Monday, 6 February 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017


5 JAN 2017 - Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat SK Seri Bandi 2 berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Program yang dilancarkan serentak di seluruh negara ini merupakan program Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) bertujuan memperkasakan kehadiran murid ke sekolah dengan menghindari gejala ponteng dan salah laku disiplin serta jenayah. Majlis pelancaran dimulai dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, bacaan ikrar dan bacaan beberapa perutusan sempena pelancaran program. Turut diadakan simbolik penyerahan peti aduan untuk membolehkan murid menulis aduan berkaitan kesalahan disiplin. Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Sarjan Nurul Aizzat Nadiana dari IPD Kemaman. 

0 comments:

Post a Comment