19 JUN 2017 - Beberapa aktiviti telah diatur oleh Kelab Agama SK Seri Bandi 2 untuk mengisi masa rehat murid sepanjang Ramadhan kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tadarus al Quran yang disertai oleh murid yang telah khatam al Quran bersama-sama dengan guru pembimbing, bacaan surah-surah Juz Amma oleh murid-murid tahap satu dan juga kuiz Ramadhan. Aktiviti ini dijalankan pada waktu rehat setiap hari sepanjang Ramadhan.
Sunday, 18 June 2017
Thursday, 15 June 2017
MAJLIS BERBUKA PUASA MGKT 2017
15 JUN 2017 - MGKT SK Seri Bandi 2 telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk warga MGKT SK Seri Bandi 2 pada hari ini bertempat di Restoran Cahaya, Chukai, Kemaman. Hampir kesemua warga MGKT SK Seri Bandi 2 hadir bersama-sama ahli keluarga untuk memeriahkan majlis berbuka puasa kali ini. Warga MGKT SK Seri Bandi 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang sudi menaja majlis berbuka puasa pada tahun ini.
Wednesday, 14 June 2017
PEMANTAUAN PEGAWAI BTPN TERENGGANU 2017
14 JUN 2017 - Unit PSS dan Unit ICT SK Seri Bandi 2 telah menerima kunjungan dua orang pegawai dari BTP Negeri Terengganu. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membuat pemantauan pelaksanaan program di bawah unit PSS dan juga unit ICT sekolah. Beberapa maklumat berkaitan dan juga perkongsian untuk menambahbaikan program PSS dan ICT telah diutarakan oleh pegawai tersebut.
Thursday, 25 May 2017
DI AMBANG RAMADHAN 2017
Tuesday, 16 May 2017
SAMBUTAN HARI GURU 2017
Tuesday, 2 May 2017
KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2017
Thursday, 20 April 2017
SUKAN TAHUNAN SKSB 2 KALI KE 13
20 April 2017 - Program Sukan Tahunan SKSB 2 kali ke-13 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Perasmian sukan tahunan ini telah dilakukan oleh Tuan Haji Roshali Bin Tahar, Penyelaras DUN Kijal, Kemaman. Beberapa acara sukan telah dipertandingkan pada kali ini antaranya acara lari 100M, 4x100M dan acara sukaneka. Semua murid terlibat dalam acara yang dipertandingakan. Pasukan Rumah Biru muncul sebagai Johan keseluruhan.
Wednesday, 19 April 2017
PROGRAM EKSPLORASI ANA MUSLIM 2017
Tuesday, 18 April 2017
PERARAKAN ASPRESIASI KOKURIKULUM 2017
Thursday, 13 April 2017
ENGLISH CARNIVAL 2017
13 APRIL 2017 – Tahniah kepada murid SK Seri Bandi 2 yang
berjaya mendapat tempat ke-dua pertandingan Scrabble sempena dengan English
Carnival 2017 peringkat PKG Kemasek, Kemaman.
Thursday, 6 April 2017
PROGRAM GERM BUSTER 2017
6 APRIL 2017 – Program Germ Buster Doktor Muda SK Seri
Bandi 2 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah diadakan pada
hari ini. Murid-murid diberi tunjuk ajar cara yang betul untuk membasuh tangan bagi
mengelakkan keracunan makanan. Turut diadakan ceramah berkaitan dengan penjagaan
dan pemilihan makanan yang sihat dan tidak tercemar oleh pegawai kesihatan.
Wednesday, 5 April 2017
YES 4G 2017
5 APRIL 2017 – Majlis penyerahan telefon 4G Altitude Yes
kepada semua guru SK Seri Bandi 2 telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran SK
Seri Bandi 2. Telefon ini diberikan kepada semua guru oleh pihak YTL di bawah
program 1Bestarinet Fasa 2 untuk kegunaan PdP frogvle.
Subscribe to:
Posts (Atom)













