Thursday, 21 February 2019
Monday, 18 February 2019
JOM KE SEKOLAH 2019
Thursday, 14 February 2019
TAHNIAH PASUKAN PING PONG
14 FEB 2019 - Tahniah diucapkan kepada adik Naufal Bin Mazlan kerana muncul sebagai Johan Ping Pong Lelaki Sekolah Rendah dalam pertandingan Ping Pong peringkat MSSD Kemaman 2019.
»» read more
Sunday, 10 February 2019
TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SESDI
10 FEB 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SESDI kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Bola Baling MSSD Kemaman 2019.
Sunday, 27 January 2019
TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING
27 JAN 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling perempuan yang muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan bola baling bawah 12. Pasukan bola baling SKSB 2 bertemu dengan pasukan bola baling SK Pangkalan Ranggong pada perlawanan akhir.
Saturday, 26 January 2019
AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2019
Thursday, 24 January 2019
PERTANDINGAN MERENTAS DESA DAERAH
24 JAN 2019 - Tahniah diucapkan kepada dua orang murid SK Seri Bandi 2 di atas pencapaian tempat ke-10 dan ke-15 dalam pertandingan merentas desa peringkat Daerah Kemaman. Pertandingan ini berlangsung di SMK Banggol.
Tuesday, 1 January 2019
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2019
1 JAN 2019 - Seramai 50 orang tahun satu memulakan persekolahan pada tahun ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2. Sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan pagi bertempat di Dataran Gemilang.
Tuesday, 20 November 2018
HARI KELUARGA 2018
20 NOV 2018 - Hari Keluarga SK Seri Bandi 2 telah diadakan di Pantai Telok Kalong Kemaman. Pelbagai aktivti dijalankan untuk memeriahkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan warga SK Seri Bandi 2.
Monday, 19 November 2018
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018
19 NOV 2018 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2018 untuk meraikan murid-murid cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun telah disempurnakan oleh En. Md. Ismail Bin Md. Salleh, Pegawai SISC PPD Kemaman. Turut diumumkan tokoh murid 2018 iaitu adik Siti Amnani Bt Ruslam. Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan 2018.
Sunday, 18 November 2018
HARI GRADUASI 2018
18 NOV 2018 - Hari Graduasi 2018 bagi meraikan tamatnya persekolahan peringkat rendah murid tahun 6 SK Seri Bandi 2 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Seri Bandi 2, En Noramat Bin Yusof. Seramai 38 orang murid tahun enam telah berjaya menamatkan persekolahan peringkat rendah pada tahun ini.
Thursday, 1 November 2018
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2018
1 NOV 2018 - Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Seri Bandi 2 telah berjaya dijalankan pada tahun ini. Perkhemahan bermula 31 Oktober dan berakhir 1 November tela disertai oleh 89 orang murid yang mewakili unit beruniform masing-masing. Perlbagai aktivti pertandingan dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan kali ini. Antaranya pertandingan kawad kaki, memasak, balutan, ikatan, gajet dan lain-lain. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Seri Bandi 2.
Subscribe to:
Posts (Atom)













