Thursday 9 February 2017

CAKNA UPSR 2017


8 FEB 2017 - Satu perjumpaan guru tahun enam bersama dengan ibubapa murid tahun enam SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat. Perjumpaan ini bertujuan memberi penerangan dan taklimat kepada ibubapa berkaitan dengan program-program yang akan dilaksanakan untuk murid-murid tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2017. Terdapat beberapa program yang dirancang  akan melibatkan ibubapa calon untuk turut serta menjayakan program tersebut. Penerangan dan taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras UPSR En Shaiful Azli Bin Ramby. Sambutan dan kehadiran ibubapa calon dalam perjumpaan Cakna UPSR 2017 ini amat menggalakkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang dapat menghadiri diri dalam perjumpaan Cakna UPSR ini. 

0 comments:

Post a Comment