Monday 21 March 2016

CERAMAH KESELAMATAN ELEKTRIK


22 MAC 2016 - Program ceramah keselamatan elektrik untuk murid sekolah telah diadakan pada hari ini oleh TNB Terengganu bertempat di Dewan SK Seri Bandi 2. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Abd Aziz Bin Abdullah, Jurutera Keselamatan TNB Negeri Terengganu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada TNB Negeri Terengganu kerana memilih SK Seri Bandi 2 untuk mengadakan ceramah tentang keselamatan elektrik kepada murid SK Seri Bandi 2. 

0 comments:

Post a Comment