Saturday 6 March 2010

Kursus PERASA SKSB 2 2010 BTP Port Dickson

Semua peserta Kursus, Fasilitator, Timbalan Pengarah BTP NS dan Ketua Sektor Unit Psikoologi dan Kaunseling JPNS bergambar kenangan.

SKSB 2 telah menganjurkan Program Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) bertarikh 04-05 Mac di BTP Port Dickson Negeri Sembilan. Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, mewujudkan kumpulan pekerja yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif, bersifat penyayang, bersabar, berfikiran positif, empati dan asertif. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Sentuhan Insan, Cut Apple A, Simulasi X/Y, Jalinan Kasih, Kembara dan Persembahan Adat Istiadat Budaya Melayu. Fasilitator yang terlibat ialah Encik Jamaluddin bin Abdul Ghani, Encik Ramadzan bin Mohd. Yusof, Encik Roslee bin Hj. Ahmad dan Tn. Hj. Mohd. Zhaffar bin Hussin. Bagi pihak SKSb 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan pelajaran Negeri Sembilan, Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNS, Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson, Unit Psikologi dan Kaunseling PPD PD, Bahagian Teknologi dan Pendidikan Negeri Sembilan dan Fasilitator-fasilitator kerana kerjasama yang diberikan sepanjang kursus ini.

0 comments:

Post a Comment