Tuesday, 5 April 2016
PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6
5 APRIL 2016 - Satu program perjumpaan ibubapa murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Perjumpaan ini bertujuan memaklumkan kepada ibu bapa calon tentang pencapaian anak-anak mereka di dalam ujian OTI 1 yang diadakan minggu lepas. Seterusnya ibubapa mengadakan perjumpaan dengan guru-guru mata pelajaran teras untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak mereka bagi meningkatkan pencapaian anak masing-masing. Murid-murid calon UPSR 2016 turut melafazkan dan menandatangani ikrar kecemerlangan di hadapan ibubapa mereka bahawasanya mereka akan belajar bersungguh-sungguh.
RAWATAN PERGIGIAN
5 APRIL 2016 - Rawatan pergigian untuk murid-murid SK Seri Bandi 2 telah dijalankan hari ini dengan kerjasama Klinik Pergigian Cheneh. Rawatan gigi yang rosak diberi secara percuma kepada murid-murid yang terlibat bertempat di Bilik Kesihatan SK Seri Bandi 2. Turut diadakan tunjukcara penjagaan gigi yang betul oleh kakitangan Klinik Pergigian Cheneh.
Sunday, 3 April 2016
MTQ PENDIDIKAN KHAS DAERAH KEMAMAN 2016
4 APRIL 2016 - Tahniah diucapkan kepada Adik Syawal dari SK Seri Bandi 2 kerana berjaya mendapat Naib Johan untuk pertandingan azan dalam pertandingan MTQ Pendidikan Khas Daerah Kemaman 2016 yang berlangsung di SMK Geliga.
Friday, 1 April 2016
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016
Sunday, 27 March 2016
PELANCARAN TABUNG SAYANG DI SAYANG 2016
27 MAC 2016 - Hari ini berlangsung pelancaran Tabung Sayang di Sayang untuk membolehkan warga SK Seri Bandi 2 memberi sumbangan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad.
Wednesday, 23 March 2016
HADIAH UTAMA NILAM 2016
22 MAC 2016 - Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat Chukai Kemaman di atas tajaan hadiah utama progam NILAM SK Seri Bandi 2 bagi tahun 2016. Hadiah sebuah basikal ini akan diberikan kepada murid yang paling banyak membaca dalam program NILAM 2016 SK Seri Bandi 2.
Monday, 21 March 2016
CERAMAH KESELAMATAN ELEKTRIK
TERIMA KASIH ABANG MILO
Sunday, 20 March 2016
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2016
20 MAC 2016 - Tahniah diucapkan kepada kontijen SK Seri Bandi 2 yang telah berjaya mendapat 1 emas 4 perak dan 3 gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kemaman 2016 baru-baru ini. Secara keseluruhan SK Seri Bandi 2 mendapat tempat kesembilan daripada 47 buah sekolah rendah yang menyertai kejohanan tersebut. Dua orang murid SK Seri Bandi 2 terpilih mewakili daerah Kemaman dalam MSST nanti.
Tuesday, 8 March 2016
SOLAT GERHANA MATAHARI
9 MAC 2016 - Warga SK Seri Bandi 2 turut mengadakan solat gerhana matahari seiring dengan peristiwa gerhana matahari yang berlaku pada hari ini bertempat di surau sekolah. Sebelum itu penerangan berkaitan dengan fenomena gerhana matahari telah disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Bin Musa guru sains SK Seri Bandi 2. Manakala penerangan ringkas kaifiyat solat gerhana matahari telah disampaikan oleh Ustaz Anwar Bin Jusoh.
Friday, 4 March 2016
PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)













