Saturday 21 August 2010

MAJLIS PELANCARAN BLOG DAN SUARA SESDI SKSB 2 2010


PK1 SKSB 2 Cikgu Tajudin sedang memukul gong sebagai rasmi
Pelancaran Blog Sekolah dan Suara SESDI SKSB 2 2010
PK 1 Cikgu Tajudin sedang menyampaikan Suara SESDI kepada Pn. Roslina Hanafi mewakili guru kelas 1 Nilam disaksikan oleh En. Abu Kassim ketua pengarang Suara SESDI Edisi 1 2010.

19 Ogos 2010 (Khamis) - Satu majlis Pelancaran Blog Sekolah dan Suara Sesdi (majalah sekolah) telah diadakan di Dewan Gemilang. Majlis ini adalah anjuran Jawatankuasa Makmal Komputer dan Pusat Akses Sekolah yang dipengerusikan oleh En. Abu Kassim Bin Ali. Majlis bermula pada pukul 10.20 pagi dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu Cikgu Abdullah bin Mohd. Nor. Seterusnya Ucapan Perasmian PK 1 Cikgu Tajudin mewakili guru besar yang tidak dapat hadir kerana mesyuarat. Acara berikutnya ialah Gimik Pelancaran iaitu pukulan gong oleh cikgu Tajudin. Seterusnya pembahagian suara SESDI cetakan berwarna kepada pihak pentadbir sekolah. Suara SESDI kemudiannya dibahagikan kepada pengerusi bilik-bilik khas dan guru-guru kelas untuk diletakkan didalam bilik masing -masing. Majlis bersurai pukul 10.50 pagi.

0 comments:

Post a Comment