22 JUN 2017 - Majlis penutup program Ramadhan 2017 telah dijalankan hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah khatam al Quran bagi murid yang menyertai tadarus al Quran sepanjang bulan Ramadhan dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz bulan Ramadhan.
Thursday, 22 June 2017
Tuesday, 20 June 2017
PROGRAM TEMUMURNI 2017
20 JUN 2017 - Program Temu Murni guru bersama ibu bapa murid tahun 6 SK Seri Bandi 2 telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Program ini merupakan program tahunan untuk mempertemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka bagi membincangkan perkembangan pembelajaran anak masing-masing yang bakal menduduki UPSR nanti.
Sunday, 18 June 2017
PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN 2017
19 JUN 2017 - Beberapa aktiviti telah diatur oleh Kelab Agama SK Seri Bandi 2 untuk mengisi masa rehat murid sepanjang Ramadhan kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tadarus al Quran yang disertai oleh murid yang telah khatam al Quran bersama-sama dengan guru pembimbing, bacaan surah-surah Juz Amma oleh murid-murid tahap satu dan juga kuiz Ramadhan. Aktiviti ini dijalankan pada waktu rehat setiap hari sepanjang Ramadhan.
Thursday, 15 June 2017
MAJLIS BERBUKA PUASA MGKT 2017
15 JUN 2017 - MGKT SK Seri Bandi 2 telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk warga MGKT SK Seri Bandi 2 pada hari ini bertempat di Restoran Cahaya, Chukai, Kemaman. Hampir kesemua warga MGKT SK Seri Bandi 2 hadir bersama-sama ahli keluarga untuk memeriahkan majlis berbuka puasa kali ini. Warga MGKT SK Seri Bandi 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang sudi menaja majlis berbuka puasa pada tahun ini.
Wednesday, 14 June 2017
PEMANTAUAN PEGAWAI BTPN TERENGGANU 2017
14 JUN 2017 - Unit PSS dan Unit ICT SK Seri Bandi 2 telah menerima kunjungan dua orang pegawai dari BTP Negeri Terengganu. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membuat pemantauan pelaksanaan program di bawah unit PSS dan juga unit ICT sekolah. Beberapa maklumat berkaitan dan juga perkongsian untuk menambahbaikan program PSS dan ICT telah diutarakan oleh pegawai tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)