15 APR 2018 - Satu majlis penyampaian hadiah untuk murid yang memperolehi keputusan terbaik dalam peperiksaan Pra OTI 2018 telah diadakan pada hari ini. Hadiah telah disampaikan oleh En Tajudin Bin Mohamad , Guru Besar SK Seri Bandi 2. Beberapa orang murid yang memperolehi 6A telah menerima hadiah sebagai galakan kepada mereka untuk terus cemerlang pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat hadiah.
Saturday, 14 April 2018
Tuesday, 10 April 2018
PELANCARAN KEM MEMBACA 1M, NILAM DAN FROG VLE
Sunday, 8 April 2018
TAKLIMAT PENGAKTIFAN ID FROG VLE IBUBAPA
8 APRIL - Satu taklimat berkaitan pengaktifan
ID Frog VLE ibubapa murid SK Seri Bandi 2 telah disampaikan oleh Pn.
Zaitun Bt Zainuddin dari UNICLIQ sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab oleh
pihak KPM untuk memastikan 30% ibu bapa dari setiap sekolah dapat mengaktifkan
ID mereka. Sesi penerangan ini diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2.
Seramai 60 orang ibubapa murid tahap 2 telah menghadiri taklimat ini. Pihak
sekolah juga telah menyediakan beberapa kaunter untuk membantu ibu bapa yang
ingin mengaktifkan ID mereka. Sesi taklimat berakhir jam 1.00 petang dan
ibubapa yang hadir turut diberikan jamuan.
Monday, 2 April 2018
LADAP FROG VLE SESI 2018
Friday, 23 February 2018
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13
MAJLIS PENYERAHAN ID FROG VLE IBUBAPA
23 FEB 2018 - Satu majlis ringkas penyerahan ID Frog VLE kepada ibubapa murid-murid SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad kepada YDP PIBG En Noramat Bin Yusof selaku wakil kepada ibubapa.
Sunday, 4 February 2018
PROGRAM IM SAFE 2018
4 FEB 2018 - Pelancaran Program I'm Safe telah disempurnakan hari ini oleh Tuan Guru Besar, En Tajudin Bin Mohamad bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Program ini merupakan aprogram memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah. Beberapa aktiviti yang berkaian dengan program ini berlangsung selama seminggu. Antaranya ialah ceramah bahaya penyalahgunaan dadah, tandatangan banner I'm Safe dan solat hajat.
Sunday, 28 January 2018
Friday, 26 January 2018
MOTIVASI IBU BAPA DAN MURID 2018
Thursday, 25 January 2018
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2018
Saturday, 20 January 2018
LARIAN MERENTAS DESA 2018
Monday, 1 January 2018
SESI PERSEKOLAHAN 2018
1 JAN 2018 - Sesi persekolahan 2018 bermula pada hari ini dengan perhimpunan mingguan yang diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Seramai 40 orang murid tahun 1 memulakan alam persekolahan mereka di sini pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)













