Saturday, 10 October 2015

KEM CEMERLANG JAWI 2015


10 OKTOBER 2015 - Seramai 34 orang murid SK Seri Bandi 2 telah terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi pada hari ini. Kem ini bertujuan untuk memastikan murid-murid SK Seri Bandi 2 dapat membaca dan menulis dalam  tulisan jawi. Kem Cemerlang Jawi ini diadakan di surau sekolah bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.  
»»  read more

HARI SUKAN NEGARA 2015


10 OKTOBER 2015 - Warga SK Seri Bandi 2 turut menjayakan pelancaran Hari Sukan Negara 2015 yang dilancarkan serentak diseluruh negara pada hari ini. Warga SK Seri Bandi 2 menjalankan aktiviti senam erobik yang bertempat di padang sekolah. Senaman erobik ini telah dipimpin oleh Cikgu Mohd Irfan Bin Azman dan Cikgu Nor Hisham Bin Nor Idzhar. 
»»  read more

Thursday, 8 October 2015

LATIHAN KEBAKARAN 2015


8 OKTOBER 2015 - Bahagian 3K ( Kebersihan, Keselamatan Dan Keceriaan ) sekolah telah mengadakan latihan kebakaran untuk warga SK Seri Bandi 2. Latihan ini bertujuan untuk memastikan warga sekolah mengikut dan mematuhi pelan laluan keselamatan yang telah disediakan jika berlaku kebakaran di sekolah. 
»»  read more

KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2015


8 OKTOBER 2015 - NILAM Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 telah mengadakan kempen galakan membaca pada hari ini bertempat di Dataran Gemilang. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan murid membaca dan mengisi buku yang telah dibaca tersebut di dalam rekod buku NILAM yang dibekalkan. 
»»  read more

Sunday, 4 October 2015

PROGRAM GALAKAN HAFAZ AL QURAN


4 OKTOBER - Seramai 81 orang murid SK Seri Bandi 2 telah mengambil bahagian dalam Program Galakan Hafaz Al Quran yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman pada tahun ini. Tujuh orang ustaz dari Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman telah hadir ke sekolah untuk mendengar bacaan hafazan murid-murid tersebut. 
»»  read more

KARNIVAL PRA SEKOLAH 2015


4 OKTOBER 2015 - Tahniah diucapkan kepada murid pra sekolah SK Seri Bandi 2 yang mewakili Daerah Kemaman dalam Karnival Pra Sekolah 2015 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di SK Kompleks Seberang Takir Kuala Nerus. Dua orang murid tersebut ialah Muhammad Aqil Ilman Bin Ahmad Anuar muncul sebagai naib johan dalam pertandingan congkak lelaki dan Nur Fatihah Nasuha Bt Zulaimin menerima saguhati dalam pertandingan congkak perempuan.
»»  read more

Friday, 2 October 2015

HARI KELUARGA MGKT 2015


2 Oktober 2015 - Bagi mengeratkan tali persahabatan dan ukhuwah di kalangan ahli MGKT SK Seri Bandi 2, program Hari Keluarga 2015 telah diadakan di Hotel TH Kuala Terengganu pada hari ini. Hampir kesemua ahli MGKT hadir untuk menjayakan hari keluarga pada tahun ini. Turut diadakan jamuan makan malam di dewan hotel.
»»  read more

Wednesday, 9 September 2015

MAJLIS RESTU KASIH DAN ILMU 2015


7 SEPT 2015 - Satu Majlis Restu Kasih dan Ilmu telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis ini bertujuan untuk meraikan murid-murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 8 hingga 10 September 2015. Turut hadir dalam majlis ini ialah ibubapa murid tahun enam untuk memberi semangat kepada anak-anak mereka menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar yang memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada calon UPSR. Beberapa orang wakil guru dan ibubapa juga turut berucap memberikan kata-kata semangat kepada calon UPSR kali ini.
»»  read more

Thursday, 3 September 2015

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2015


3 SEPT 2015 - Sempena dengan peperiksaan UPSR 2015 yang akan menjelma tidak lama lagi, pihak sekolah telah mengadakan program Solat Hajat Perdana yang melibatkan murid tahun enam, ibubapa dan juga warga sekolah SK Seri Bandi 2. Program ini bermula dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat isyak. Program ini berlangsung di surau sekolah dan diimami oleh Ustaz Anuar Jusoh dan Ustaz Ahmad Anwar Ramli. Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang menjayakan program kali ini. 
»»  read more

Thursday, 20 August 2015

PERTANDINGAN KALAM JAMAIE 2015


20 OGOS 2015 - Kumpulan Kalam Jamaie yang terdiri dari murid perempuan tahun 4 dan 5 telah mewakili SK Seri Bandi 2 dalam pertandingan kalam jamaie sempena Festival Kalam Jamaie dan Dikir Barat Sekolah-Sekolah KPM peringkat Daerah Kemaman 2015. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan SK Sultan Ismail, Kemaman. Sebanyak sebelas buah sekolah terlibat dalam pertandingan pada tahun ini.  
»»  read more

Wednesday, 19 August 2015

LAWATAN PPD SEMPENA UPSR 2015


19 Ogos 2015 - Calon-calon UPSR 2015 SK Seri Bandi 2 telah dikunjungi oleh dua orang wakil PPD Kemaman iaitu En Abu Hurairah Bin Abu Bakar, Penolong PPD HEM dan En Mohd Haznan Bin Othman, Penyelia HEM PPD Kemaman pada hari ini. Kunjungan ini merupakan kunjungan untuk memberi semangat dan motivasi kepada calon-calon UPSR SK Seri Bandi 2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak berapa lama lagi. 
»»  read more

Saturday, 1 August 2015

TAHNIAH KELAB DOKTOR MUDA SKSB 2


1 OGOS 2015 - Tahniah diucapkan kepada Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 yang telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Kemaman dalam Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Terengganu 2015. Pasukan Doktor Muda SK Seri Bandi 2 telah muncul sebagai johan negeri dalam pertandingan tersebut kategori projek doktor muda bersama komuniti. Konvensyen Kelab Doktor Muda 2015 ini telah berlangsung di SMK Seri Dungun. Dengan kemenangan ini Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 akan mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Selangor pada 12 Ogos 2015 nanti. Semoga Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 akan menjadi juara.  
»»  read more