













Pada 09 Julai 2010 hari Jumaat SKSb 2 telah mengadakan aktiviti Hari Terbuka sempena menyambut ulang tahun sekolah ke 6. Masa diadakan aktiviti ini adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di padang sekolah, Dewan Gemilang dan Dataran Terbilang. Aktiviti yang dijalankan ialah Jualan telefon Bimbit, buku, komputer, Avon, kerongsang, makanan, minuman dan sebagainya. Agensi-agensi kerajaan dan swasta turut terlibat mengadakan pameran seperti pasukan bomba, polis, pusat kesihatan, antidadah Kebangsaan, Ke tengah, Bank Islam dan Astro. Pameran dari SKSB 2 ialah pameran bilik-bilik khas. Ada juga gerai hiburan seperti gerai karaoke dan gerai lagu permintaan. Beberapa acara pertandingan turut dijalankan seperti Bayi Comel, Teka Kacang dan Teka Betik. Yang menarik minat pengunjung ialah gerai permainan seperti gerai dart, gerai kereta kawalan jauh, sepak bola dalam gol, baling tin dan Paintball. Pengunjung dianggarkan 1000 orang. Acara yang tidak kurang menarik minat pengunjung ialah terjun maut dan Flying Fox.


Blog ini merupakan blog rasmi SK Seri Bandi 2 yang akan menyiarkan berita berkaitan aktiviti sekolah yang dijalankan di sekolah - admin@2019
![]() |
Alhamdulillah hirabbil ‘alamin, Bersyukur kita kepada Allah Taala yang telah memberikan kita kesihatan sihat tubuh badan dengan akal yang sempurna. |
| Dengan itu dapatlah kita meneruskan lagi tugas dan amanah yang diberikan.Guru-guru diharap telah pun dapat memahami akan visi dan misi sekolah dalam meneruskan kerjaya bagi kemajuan negara. Kerjasama dan komitmen adalah perlu bagi membina insan yang diharapkan akan mentadbir alam ini.
Akhir kata, saya bagi pihak sekolah, jabatan dan kementerian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dalam menjayakan program sekolah , jabatan dan kementerian. Kerjasama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dengan lebih bersepadu lagi bagi anak bangsa Malaysia. “ Sekolah Bestari Pemangkin Kecemerlangan” Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Daripada ; En Yuzaimi Bin Yassin GB SK Seri Bandi 2 |
|