Thursday 21 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015


18 MEI 2015 ( ISNIN ) - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini disambut meriah oleh warga SK Seri Bandi 2. Sambutan telah diadakan di Dewan Gemilang SKSB 2 bermula jam 8.00 pagi. Turut memeriahkan sambutan ini ialah YDP PIBG SK Seri Bandi 2 dan beberapa orang wakil PIBG. Sambutan dimulai dengan aturcara rasmi majlis dengan bacaan beberapa perutusan dan juga ucapan dari YDP PIBG. Majlis diteruskan dengan acara potong kek yang disumbangkan oleh beberapa pihak. Antara yang menyumbang kek sempena hari guru kali ini ialah dari PIBG, Bank Rakyat Chukai dan lain-lain. Setelah itu sambutan diteruskan dengan permainan sukaneka , persembahan murid dan guru. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dan mereka yang menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini.

0 comments:

Post a Comment