Tuesday 2 March 2010

PELANCARAN NILAM DAN PROGRAM 1 MURID 1 BUKU

Cikgu Abdullah sedang memberi penerangan berkenaan Program NILAM disaksikan oleh PK 1 , Cikgu Roshan (Guru perpustakaan) dan Cikgu Zukri (Guru Media)
Gimik Pelancaran Kempen 1 Buku 1 Murid. PK 1 sedang menyampaikan buku bakul kepada Ketua Pengawas Pusat Sumber Norashikin binti Mamat disaksikan oleh Guru Media Cikgu Zukri.


Khamis, 25 Feb 2010 pukul 10.20 pagi bertempat di Dewan Gemilang berlangsungnya Perasmian Program 1 Buku 1 Murid. Program ini dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 En. Tajudin bin Mohamad. Tujuan program untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penerima Anugerah NILAM ke tahap emas dan meningkatkan jumlah Rakan Pembaca. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa NILAM yang dipengerusikan oleh Cikgu Abdullah. Diharapkan Program ini akan membuka minda pelajar untuk minat membaca.


0 comments:

Post a Comment