26 MEI 2016 - Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelma, Kelab Agama dan Panitia Pendidikan Islam SK Seri Bandi 2 telah mengadakan program ceramah awal Ramadhan kepada murid-murid SK Seri Bandi 2. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Anwar Bin Jusoh bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2.
Wednesday, 25 May 2016
Monday, 23 May 2016
SOLAT HAJAT UPSR 2016
Wednesday, 18 May 2016
BIMBINGAN KELAB DOKTOR MUDA
19 MEI 2016 - Kelab Doktor Muda SK Seri Bandi 2 telah menerima kunjungan dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu pada hari ini. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membuat pemantauan dan bimbingan perjalanan Kelab Doktor Muda sekolah. Rombongan ini telah disambut oleh Pn Fatimah Hamzah GPK Kokurikulum dan En Shaiful Azly Ramby selaku penyelaras Kelab Doktor Muda SKSB 2.
Tuesday, 17 May 2016
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
17 MEI 2016 - Program ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. Ceramah ini bertujuan mengingati semula peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam Islam antaranya peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Khalid bin Yakub.
Monday, 16 May 2016
SAMBUTAN HARI GURU 2016
Sunday, 15 May 2016
Saturday, 14 May 2016
PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI KE 3
15 MEI 2016 - Perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini telah diadakan buat kali ke-3 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Seri Bandi 2 pada hari ini. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan untuk murid-murid tahun enam pada tahun ini bagi memastikan mereka bersedia menghadapi UPSR nanti.
KEM BESTARI SOLAT 2016
Wednesday, 11 May 2016
TAHNIAH PASUKAN BI SKSB 2
Tuesday, 10 May 2016
GOTONG ROYONG CERIA KANTIN
10 MEI 2016 - Satu program gotong royong menceriakan kantin sekolah telah dilaksanakan pada hari ini oleh guru-guru SKSB 2. Gotong royong ini bertujuan mempersiapkan kantin sekolah yang akan menyertai pertandingan kantin terbaik peringkat Daerah Kemaman pada bulan Mei ini. Semoga kantin SK Seri Bandi 2 akan menjadi johan dalam pertandingan tersebut.
Sunday, 8 May 2016
PELANCARAN MINGGU MBMMBI 2016
9 MEI 2016 - Pelancaran minggu MBMMBI 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 telah disempurnakan hari ini oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SKSB 2 bertempat di Dewan Gemilang. Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Bin Jusoh. Kemudian diikuti dengan penerangan minggu MBMMBI oleh En Mohd Shaf Azan Bin Shafie, Guru Penyelaras Program MBMMBI. Seterusnya gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.
Thursday, 5 May 2016
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 12
Subscribe to:
Posts (Atom)