Thursday 5 August 2010

HARI TERBUKA SKSB 2 2010

Berani -Adik Shafik sedang mencuba Flying Fox yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerteh



Pada 09 Julai 2010 hari Jumaat SKSb 2 telah mengadakan aktiviti Hari Terbuka sempena menyambut ulang tahun sekolah ke 6. Masa diadakan aktiviti ini adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di padang sekolah, Dewan Gemilang dan Dataran Terbilang. Aktiviti yang dijalankan ialah Jualan telefon Bimbit, buku, komputer, Avon, kerongsang, makanan, minuman dan sebagainya. Agensi-agensi kerajaan dan swasta turut terlibat mengadakan pameran seperti pasukan bomba, polis, pusat kesihatan, antidadah Kebangsaan, Ke tengah, Bank Islam dan Astro. Pameran dari SKSB 2 ialah pameran bilik-bilik khas. Ada juga gerai hiburan seperti gerai karaoke dan gerai lagu permintaan. Beberapa acara pertandingan turut dijalankan seperti Bayi Comel, Teka Kacang dan Teka Betik. Yang menarik minat pengunjung ialah gerai permainan seperti gerai dart, gerai kereta kawalan jauh, sepak bola dalam gol, baling tin dan Paintball. Pengunjung dianggarkan 1000 orang. Acara yang tidak kurang menarik minat pengunjung ialah terjun maut dan Flying Fox.

1 comments:

  • seribandionline says:
    10 August 2010 at 22:21

    menarik..diharapkan lebih banyak aktiviti dijalan utk masa hadapan..

Post a Comment