Saturday, 22 September 2012

PENEROKAAN ILMU PRASEKOLAH DI MINI ZOO KEMAMAN


18 September 2012-Unit Prasekolah telah melaksanakan Program Penerokaan Ilmu bertempat di Mini Zoo Kemaman. Seramai 45 murid Prasekolah telah menyertai program ini diiringi oleh 8 orang guru dan kakitangan SKSB2.

Banyak ilmu yang telah diterokai oleh murid-murid mengenai haiwan yang terdapat di dalam Zoo tersebut. Aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di sana ialah murid-murid didedahkan dengan mengenal nama-nama haiwan dan bunga, cara kehidupan haiwan dan juga aktiviti riadah iaitu bermandi manda di kolam.

Terima kasih kepada Majlis Pembandaran Kemaman (MPK) yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan cas ligas secara percuma.Terima kasih juga kepada ibu bapa,murid-murid serta semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Jom cuci mata!





























































»»  read more

Monday, 10 September 2012

DEBARAN UPSR 2012


Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 


11 September 2012-Debaran bukan sahaja dirasai oleh calon-calon malah guru-guru dan ibu bapa yang meletakkan harapan agar mereka dapat menjawab soalan dengan tekun dan cemerlang. 

Telah banyak program yang berlangsung bagi membantu murid-murid meningkatkan pembelajaran. Antara program yang dijalankan seperti kelas tambahan, kelas malam, Kem Jaya UPSR oleh TH HOLDING Bhd dan juga Kem Minda UPSR di Rumbia Beach Resort.


Kami warga SKSB2 mengharapkan murid-murid sentiasa berusaha serta mempunyai azam yang tinggi untuk memperolehi 5A.Insyaallah..

Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru SKSB2 dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid tahun 6.TERIMA KASIH CIKGU...



Gantungkan azam dan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu sedalam mutiara di lautan. 

Bawakan kejayaan 5A sebagai bekalan untuk hari mendatang juga sebagai tanda TERIMA KASIH kepada para guru dan ibu bapa.





Good Luck!!
SKSB2 Boleh!!
»»  read more

Saturday, 1 September 2012

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2012

Persembahan Lagu Patriotik dari Rumah Kuning tahap 1 

Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik tahap 2 iaitu Rumah Kuning 



Naib Johan Nyanyian Lagu Patriotik tahap 2 iaitu Rumah Biru


Tempat ke 3 Nyanyian Lagu Patriotik tahap 2 iaitu Rumah Merah


Antara guru yang menjadi juri untuk Pertandingan Lagu Patriotik

Persembahan gimik dari murid-murid SKSB2

Persembahan bacaan sajak dari murid tahap 2

Persembahan dari murid-murid PIPKP



Persembahan bacaan sajak dari Guru Pra Sekolah





Para guru bersemangat menyanyikan Lagu Patriotik




Pembahagian duit raya 2012 oleh salah seorang guru iaitu Cikgu Ahmad Hailme.





Wajah-wajah comel murid tahun 1


Murid-murid sedang menikmati juadah Sambutan Merdeka Raya



Laungan Si Kecil bersama Cikgu Hana..Merdeka!!


Si kecil dari Pra Sekolah segak memakai pakaian bertemakan Merdeka Raya

2 September 2012, Ahad- Sambutan Merdeka Raya peringkat SK Seri Bandi 2 telah dijalankan. Berbagai acara telah dijalankan iaitu pertandingan mewarna 3K Merdeka, melukis bendera panjang gabungan 3 rumah sukan kuning, biru dan merah, pertandingan nyanyian lagu patriotik, persembahan murid, anugerah kelas merdeka, anugerah kelas khas merdeka, anugerah murid pakaian patriotik terbaik lelaki dan perempuan, pembahagian duit raya kepada semua murid dan yang di nantikan jamuan hari raya. Pihak sekolah telah menjemput semua agensi kerajaan dan swasta seluruh kawasan Seri Bandi ke Jamuan Hari Raya SK Seri Bandi 2 2012.-gpbsksb2
»»  read more

Saturday, 25 August 2012

PENERANGAN TENTANG LOGO HARI KEBANGSAAN YANG KE 55


»»  read more

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 2012

Warga SK Seri Bandi 2, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55 kepada semua pengunjung blog ini khususnya dan kepada semua rakyat malaysia umumnya.


»»  read more

Wednesday, 15 August 2012

SUMBANGAN AIDILFITRI KEPDA ANAK-ANAK YATIM SKSB 2

Hj Fakhrul Anuar bin Zulkawi sedang menyampaikan sumbangan kepada anak yatim disaksikan oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohd. bin Senek dan Guru Penolong Kanan HEM Pn. Jamilah binti Suri.

Khamis 16 Ogos 2012- Sumbangan Duit Raya dari Pertubuhan IKRAM daerah Kemaman kepada anak-anak yatim SK Seri Bandi 2 seramai 17 orang. Wakil dari IKRAM Kemaman Tn. Hj. Fakhrul Anuar bin Zulkawi telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim. Majlis bermula pukul 9.45 pagi dengan ucapan aluan Guru Besar dan diikuti ucapan Tn. Hj. Fakhrul Anuar bin Zulkawi. Seterusnya majlis penyampaian sumbangan. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama anak-anak yatim dan guru-guru. -GPBSKSB2 
»»  read more

Sunday, 12 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


Sekiranya ada tersilap kata terlanjur bicara warga SK Seri Bandi 2 memohon seribu kemaafan sempena bulan yang mulia ini.

»»  read more

Tadarus Al-Quran



Aktiviti Tadarrus Al-Quran pada waktu rehat bulan Ramadhan. Dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SK Seri Bandi 2. Semua guru bersama murid tahun 4 , 5 dan 6 yang boleh membaca al-quran terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti bermula awal Ramadhan hingga akhir Ramadhan. -GPBSKSB2
»»  read more

Tuesday, 31 July 2012

Kelebihan Berpuasa




Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)

Nabi saw bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)
»»  read more

Sunday, 22 July 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 2012

Gimik pelancaran Sambutan Ambang Merdeka 2012 SK Seri Bandi 2 dengan membebaskan burung merpati oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohd bin Senek dan pegawai JASA. 


Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Wanita Umno Seri Bandi oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohd. bin Senek.

17 Julai 2012 - Bermula seawal pukul 8.00 pagi  Majlis Sambutan Ambang Merdeka peringkat Sk Seri Bandi 2 telah dijalankan. Majlis bermula dengan upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultran dan Lagu Sekolah, ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan perasmian dari Guru Besar, ucapan dari tokoh politik dan nyanyian lagu patriotik. Majlis berakhir pukul 10.00 pagi. - gpbsksb2
»»  read more