Monday 21 February 2011

RENUNGAN

Tanda-Tanda Kematian  

100 hari sebelum hari mati.   
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya  akan disedari oleh 
mereka-mereka yang dikehendakinya.  Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat 
tanda ini cuma  samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku  lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut  sehingga ke hujung kaki 
akan mengalami getaran atau seakan-akan  mengigil.  Contohnya seperti daging lembu yang
baru disembelih dimana jika  diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging 
tersebut  seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar  dan 
berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka  getaran ini akan 
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan  kehadiran tanda ini. 
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau  mereka yang hanyut dengan kenikmatan 
tanpa memikirkan soal  kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah  peluang 
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk  mempersiapkan diri dengan amalan 
dan  urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.  

40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita  akan 
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita  akan gugur dari 
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka  malaikat maut akan mengambil 
daun tersebut dan mula membuat  persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan 
mula mengikuti  kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan  
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka  yang terpilih 
ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.  Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk  mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah 
nyawa yang akan  dicabutnya.     

7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah 
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera 
untuk makan.  

3 hari 
Pada ketika ini akan terasa  denyutan di bahagian tengah dahi kita  iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 
Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita 
tidak mengandungi banyak najis  dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan 
memandikan kita nanti. Ketika  ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar 
lagi dan bagi orang yang  sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat 
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan 
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu  denyutan di sebelah 
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini  menandakan kita tidak akan sempat 
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.  

Tanda akhir  
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan
satu keadaan sejuk  di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan  naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah  
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk  menjemput 
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan  sekarang akan 
mematikan pula.  
 
PENUTUP 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT  semuga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan  diberi 
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat 
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari  Allah SWT mahupun 
dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang  piutang kita. 
Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha  berkuasa lagi pemurah 
lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu 
masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu  samada doa dari kita sendiri ataupun 
doa dari orang lain. Namun ianya adalah  ketentuan Allah SWT semata-mata.  
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita  diberi hidayah 
dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan  kesihatan tubuh badan dan 
juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari  keredhaan Allah SWT samada di dunia 
mahupun akhirat.  Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang  
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.  
WALLAHUA`LAM  Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati  
hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian  kita. 
Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.  
Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita  
semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.  
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri  saya sendiri 
dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah  kita ingat mengingat 
sesama kita selagi mampu. 

0 comments:

Post a Comment