Wednesday, 23 March 2011

BI Contest 2011





»»  read more

Tuesday, 8 March 2011

TEKNIK MEMBACA BERKESAN KHAS UNTUK CALON UPSR

Berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan serta kualiti pembelajaran anda:

Teknik Membaca PQRST
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya.
Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri)

MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)

UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Membaca Dengan Berkesan: Panduan Umum

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal
Tumpukan perhation kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya.


Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

PEMBACA YANG BAIK

Pembaca yang baik adalah yang:

· Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.

· Memastikan semua bacaan yang dibacanya difahami dengan sepenuhnya.

· Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam hidupannya seharian.

Peringatan

· Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya diaja oleh guru di kelas atau kertas amali sebelum masuk makmal.

· Sewaktu membaca garis atau catat isi-isi pentingnya.

· Sediakan soalan-soalan jika perlu.



»»  read more

Sunday, 6 March 2011

KARTUN

»»  read more

Penyampaian Hadiah Sempena Hari Lahir Bulan Mac 2011 Dari Majlis Guru Dan Kakitangan Sksb2...Hadiah Disampaikan Oleh Guru Besar

Penyampaian hadiah dari MGKT SKSB 2 oleh Guru Besar kepada Cikgu Noraliza kerana mendapat cahaya mata yang baru






»»  read more

Majlis Hari Lahir Untuk Pelajar





»»  read more

Thursday, 3 March 2011

Persembahan Hari Guru 2009

»»  read more

Lagu Satu Malaysia Universiti Lim Kok Wing

»»  read more

Wednesday, 2 March 2011

LAMAN WEB PSS 2006

Laman Web kenangan SKSB 2 2006
http://www.angelfire.com/planet/sksb2/
»»  read more