Wednesday, 28 August 2019
BOLA TAMPAR PEREMPUAN BAWAH 11
Tuesday, 27 August 2019
Tuesday, 6 August 2019
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2019
6 OGOS 2019 - Pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan 2019 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dataran Gemilang SK Seri Bandi 2. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Encik Noramat Bin Jusoh, YDP PIBG SK Seri Bandi 2. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, kuiz kemerdekaan, pakaian beragam dan sebagainya.
Friday, 19 July 2019
KEM KECEMERLANGAN 2 UPSR 2019
19 JUL 2019 - Selama dua hari murid tahun enam SK Seri Bandi 2 telah menyertai Kem Kecemerlangan 2 UPSR 2019 yang berlangsung di Mayang Sari Beach Resort, Dungun. Murid tahun enam diberi pendedahan format soalan-soalan UPSR yang akan mereka duduki pada awal bulan September nanti.
Thursday, 4 July 2019
Wednesday, 19 June 2019
TAHNIAH PASUKAN BAHAS SESDI 2019
19 JUN 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas SESDI kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Negeri Terengganu 2019. Pertandingan ini berlangsung di SK Sura, Dungun. Pasukan SK Seri Bandi 2 telah diwakili oleh Muhammad Khairul Afif Bin Mohd Hairil, Norbahiyah Najwa Binti Abu Sufian dan Nur Nabilah Binti Mohd Muliandy.
Tuesday, 18 June 2019
MAJLIS PERSARAAN GPK KO
18 JUN 2019 - Majlis Persaraan Puan Fatimah Hamzah GPK Ko Kurikulum telah berlangsung dengan meriahnya pada hari ini. Majlis persaraan dimulakan dengan perarakan beliau mengelilingi kawasan Seri Bandi sehingga ke sekolah dengan menaiki hilux serta diiringi kereta peronda polis. Beliau bertugas di SK Seri Bandi 2 bermula tahun 2012 sehingga bersara pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Pn Fatimah Hamzah. Jasamu tetap dikenang.
Thursday, 2 May 2019
SAMBUTAN HARI GURU 2019
Monday, 29 April 2019
MOTIVASI PENGARAH JPNT
Thursday, 11 April 2019
TAHNIAH KUMPULAN NASYID SESDI 2019
11 APRIL 2019 - Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid Al Kauthar dari SK Seri Bandi 2 kerana berjaya meraih tempat ke-3 dalam pertandingan nasyid peringkat daerah Kemaman. Pertandingan ini telah diadakan di SK Kuala Kemaman, Kemaman.
Tuesday, 2 April 2019
SMART ENGLISH COMPETITION YDSM ZON 2 2019
2 APR 2019 - SK Seri Bandi 2 telah menjadi tuan rumah bagi program Smart English Competition YDSM Zon 2 pada tahun ini. Sebanyak 13 buah sekolah dari Daerah Kemaman telah menyertai pertandingan ini. Pasukan dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat ke-3 untuk Zon II pada tahun ini.
Thursday, 21 March 2019
MTQ PKG KEMASEK 2019
21 MAC 2019 - Tahniah kepada pasukan MTQ SK Seri Bandi 2 kerana menjadi Naib Johan dalam pertandingan Nasyid dan juga mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bercerita kategori lelaki sempena MTQ PKG Kemasek, Kemaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)













