19 JUN 2017 - Beberapa aktiviti telah diatur oleh Kelab Agama SK Seri Bandi 2 untuk mengisi masa rehat murid sepanjang Ramadhan kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tadarus al Quran yang disertai oleh murid yang telah khatam al Quran bersama-sama dengan guru pembimbing, bacaan surah-surah Juz Amma oleh murid-murid tahap satu dan juga kuiz Ramadhan. Aktiviti ini dijalankan pada waktu rehat setiap hari sepanjang Ramadhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment