26 Nov 2014 - Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 meneruskan kecemerlangannya dalam peperiksaan UPSR 2014. Seramai 7 orang murid SK Seri Bandi 2 telah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR yang telah diumumkan pada hari ini oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. Manakala bagi GPS pula SK Seri Bandi 2 memperolehi 2.03. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini.
Wednesday, 26 November 2014
Wednesday, 19 November 2014
MAJLIS GRADUASI 2014
19 NOV - Buat pertama kalinya SK Seri Bandi 2 mengadakan majlis graduasi untuk meraikan murid-murid tahun enam yang akan meninggalkan sekolah pada tahun hadapan. Majlis ini telah diadakan di dewan gemilang. Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. Ibu bapa murid tahun enam juga turut hadir menjayakan majlis ini.
Sunday, 16 November 2014
MAJLIS PERPISAHAN
16 NOV - Satu majlis perpisahan telah diadakan pada hari ini bagi meraikan guru-guru yang akan bertukar sekolah pada sesi persekolahan 2015. Guru-guru yang akan bertukar ialah En Wan Hassan Bin Wan Mamat, En Abdullah Bin Mat Noor, Pn Hazila Bt Razali dan Pn Juliana Bt Abu Bakar. Warga SK Seri Bandi 2 mengucapkan selamat bertukar dan bertugas di tempat baru masing-masing.
Wednesday, 12 November 2014
HARI ANUGERAH BESTARI TERBILANG 2014
Tuesday, 11 November 2014
HARI TEMU MESRA
Thursday, 6 November 2014
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H
6 NOV 2014 - Sambutan Maal Hijrah 1436 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Sambutan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajak warga sekolah menghayati hijrah Rasulullah SAW dan melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. Antara aturcara sambutan ialah solat hajat, persembahan sajak dan ceramah. Turut diadakan masakan bubur asyura hasil kutipan derma warga SK Seri Bandi 2 dan ibu bapa murid-murid. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Seri Bandi 2 dan juga ibubapa yang memberi sumbangan untuk menjayakan sambutan pada kali ini.
Tuesday, 4 November 2014
PELANCARAN KEM MEMBACA 1M
4 NOV 2014 ( Selasa ) - Kem Membaca 1 Malaysia 2014 peringkat sekolah SKSB 2 telah dilancarkan secara rasminya pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Pelancaran dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad. Pelancaran Kem Membaca 1M berlangsung serentak diseluruh negara pada hari ini. Antara lain tujuan Kem Membaca 1M ini adalah untuk memupuk minat membaca dikalangan murid-murid.
Monday, 29 September 2014
PEMANTAUAN PELAKSANAAN KSSR TAHUN 4
Monday, 8 September 2014
MAJLIS RESTU UPSR 2014
8hb Sept 2014 - Sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 9hb pihak sekolah SK Seri Bandi 2 telah mengadakan Majlis Restu UPSR untuk murid-murid tahun enam. Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid memohon kemaafan dari guru-guru mereka dan meminta dihalalkan segala ilmu yang telah diajarkan kepada mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan. Turut serta dalam menjayakan majlis ini ialah ibu bapa murid-murid tahun enam. Seramai 48 orang calon dari SK Seri Bandi 2 akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Sunday, 7 September 2014
CALON UPSR DAPAT SEMANGAT JPNT
7hb Sept 2014 - Bagi memastikan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) mencapai kelulusan cemerlang, Ketua Unit Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, En Zakaria Bin Muda telah datang ke SK Seri Bandi 2 untuk melihat persediaan calon yang bakal mengambil peperiksaan tersebut. Beliau yang juga merupakan pegawai perhubungan sekolah SK Seri Bandi 2 telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan calon-calon UPSR seterusnya memberi kata-kata semangat kepada mereka.
Wednesday, 3 September 2014
TAHNIAH SAUTUL WARDAH !
2hb Sept 2014 ( Selasa ) - Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sautul Wardah dari SK Seri Bandi 2 yang muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan Kalam Jamaie dan Dikir Barat Program j-QAF Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2014/1435H. Pertandingan ini telah diadakan di SK Kampung Tengah, Kemaman. Sebanyak sepuluh buah sekolah kebangsaan telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kalam jamaie pada kali ini.
Tuesday, 12 August 2014
SAMBUTAN HARI RAYA 2014
12 Ogos 2014 - Sambutan Hari Raya 2014 warga SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini dengan suasana yang meriah. Sambutan bermula jam 9 pagi dengan acara pertandingan baju raya tercantik dan nyanyian lagu-lagu raya yang dipesembahkan oleh murid-murid SK Seri Bandi 2. Turut diadakan jamuan rumah terbuka untuk warga sekolah dan rakan guru sekolah berhampiran juga dijemput hadir bagi memeriahkan suasana hari raya kali ini. Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang hadir. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)













