Transformasi Bilik Panitia Bahasa Melayu
Bilik Panitia Bahasa Melayu dengan rasminya dibuka pada 05 April 2009 oleh Guru Besar SKSb 2 En. Affandi bin Kamaruddin. Sebelum dari upacara Perasmian diadakan acara penutupan Minggu Bahasa Melayu dan acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Majlis bermula selepas rehat iaitu pukul 10.20 hingga pukul 12.30 tengahari. Pukul 1.20 tgh. semua guru dijamu dengan jamuan ringan dikantin. Apa yang menarik dalam acara perasmian ini semua guru diberi bunga telur sebagai cenderamata. Syabas kepada Puan Maznah yang menerajui Panitia Bahasa Melayu dan berjaya memartabatkan Panitia BM ke tahap yang tinggi. 'Martabatkan Bahasa Kita'.
-abuzPBSKSB2
0 comments:
Post a Comment