Saturday 21 August 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA SK SERI BANDI 2 2010

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohamad sebelum berbuka

16 Ogos 2010 (Isnin) - Majlis Berbuka Puasa adalah menjadi lumrah kepada agensi-agensi kerajaan atau swasta untuk diadakan. Justeru itu, SKSB 2 telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran sekolah dan Majlis Guru & Kakitangan SKSB 2. Majlis dimulakan dengan perjumpaan ibu bapa tahun 6 di Dewan Gemilang. Seterusnya ucapan Guru Besar dan penyampaian hadiah kepada pelajar dan ibu bapa tahun 6 yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan OTI. Seterusnya, bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohamad guru KAFA SKSB 2. Bila tiba waktu berbuka semua hadirin dan hadirat mula menjamu selera. Majlis seterusnya ialah sembahyang maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Yasin, solat Isyak berjemaah dan solat terawih. Majlis diakhiri dengan moreh dikantin sekolah.

0 comments:

Post a Comment