Wednesday, 2 June 2010

HARI TERBUKA SKSB 2

HARI TERBUKA SKSB 2 AKAN DIADAKAN SEPERTI DIATAS DIJEMPUT SEMUA WARGA MALAYSIA UNTUK SAMA-SAMA MENYERTAI KAMI. MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 09-8675111. E-MAIL: sksb2_2005@yahoo.com
»»  read more

Saturday, 8 May 2010

MAJLIS HARIJADI UNTUK GURU DAN MURID SKSB2

Guru Besar SKSB 2 sedang menyuapkan potongan kek ke dalam mulut En. Shafiq

SKSB 2 pada tahun 2010 mengadakan Majlis Hari Jadi untuk pelajar dan guru. Guru atau pelajar yang lahir pada bulan Jan-Okt akan disambut harijadu mereka. Justeru itu, guru dan pelajar yang lahir pada bulan April tahun ini diadakan majlis hari-jadi untuk mereka. Bulan April adalah harijadi Ustazah Wan Zaleha, En, Shafiq (juruteknik komputer) dan Pak Hassan (PAR) dan beberapa orang murid yang terpilih mengikut tarikh lahir mereka.
»»  read more

PERANDINGAN CATUR DAERAH KEMAMAN

Farah Adilla binti Faizal

Farah Adilla binti Faizal dari kelas 6 Zamrud telah mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Catur Daerah Kemaman. Farah juga mewakili Kemaman dalam Pertandingan Catur peringkat negeri dan mendapat hadiah saguhati. Tahniah kepada adik Farah Adilla.
»»  read more

Saturday, 24 April 2010

TEMPAT KEDUA DAERAH KEMAMAN DALAM PERADUAN MEWARNA

Nur Erna Suraya sedang menerima hadiah tempat kedua pertandingan mewarna sumbangan EPIC dari PK1 Encik Tajudin sambil diperhatikan oleh PK KOKO Pn. Maznah.

Adik Nur Erna Suraya mengharumkan nama SKSB 2 dengan memenangi Peraduan Mewarna Tahap 1 sempena PROGRAM JUARA RAKYAT peringkat daerah Kemaman bertempat di Padang Kg. Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu pada 24 April 2010. SKSB 2 telah menghantar 10 orang peserta dari tahun 2 dan 3 bersama jurulatih merangkap guru pengiring iaitu Tn. Hj. Abu Kassim bin Ali dan En. Mohd. Shukri bin Bidin. Semua peserta dan guru pengiring mendapat cenderamata berupa makanan, minuman, tuala dan pensil warna sumbangan EPIC. Peraduan bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Dua kategori dipertandingkan iaitu Peraduan Mewarna Sekolah Tadika dan Peraduan Mewarna Tahap 1 Sekolah Rendah. 10 orang pemenang dari kedua-dua kategori telah dipilih dan adik Erna adalah salah seorang daripada pemenangnnya.
»»  read more

Tuesday, 6 April 2010

MINGGU KESIHATAN SKSB 2 2010

Aktiviti Mewarna untuk murid tahap satu

Kuiz Kesihatan antara Rumah Sukan

Minggu Kesihatan SKSB 2 diadakan pada 5-8 Mac 2010. Aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Perasmian pada 5 Mac 2010, Pemeriksaan kuku dan rambut pada 6 Mac 2010, Kuiz Kesihatan untuk tahap 2 dan Peraduan Mewarna untuk tahap 1 pada 7 Mac 2010 dan Ceramah Doktor Klinik Kesihatan Seri Bandi pada 8 Mac 2010. Rumah yang menang dalam acara Kuiz Kesihatan ialah rumah Laksamana, kedua Temenggong dan ketiga ialah rumah Bendahara. Pengendali program adalah Cikgu Mustafa bin Yusof.
»»  read more

OLAHARAGAWAN LELAKI SEKOLAH RENDAH DAERAH KEMAMAN 2010

Jaafar bin Rosin

SKSB 2 telah mencatat sejarah dengan anugerah yang diterima oleh atlit sukan sekolah Jaafar bin Rosin iaitu Olahragawan Lelaki Sekolah Rendah Daerah Kemaman. Jaafar juga telah mendapat pingat emas bagi acara 100 meter dan lompat jauh di sukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kemaman di padang SMK Sultan Ismail pada 27,28,29 dan 30 Mac 2010. Tahniah kepada Jaafar. Semoga kejayaan ini membakar semangat atlit sukan SKSb 2 untuk terus menempa kejayaan.
»»  read more

MINGGU KESELMATAN SKSB 2 2010

Ketua balai Polis Ayer Jerneh sedang memberi ceramah mengenai Jenayah kepada pelajar-pelajar SKSB 2

Cikgu Zaini binti Sahul Hamid sedang memadamkan api dengan alat pemadam api.

30 Mac 2010 aktiviti Minggu Keselamatan diadakan untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang jenayah dan kebakaran. Polis Di Raja Malaysia telah memberikan input berkenaan jenayah melalui pegawainya Ketua Balai Polis Ayer Jerneh. Pameran berkenaan jenayah turut disediakan oleh pihak polis. Ceramah dan pameran ini diadakan dari pukul 10.20 pagi hingga 1.20 petang. Seterusnya pihak Bomba Kerteh turut mengadakan ceramah, pameran dan demonstrasi memadamkan kebakaran bermula pukul 2.30 petang hingga pukul 5.00 petang. Diharapkan aktiviti Minggu Keselamatan ini memberi pengetahuan dan kesedaran kepada guru dan pelajar SKSB 2.- Abu Kassim bin Ali Pengerusi 3K SKSB 2
»»  read more

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKSB 2 2010

Johan Persembahan Malam Bakat Rumah Temenggong

Aktiviti Lari Berhalangan



Perkhemahan Unit Beruniform SKSB 2 2010 telah diadakan pada 25, 26 dan 27 Mac 2010 bertempat di padang sekolah SKSB 2. Pada tahun ini kali pertama diadakan Perkhemahan Unit Beruniform secara Rumah Sukan iaitu rumah Temenggong, Bendahara dan Laksamana. Acara yang dipertandingkan ialah Kawad Kaki, Lari Berhalangan, Ikatan, Pertolongan Cemas, Persembahan Malam Bakat, Kraf tangan dan Masakan. Keseluruhannya rumah Bendahara(merah) mendapat tempat pertama, rumah Laksamana(kuning) kedua dan rumah Temenggong (biru) ketiga.
»»  read more

Saturday, 6 March 2010

KLIP VIDEO Lagu SKSB 2


Video Klip oleh Abu Kassim bin Ali
Lagu dan lirik oleh Azaha bin Zakaria
»»  read more

Kursus PERASA SKSB 2 2010 BTP Port Dickson

Semua peserta Kursus, Fasilitator, Timbalan Pengarah BTP NS dan Ketua Sektor Unit Psikoologi dan Kaunseling JPNS bergambar kenangan.

SKSB 2 telah menganjurkan Program Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) bertarikh 04-05 Mac di BTP Port Dickson Negeri Sembilan. Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, mewujudkan kumpulan pekerja yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif, bersifat penyayang, bersabar, berfikiran positif, empati dan asertif. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Sentuhan Insan, Cut Apple A, Simulasi X/Y, Jalinan Kasih, Kembara dan Persembahan Adat Istiadat Budaya Melayu. Fasilitator yang terlibat ialah Encik Jamaluddin bin Abdul Ghani, Encik Ramadzan bin Mohd. Yusof, Encik Roslee bin Hj. Ahmad dan Tn. Hj. Mohd. Zhaffar bin Hussin. Bagi pihak SKSb 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan pelajaran Negeri Sembilan, Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNS, Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson, Unit Psikologi dan Kaunseling PPD PD, Bahagian Teknologi dan Pendidikan Negeri Sembilan dan Fasilitator-fasilitator kerana kerjasama yang diberikan sepanjang kursus ini.
»»  read more

Tuesday, 2 March 2010

PELANCARAN NILAM DAN PROGRAM 1 MURID 1 BUKU

Cikgu Abdullah sedang memberi penerangan berkenaan Program NILAM disaksikan oleh PK 1 , Cikgu Roshan (Guru perpustakaan) dan Cikgu Zukri (Guru Media)
Gimik Pelancaran Kempen 1 Buku 1 Murid. PK 1 sedang menyampaikan buku bakul kepada Ketua Pengawas Pusat Sumber Norashikin binti Mamat disaksikan oleh Guru Media Cikgu Zukri.


Khamis, 25 Feb 2010 pukul 10.20 pagi bertempat di Dewan Gemilang berlangsungnya Perasmian Program 1 Buku 1 Murid. Program ini dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 En. Tajudin bin Mohamad. Tujuan program untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penerima Anugerah NILAM ke tahap emas dan meningkatkan jumlah Rakan Pembaca. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa NILAM yang dipengerusikan oleh Cikgu Abdullah. Diharapkan Program ini akan membuka minda pelajar untuk minat membaca.


»»  read more

Sunday, 28 February 2010

KEMPEN MAKAN BERADAB 2010

Gimik rasminya Kempen Makan Beradab dilakukan oleh GB SKSB 2 cikgu Affandi bin Kamaruddin dan diperhatikan oleh Penolong Kanan HEM Pn. Jamilah binti Suri

Tanggal 02.08.2010 masa 9.15 pagi hingga 10.20 pagi bertempat di Dewan Mulia dan kantin berlangsungnya Kempen Makan Beradab SKSB 2 2010. Tujuan kempen untuk menanamkan adab makan sebelum, semasa dan selepas makan di kalangan pelajar. Selain itu kempen ini bertujuan membuka minda pelajar tentang erti syukur mendapat makanan yang dikurniakan tuhan. Kempen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kantin Sekolah 2010 yang dipengerusikan oleh Ustazah Embok binti Othman.- GPBSKSB2
»»  read more