Tuesday, 12 August 2014

SAMBUTAN HARI RAYA 2014


12 Ogos 2014 - Sambutan Hari Raya 2014 warga SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini dengan suasana yang meriah. Sambutan bermula jam 9 pagi dengan acara pertandingan baju raya tercantik dan nyanyian lagu-lagu raya yang dipesembahkan oleh murid-murid SK Seri Bandi 2. Turut diadakan jamuan rumah terbuka untuk warga sekolah dan rakan guru sekolah berhampiran juga dijemput hadir bagi memeriahkan suasana hari raya kali ini. Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang hadir. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini.
»»  read more

Wednesday, 18 June 2014

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR 2014


19 Jun 2014 - Murid-murid tahun 6 SK Seri Bandi 2  telah menyertai Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR  2014 yang diadakan selama empat hari bertempat di LE Village Resort, Kuantan, Pahang. Bengkel ini berlangsung dari 19 Jun hingga 12 Jun 2014. Bengkel ini merupakan anjuran TH Plantations Berhad bertujuan memberi pendedahan kepada murid tahun enam teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR nanti. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perladangan TH Plantations Berhad. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga mereka yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.
»»  read more

Monday, 19 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014


18 Mei 2014 - Sambutan Hari Guru 2014 peringkat sekolah disambut dengan meriah oleh murid-murid dan guru-guru SK Seri Bandi 2. Pelbagai acara diatur sempena sambutan hari guru pada kali ini. Sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan oleh para pentadbir sekolah. Kemudian diikuti dengan nyanyian lagu guru Malaysia oleh guu-guru. Acara sukaneka dan pertukaran hadiah turut diadakan serta persembahan dari guru-guru.


»»  read more

Sunday, 11 May 2014

MTQ PPKI

5 Mei 2014 - Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Nasaruddin Bin Khalil wakil Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dari SK Seri Bandi 2 kerana muncul sebagai johan hafazan al Quran dalam pertandingan MTQ PPKI daerah Kemaman. Beliau akan mewakili daerah Kemaman ke pertandingan peringkat  negeri.
»»  read more

Tuesday, 29 April 2014

Program Ceramah Dan Pameran Kesihatan 2014

 28 April 2014 ( Selasa)  - Bagi memberi pendidikan tentang kesihatan kepada warga SK Seri Bandi 2, satu program ceramah kesihatan telah diadakan pada hari ini. Program ini mendapat kerjasama dari Pusat Kesihatan Bandar Seri Bandi. Ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Dr Mohd Afiq Bin Mohd Fuad dari Pusat Kesihatan Bandar Seri Bandi. Turut diadakan pameran kesihatan berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat.
»»  read more

Wednesday, 23 April 2014

Program Inisiatif Membaca 2014



23 April 2014 ( Rabu ) - Program Inisiatif Membaca 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan  Sk Seri Bandi 2. Semua warga SK Seri Bandi 2 telah terlibat dalam Program Inisiatif Membaca 2014. Program ini dijalankan secara serentak seluruh negara dengan slogan "JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10MINIT".
»»  read more

Saturday, 19 April 2014

Perkhemahan Tahunan 2014



19 April 2014 ( Sabtu ) - Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2014 telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Padang SK Seri Bandi 2. Perkhemahan tahunan ini melibatkan 90 orang murid tahap 2. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa perkhemahan berlangsung , antaranya pertandingan memasak, kawad, gajet, perkhemahan terbaik, persembahan dan sebagainya. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil dari PPD Kemaman En. Ismail bin Muda pada hari terakhir perkhemahan.
»»  read more

Sunday, 13 April 2014

Tahniah SKSB 2


13 April 2014 (Ahad) - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Seri Bandi 2 kerana telah berjaya menjadi juara peringkat kumpulan B dalam pertandingan Bola Sepak Peringkat PKG Kemasek 2014. Pertandingan ini telah berlangsung di padang SK Seri Bandi 2. Pasukan ini telah dilatih oleh Cikgu Abu Talib Bin Baharuddin.


»»  read more

Saturday, 12 April 2014

Kem Bestari Solat Tahap 1 Siri 2



12 April 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri kedua telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12 tengah hari. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan praktikal solat secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah.
»»  read more

Kursus Kepimpinan 2014



10 April 2014 ( Khamis ) - Kursus kepimpinan telah dijalankan pada hari ini bertempat di Surau SK Seri Bandi 2. Kursus ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepimpinan kepada para pengawas sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan dalam kursus ini ialah sesi  Ceramah dan Latihan dalam kumpulan ( LDK ).
»»  read more

Sunday, 16 March 2014

MTQ PKG Kemasek 2014


16 Mac 2014 ( Isnin )  - Seramai 15 orang murid dari SK Seri Bandi 2 telah mewakili sekolah untuk menyertai beberapa acara yang dipertandingkan sempena MTQ PKG Kemasek pada kali ini. Antara acara yang disertai oleh murid SK Seri Bandi 2 ialah nasyid, hafazan, tilawah dan bercerita. SK Seri Bandi 2 telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan nasyid. Bagi acara lain ia dijalankan di SK Seri Bandi. Dalam pertandingan nasyid kumpulan nasyid dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat yang ke-4. Manakala bagi pertandingan bercerita perempuan Adik Nur Asyikin Ayuni Binti Muhd Yeng dan tilawah lelaki Adik Ahmad Bin Abdul Halim, wakil dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada murid SK Seri Bandi 2 yang berjaya dalam pertandingan MTQ PKG Kemasek pada tahun ini.
»»  read more

Saturday, 15 March 2014

KBS Tahap 1 Siri 1


15 Mac 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat yang merupakan aktiviti wajib di bawah program jQAF  untuk murid sekolah rendah telah dilaksanakan pada hari ini. Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri yang pertama ini telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 1.45 petang. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan solat zohor secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah.
»»  read more