Acara Malam Bakat
Perkhemahan Unit Uniform antarara Rumah Sukan SK Seri Bandi 2. Bertempat di Padang SK Seri Bandi 2. Bermula pada 5 April 2012 hari Khamis dan berakhir pada 7 April 2012 hari Sabtu. Pertandingan yang di anjurkan ialah kawad kaki, masakan, balutan dan pertolongan cemas, ikatan, kem kraf, malam bakat, lari halangan dan kraftangan. Rumah Merah menjadi rumah terbaik keseluruhan, kedua rumah biru dan ketiga rumah kuning.
Perkhemahan Unit Uniform antarara Rumah Sukan SK Seri Bandi 2. Bertempat di Padang SK Seri Bandi 2. Bermula pada 5 April 2012 hari Khamis dan berakhir pada 7 April 2012 hari Sabtu. Pertandingan yang di anjurkan ialah kawad kaki, masakan, balutan dan pertolongan cemas, ikatan, kem kraf, malam bakat, lari halangan dan kraftangan. Rumah Merah menjadi rumah terbaik keseluruhan, kedua rumah biru dan ketiga rumah kuning.
Wednesday, 7 March 2012
PELANCARAN PROGRAM BULAN MEMBACA DAN NILAM SKSB 2 2012
Gimik Pelancaran NILAM 2012 SKSB 2 GB dan Guru Media menayangkan kain rentang Bulan Membaca
Khamis 8 Mac 2012 - Membaca Menjana Minda Berinovasi merupakan tema Pelancaran NILAM SKSB 2 2012 . Pelancaran NILAM di anjurkan oleh Unit Pusat Sumber di bawah jawatankuasa NILAM. Penyelaras Program merupakan Guru Media Encik Yassim bin Musa dan Setiausaha Program Cik Najidah binti Mohd merupakan guru penyelaras NILAM. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Pelancaran Buletin Bulan Membaca, deklamasi sajak dan poem murid tahap 2, acara nyanyian lagu NILAM, penyerahan buku NILAM kepada guru-guru kelas, Bercerita Tahap 1 Bahasa Melayu dan Bercerita Tahap 1 Bahasa Inggeris. Matlamat utama program ini untuk memupuk minat membaca dan mencintai buku. Dengan kata lain mewujudkan budaya ulat buku di kalangan pelajar dan guru. -GPBSKSB2

Khamis 8 Mac 2012 - Membaca Menjana Minda Berinovasi merupakan tema Pelancaran NILAM SKSB 2 2012 . Pelancaran NILAM di anjurkan oleh Unit Pusat Sumber di bawah jawatankuasa NILAM. Penyelaras Program merupakan Guru Media Encik Yassim bin Musa dan Setiausaha Program Cik Najidah binti Mohd merupakan guru penyelaras NILAM. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Pelancaran Buletin Bulan Membaca, deklamasi sajak dan poem murid tahap 2, acara nyanyian lagu NILAM, penyerahan buku NILAM kepada guru-guru kelas, Bercerita Tahap 1 Bahasa Melayu dan Bercerita Tahap 1 Bahasa Inggeris. Matlamat utama program ini untuk memupuk minat membaca dan mencintai buku. Dengan kata lain mewujudkan budaya ulat buku di kalangan pelajar dan guru. -GPBSKSB2
Subscribe to:
Posts (Atom)




















