Wednesday 13 April 2011

PERASMIAN PRASEKOLAH SKSB 2

Encik Zakaria bin Muda, Guru Besar Encik Affandi bin Kamaruddin dan YM Syed Mohamad bin Tuan Sulong pengerusi PEWARIS Prasekolah sedang bersama ibu bapa murid prasekolah memotong kek hari lahir.
Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah JPNT Encik Zakaria bin Muda sedang menandatangani Plak Perasmian Prasekolah SKSB 2.

Encik Zakaria bin Muda sedang memotong ribon sebagai gimik perasmian Prasekolah SKSB 2.

Khamis 14 April 2011 , Majlis Perasmian Prasekolah SK Seri Bandi 2 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis bermula pukul 9.00 pagi dengan kehadiran ibubapa. 9.45 pagi ketibaan Penyelia Kanan Prasekolah, JPNT dan ketibaan Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah En. Zakaria bin Muda. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, tayangan slaid, ucapan pengerusi PEWARIS Prasekolah YM Syed. Mohamad bin Tn. Sulong, ucapan guru besar En. Affandi bin Kamaruddin dan ucapan perasmian En. Zakaria bin Muda. Seterusnya majlis perarakan tetamu kehormat ke prasekolah sksb2 dengan iringan paluan kompang murid tahun 6 dan bunga manggar oleh murid prasekolah. Tiba di pintu gerbang prasekolah acara potong ribon dijalankan sebagai gimik perasmian. Kemudian lawatan dalam kelas prasekolah dan bacaan surah lazim oleh murid prasekolah. Seterusnya sambutan Hari Lahir Murid Prasekolah yang lahir bulan Januari hingga Mac. Acara seterusnya penyampaian cenderamata dan jamuan makan.

0 comments:

Post a Comment