Friday, 15 January 2010

Saturday, 20 June 2009

Mural Pertandingan 3K SKSB 2


Mural SK Seri Bandi 2 untuk Pertandingan 3K peringkat daerah Kemaman 2009 telah berjaya disiapkan dengan kerjasama guru-guru SK Seri Bandi 2 dan pelajar-pelajar.
»»  read more

Ujian Permata Pintar 2009

Pelajar SMK Seri Bandi sedang menghadapi Ujian Permata Pintar dengan diawasi oleh guru pengiring.
- Gambar Ihsan azphoto


Pada 18 Jun 2009 hari Khamis, makmal komputer SK Seri Bandi 2 dipenuhi 40 orang murid untuk 2 sesi ujian Permata Pintar anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua murid dapat menyelesaikan ujian dengan baik. Dua sesi ujian dijalankan iaitu tahun 3 dan tahun 5 pada pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi sesi ujian ke 2 iaitu pukul 11.30 pagi hingga 12.30 pagi. Ujian ini untuk memilih murid yang pintar cerdas. 300 orang akan dipilih dari sekolah menengah rendah dan menengah untuk mengikuti perkhemahan mengikut model John Hopkins di UKM selama seminggu. Pada 21 Jun 20 pelajar SMK Seri Bandi bersama 2 orang guru pengiring telah menggunakan makmal komputer SK Seri Bandi 2 untuk ujian Permata Pintar. Ujian dijalankan pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.
»»  read more

Monday, 15 June 2009

Minggu Bahasa Inggeris SKSB 2 2009

Murid-murid tahun 3 sedang bersedia untuk membuat persembahan sempena Minggu Bahasa Inggeris SKSB 2

Minggu Bahasa Inggeris SKSB 2 2009 telah diadakan pada pukul 10.20 pagi 16 Jun 2009. Bertempat di Dewan Gemilang. Acara dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi panitia Bahasa Inggeris Puan Siti Zubaidah. Diikuti oleh ucapan Puan Dorothy dan seterusnya guru besar SK Seri Bandi 2 sebagai ucapan perasmian. Gimik Perasmian ialah paparan grafik multimedia dengan format perisisan Power Point. Acara pada hari Selasa ialah Pertandingan Aktiviti Bahasa Inggeris peringkat PKG Kemasek.
»»  read more

Wednesday, 27 May 2009

Lawatan Guru-guru SMK Kg. Nyiur, Paka, Terengganu.

Guru-guru SMK Kg. Nyiur bergambar kenangan bersama GPK HEM Pn. Jamilah binti Suri

26 Mei 2009 - SKSB 2 menerima tetamu dari Guru-gru SMK Kg. Nyiur, Paka, Kemaman. lawatan ini diadakan kerana SKSB 2 terlibat dalam program rintis Sekolah Selamat yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

»»  read more

Penolong Pesuruhjaya Daerah Kemaman

Cikgu Ariffhakimi bin Alias merupakan pengerusi Pasukan Pengakap SKSB 2 telah ditauliahkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah Kemaman pada bulan Februari yang lalu. Tahniah kepada Cikgu Ariff. Moga dengan perlantikan ini membakar semangat beliau untuk terus berpengakap. Sekali Berpengakap terus berpengakap.

»»  read more

Sunday, 24 May 2009

SK Seri Bandi 2 Sekolah Angkat Ketengah Holding

Gambar ini diatas diambil dari Majalah Info Ketengah Feb. 2009. Salah seorang AJK PIBG iaitu pengusaha kantin SKSB 2 Puan Fauziah sedang menerima sijil penghargaan daripada Encik Hamzah Pengurus Besar Ketengah Holdings Sdn. Bhd.

KETENGAH Holdings Sdn. Bhd. iaitu syarikat induk pengurusan dan pelaburan anak-anak syarikat KETENGAH telah bersetuju menjadikan SKSB 2 sebagai sekolah angkatnya mulai tahun 2009. Ini dinyatakan oleh Encik Hamzah Ngah Pengurus Besar Ketengah Holdings Sdn. Bhd. ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKSB 2 13 Februari 2009.



»»  read more

Tuesday, 5 May 2009

Sukan Tahunan ke 5

Guru Besar SKSB2 sedang menyampaikan cenderamata kepada pengetua SMK Seri Bandi

Acara larian 200 meter berpagar

Sukan Tahunan SKSB 2 ke 5 Terbaik
Sukan Tahunan SK Seri Bandi 2 kali ke 5 telah diadakan pada 24 April 2009 pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang. Berbagai acara dipertandingkan seperti tarik tali akhir, lari 200 m berpagar, 100 m, lompat jauh, lompat tinggi, sukaneka dan sebagainya. Rumah Bendahara kekal sebagai juara manakala rumah Temenggong naib johan dan ketiga rumah Laksamana. Ramai ibubapa yang hadir. Upacara penutup dilakukan oleh pengetua SMK Seri Bandi. Tahniah untuk pemenang dan yang kalah jangan terus mengalah, cuba lagi. - abuzpbsksb2
»»  read more

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Acara Menebar Jala

Acara Sukaneka 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009 SKSB 2

Sambutan Hari Guru 2009 peringkat SK Seri Bandi 2 telah berlangsung pada 17 Mei 2009 dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Acara bermula dengan aktiviti sukaneka seterusnya ke acara ucapan, pembacaan perutusan, pertandingan persembahan guru dan penyampaian hadiah. Acara Sukaneka telah dimenangi oleh rumah Bendahara, kedua Laksamana dan ketiga Temenggong. Manakala acara persembahan dimenangi oleh Kumpulan 2 diketuai oleh Tn. Hj. Abu Kassim bin Ali yang merupakan pemenang acara persembahan 4 tahun berturut-turut. Kedua dimenangi oleh kumpulan 2 perempuan diketuai oleh Pn. Mosmeza Dahlia binti Zulkifli dan ketiga dimenangi olehkumpulan 1 perempuan diketuai oleh Pn. Noorleda binti Ngah dan keempat kumpulan 1 lelaki diketuai oleh Tg. Faizol bin Osaman. Semua acara berjalan dengan lancar dan akhirnya semua guru-guru dijamu dengan nasi beriani dan kek sumbangan pengusaha kantin SKSB 2 Puan Fauziah.
»»  read more

Tuesday, 21 April 2009

Tarik Tali Saringan 2009

Murid-murid rumah Temenggong sedang kuat menarik tali
untuk mendapatkan kemenangan ke atas rumah Bendahara.

Acara Tarik Tali Sempena Sukan Tahunan SKSB 2
Acara Saringan Tarik Tali telah dijalankan pada 21 April 2009, Selasa bermula pukul 3.00 petang. Pasukan Temenggong lelaki akan ke akhir setelah menewaskan pasukan Bendahara lelaki. Pasukan Laksamana perempuan akan ke pusingan akhir menentang pasukan Bendahara perempuan. -abuzpbsksb2.

»»  read more

Monday, 20 April 2009

MERENTAS DESA 2009 SKSB 2

Murid-murid sedang memanaskan badan sebelum memulakan larian.

Johan Merentas Desa Kategoti Lelaki Jaafar bin Rosin dari rumah Temenggong.

En. Tajuddin bin Mohamad GPK1 SKSB2 sedang melepaskan larian.

Merentas Desa 2009

Acara Merentas Desa merupakan acara tahunan di SKSB2 dan merupakan salah satu acara sukan tahunan. Pungutan mata dari acara ini akan dikira bersama acara sukan tahunan. Pada 21 April 2009, tepat 3.30 petang Merentas Desa 2009 bermula dengan larian pelajar lelaki dan 10 minit selepas itu pelajar perempuan. Trek acara ini sejauh 3 km. untuk lelaki dan 2.5 km untuk perempuan. Pemenang keseluruhan adalah rumah Laksamana (Kuning) dengan 172 mata keseluruhan, diikuti rumah Temenggong (Biru) 146 mata dan rumah Bendahara (Merah) 142 mata. - abuzpbsksb2




»»  read more

Saturday, 18 April 2009

3 Pelajar Mewakili Terengganu di Perkhemahan Peringkat Kebangsaan

3 Pelajar SKSB2 Wakil Terengganu Peringkat Kebangsaan

3 orang pelajar SKSB2 telah dipilih untuk mewakili Terengganu ke Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Kategori Lelaki Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. Perkhemahan diadakan di Kem Tok Sakak, Teluk Senangin, Lumut, Perak pada 11 - 16 April 2009. Mereka turut memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan. Mohd. Zulhafizi bin Said mendapat naib johan dalam Pertandingan Inovasi Bahan-bahan Terbuang. Pertandingan Inovasi Teknologi Mohd. Lokman bin Ariffin mendapat naib johan. Mohd. Hafizi bin Hamid mendapat saguhati dalam acara yang telah dipertandingan.

»»  read more