Saturday 14 May 2011

Pertandingan Silat peringkat Negeri Terengganu

Antara Juri yang terlibat dalam pertandingan

Pasukan Gendang Silat SKSB 2

13 Mei 2011, Jumaat- Pertandingan Silat peringkat negeri Terengganu dibawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan dari 13-15 Mei 2011 bertempat di SMA Marang. Semua 8 buah daerah seluruh Terengganu telah menghantar peserta masing-masing. Pertandingan adalah dalam berbagai kategori. Kategori tempur lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah, kategori seni tari lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah, jurus wajib lelaki sekolah menengah dan jurus masal perempuan sekolah menengah serta muzik silat. Peserta yang memenangi kategori yang dipertandingkan akan layak mewakili Terengganu ke Sarawak untuk pertandingan peringkat kebangsaan. SK Seri Bandi 2 mewakili kemaman dalam pertandingan muzik silat dan mendapat tempat ketiga. Tiga orang murid telah menyertai kategori ini iaitu Ahmad Idham pemain gong, Mohd. Azril pemain gendang ibu dan Mohd. Adam Naim pemain gendang anak. Pasukan dari daerah Dungun mendapat juara keseluruhan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan yang tidak berjaya usaha lagi di tahun hadapan.

0 comments:

Post a Comment