Monday, 14 May 2012

UCAPAN SELAMAT HARI GURU

Esok adalah Hari Guru dalam kesempatan ini saya bagi bagi pihak warga SK Seri Bandi 2 mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru diseluruh tanahair. Semua pengunjung blog ini boleh menuliskan ucapan Selamat Hari Guru di ruangan ualsan tanpa perlu register sebagai Blogger tetapi kena register gmail dulu. Sekian.-GPBSKSB2
»»  read more

PERTANDINGAN PENCAK SILAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012





Pada 10-12 mei 2012 bertempat di SMK Ayer Puteh Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung. SK Seri Bandi 2 telah menghantar 6 orang peserta ke Pertandingan Pencak Silat Peringkat Negeri Terengganu yang mewakili daerah Kemaman bagi kategori Jurus Masal Sekolah Rendah 4 orang dan Tempur Puteri Sekolah Rendah. Keputusannya kedua-dua kategori ini telah berjaya mendapat Naib Johan peringkat Negeri Terengganu. Syabas kepada pemenang.-GPBSKSB2
»»  read more

Wednesday, 25 April 2012

LINK KE WORD PRESS PSS SKSB 2


SILA KLIK
»»  read more

Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012



Pada 22 April 2012, Panel hakim Anugerah PSS Cemerlang peringkat kebangsaan 2012 telah mengadakan lawatan dan penilaian ke SK Seri Bandi 2. Semoga PSS SK Seri Bandi 2 akan menjadi pemenang bagi pertandingan ini. Pada hari ini 26 April 2012 Guru Media En. Yassim bin Musa akan membentangkan berkenaan PSS SKSB 2 di BTPN Kuala Lumpur. Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan akan disampaikan sewaktu Pesta Buku Malaysia di PWTC KL. Link ke word press PSS SKSB 2 Sila Klik-GPBSKSB2
»»  read more

Sunday, 8 April 2012

AKTIVITI SANA SINI SK SERI BANDI 2


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7 Sesi 2012-2013 dirasmikan oleh Wakil Pengurus Besar KETENGAH Encik Mukhtar bin Che Ali pada 23 Mac 2012, hari Jumaat, pukul 2.30 petang dan bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. 



Pertandingan Action Song, Story Telling dan Public Speaking. Wakil SK Seri Bandi 2 menerima saguhati. Pertandingan di jalankan di SK Kemasek.

Pertandingan Bola Jaring peringkat PKG Kemasek. SK Seri Bandi 2 menjadi tuan rumah. Pertandingan ini bermula 26 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012. Pertandingan bermula jam 2.30 petang. Pasukan SK Seri Bandi 2 hanya layak ke suku akhir.
Acara Lari Halangan pertama Rangkak Biawak.
Acara Malam Bakat

Perkhemahan Unit Uniform antarara Rumah Sukan SK Seri Bandi 2. Bertempat di Padang SK Seri Bandi 2. Bermula pada 5 April 2012 hari Khamis dan berakhir pada 7 April 2012 hari Sabtu. Pertandingan yang di anjurkan ialah kawad kaki, masakan, balutan dan pertolongan cemas, ikatan, kem kraf, malam bakat, lari halangan dan kraftangan. Rumah Merah menjadi rumah terbaik keseluruhan, kedua rumah biru dan ketiga rumah kuning.  


»»  read more

Wednesday, 7 March 2012

PELANCARAN PROGRAM BULAN MEMBACA DAN NILAM SKSB 2 2012

Gimik Pelancaran NILAM 2012 SKSB 2 GB dan Guru Media menayangkan kain rentang Bulan Membaca

Khamis 8 Mac 2012 -  Membaca Menjana Minda Berinovasi merupakan tema Pelancaran NILAM SKSB 2 2012 . Pelancaran NILAM di anjurkan oleh Unit Pusat Sumber di bawah jawatankuasa NILAM. Penyelaras Program merupakan Guru Media Encik Yassim bin Musa dan Setiausaha Program Cik Najidah binti Mohd merupakan guru penyelaras NILAM. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Pelancaran Buletin Bulan Membaca, deklamasi sajak dan poem murid tahap 2, acara nyanyian lagu NILAM, penyerahan buku NILAM kepada guru-guru kelas, Bercerita Tahap 1 Bahasa Melayu dan Bercerita Tahap 1 Bahasa Inggeris. Matlamat utama program ini untuk memupuk minat membaca dan mencintai buku. Dengan kata lain mewujudkan budaya ulat buku di kalangan pelajar dan guru. -GPBSKSB2
»»  read more

Wednesday, 22 February 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Khamis 23 Feb - Kem Kepimpinan Pelajar untuk pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari telah dijalankan bermula hari ini hingga esok. Berbagai aktiviti dijalnkan seperti ceramah, riadah, senaman pagi dan lain-lain. Semoga Kem ini mencapai objektif yang disarankan. GAMBAR MASIH TIDAK DAPAT DARI JURUGAMBAR JADI SABARLAH DULU SABAR TU SEPARUH IMAN HARAP FAHAM.
»»  read more

Monday, 20 February 2012

ENGLISH WEEK AND SMART ENGLISH SKSB 2 2012

 Reading Story Books Competition Phase 2
 Reading Story Books Competition Phase 1
Headmaster gave an opening speech
Monday, 21st Feb. 2012 - SK Seri Bandi 2 English Department launch their English Week. The activities will bee conducted from 20 th. Feb. 2012 to 24th. Feb. 2012. These activities are to enhance English among the students and the teacher and also promote English language usage among them. Theme for this year are English is Fun. Many activities are being organised such as,drawing and colouring poster competition,  story reading,  Smart English, Spelling Bee and action song. All the activities can help students improve their spelling, increase their vocabularies, learn concepts and develop correct English usage that will help them all their lives. In addition, the competition also provides a platform for students to prepare and practice in becoming more efficient in organising, storing, and remembering new vocabulary items. - GPBSKSB2
»»  read more

Sunday, 19 February 2012

UJIAN PERMATA PINTAR UKM




19 Februari 2012 - Ujian Permata Pintar UKM 1 telah bermula di SK Seri Bandi 2. Seramai 30 orang murid telah dipilih dari tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid ini adalah yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh semasa peperiksaan akhir tahun 2011. Ujian in dikendalikan oelh Guru Penyelaras Bestari SK Seri Bandi 2. Semoga perjalanan ujian ini mendapat kerjasama dari pelajar, ibu bapa, semua penolong kanan dan guru-guru. Tanpa kerjasama anda semua Ujian ini tidak dapat berjalan dengan lancar. -GPBSKSB2 
»»  read more
[aku2.jpg]

LINK UNTUK BLOG PK KOKURIKULUM
PN. NAFISAH BINTI ISMAIL

»»  read more

Wednesday, 15 February 2012

KLINIK SKUASY 2012


Mohd. Azlan Iskandar (Baris tengah kiri sekali), Sofiah (Baris tengah 3 dari kiri) dan Mohd. Aidil Shahmi (Baris belakang kanan sekali)

 4 Februari 2012 - 2 0rang murid iaitu Sofiah binti Sharudin dan Mohd. Aidil Shahmi (Tahun 6) telah terpilih menyertai Klinik Skuasy yang dianjurkan oleh SK Rantau Petronas bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman. Sesi pengajaran sewaktu klinik ini diadakan telah dikendalikan oleh pemain skuasy kebangsaan iaitu Mohd Azlan Iskandar yang telah menjuarai Bluenose Squash Classic 2011 di Nova Scotia, Kanada dengan mengalahkan pemain Mesir Hisham Ashour.
»»  read more

Saturday, 11 February 2012

SAMBUTAN MAULUD NABI 2012 SKSB 2

 Peserta Perarakan Rumah Merah
Peserta Perarakan Rumah Kuning

Dari kanan Penolong Kanan HEM Pn. Jamilah binti Suri, Pn. Maznah binti Mohamad PK 1, AJK PIBG En. Alias bin Rashid dan Guru Besar Tn. Hj. Mohd. bin Senek turut sama menyertai Perarakan Maulidur Rasul.

9 Februari 2012 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Seri Bandi 2 telah berlangsung. dengan tema pada tahun ini Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Aktiviti adalah seperti tahun-tahun yang lain iaitu Pertandingan Menulis dan Mewarna Khat, Perarakan mengikut rumah sukan, Pertandingan Nasyid tahap satu dan dua, Ceramah Mulud, Penyampaian Cenderahati dan Makan Beradab. Seekor lembu telah disembelih hasil hadiah suami pemilik kantin SKSB 2 En. Zaid bin Ariffin.Pertandingan Perarakan , Nasyid Tahap satu dan dua di menangi oleh rumah merah. Pihak sekolah juga menjemput agensi luar untuk sma-sama menikmati hidangan.
»»  read more