Thursday, 20 April 2017

SUKAN TAHUNAN SKSB 2 KALI KE 13


20 April 2017 - Program Sukan Tahunan SKSB 2 kali ke-13 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Perasmian sukan tahunan ini telah dilakukan oleh Tuan Haji Roshali Bin Tahar, Penyelaras DUN Kijal, Kemaman. Beberapa acara sukan telah dipertandingkan pada kali ini antaranya acara lari 100M, 4x100M dan acara sukaneka. Semua murid terlibat dalam acara yang dipertandingakan. Pasukan Rumah Biru muncul sebagai Johan keseluruhan.  
»»  read more

Wednesday, 19 April 2017

PROGRAM EKSPLORASI ANA MUSLIM 2017


19 APRIL 2017 - Satu program kolaborasi di antara Penerbit Majalah Ana Muslim dengan Pusat Sumber Sekolah SKSB 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Program Eksplorasi Ana Muslim bertujuan menggalakkan murid-murid membaca bahan-bahan bacaan yang berfaedah. Antara aktiviti yang dijalankan di dalam program ini ialah pertandingan kuiz dan mewarna. Pihak Majalah Ana Muslim juga menyampaikan sumbangan bahan bacaan berupa buku untuk Pusat Sumber sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak Penerbit Majalah Ana Muslim.
»»  read more

Tuesday, 18 April 2017

PERARAKAN ASPRESIASI KOKURIKULUM 2017



18 APRIL 2017 - Satu perarakan kokurikulum yang melibatkan murid-murid tahap dua serta guru-guru SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bermula jam 2.30 petang. Perarakan ini berlangsung di sekitar kawasan kampung yang berhampirang dengan sekolah. Perarakan ini merupakan aktiviti dalam Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan Aspresiasi Kokurikulum yang diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Negeri Terengganu.
»»  read more

Thursday, 13 April 2017

ENGLISH CARNIVAL 2017


13 APRIL 2017 – Tahniah kepada murid SK Seri Bandi 2 yang berjaya mendapat tempat ke-dua pertandingan Scrabble sempena dengan English Carnival 2017 peringkat PKG Kemasek, Kemaman. 
»»  read more

Thursday, 6 April 2017

PROGRAM GERM BUSTER 2017


6 APRIL 2017 – Program Germ Buster Doktor Muda SK Seri Bandi 2 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah diadakan pada hari ini. Murid-murid diberi tunjuk ajar cara yang betul untuk membasuh tangan bagi mengelakkan keracunan makanan. Turut diadakan ceramah berkaitan dengan penjagaan dan pemilihan makanan yang sihat dan tidak tercemar oleh pegawai kesihatan. 
»»  read more

Wednesday, 5 April 2017

YES 4G 2017


5 APRIL 2017 – Majlis penyerahan telefon 4G Altitude Yes kepada semua guru SK Seri Bandi 2 telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran SK Seri Bandi 2. Telefon ini diberikan kepada semua guru oleh pihak YTL di bawah program 1Bestarinet Fasa 2 untuk kegunaan PdP frogvle.
»»  read more

Sunday, 2 April 2017

MTQ PKG KEMASEK 2017


2 APRIL 2017 - Tahniah kepada pasukan nasyid SK Seri Bandi 2 yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid sempena MTQ KG Kemasek 2017. MTQ pada tahun ini dijalankan di SK Payoh sebagai tuan rumah.  
»»  read more

Friday, 31 March 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2017


31 MAC 2017 - Majlis Penutup Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Bandi 2 telah dirasmikan oleh Encik Mohd Akma Rizan Bin Mat Hussin, Penyelia KoKurikulum, PPD Kemaman bertempat di Astaka Terbilang SKSB 2. Turut hadir memeriahkan majlis penutup ialah YDP PIBG SKSB 2, Encik Noramat Bin Jusoh. Perkhemahan yang berlangsung selama dua hari satu malam ini melibatkan tiga unit beruniform iaitu Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. Seramai 96 orang peserta telah mengambil bahagian dalam perkhemahan pada tahun ini.
»»  read more

Tuesday, 28 March 2017

PELANCARAN MINGGU PENCEGAHAN DADAH 2017


28 MAC 2017 - Pelancaran Minggu Pencegahan Dadah 2017 peringkat SK Seri Bandi 2 telah dilancarkan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. Antara objektif minggu pencegahan dadah ini dilaksanakan adalah untuk mendidik murid-murid berkaitan bahaya penggunaan dadah. 
»»  read more

Friday, 10 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 12


10 Mac 2017 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 SK Seri Bandi 2 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Roshali Bin Tahar, Setiausaha Penyelaras DUN Kijal yang mewakili YB Dato Seri Haji Ahmad Bin Said, ADUN Kijal. Turut hadir Encik Ismail Bin Salleh, Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Kemaman. Kehadiran ibubapa pada kali ini amat menggalakkan. 
»»  read more

Wednesday, 1 March 2017

GOTONG ROYONG CEGAH AEDES


1 MAC 2017 - Warga SK Seri Bandi 2 telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah untuk membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes yang ada di kawasan sekolah. Gotong royong selama satu jam ini bertujuan untuk mendidik murid-murid SK Seri Bandi 2 agar menjaga kebersihan dan membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan merebaknya demam denggi dalam kalangan manusia.
»»  read more

Monday, 27 February 2017

AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100


27 FEB 2017 - Agihan bantuan wang persekolah RM100 setiap murid yang layak telah dijalankan pada hari ini. Wang bantuan ini bertujuan meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan sekolah anak masing-masing. Ibu bapa murid yang layak telah hadir untuk menerima bantuan tersebut.
»»  read more